Spesies terbesar dari Belut Moray adalah giant moray (Gymnothorax javanicus). Dengan panjang mencapai 8 kaki dan beratnya lebih dari 30 kilogram menjadikannya spesies terbesar dalam keluarga Moray. Giant Moray boleh ditemui di Laut Merah, Afrika bahagian timur, hingga Laut Indo Pasifik.
Ads
Jika anda ingin melihat Belut Moray, cubalah menyelam pada malam hari adalah waktu yang tepat. Kebanyakan dari spesies Moray adalah haiwan nocturnal yang banyak beraktiviti pada malam hari. Namun ada juga spesies yang aktif pada siang hari seperti Echidna catenata.
Ads
Belut moray ternyata mempunyai penglihatan yang buruk. Oleh yang demikian mereka lebih memanfaatkan deria bau dan gerakan mangsanya untuk berburu di bawah air. Kerana itu kita harus hati-hati jika memberi makan belut ini, kerana bukan hanya makanan tetapi jari anda juga mungkin akan tergigit sama oleh belut ini.
Ads
Perkara yang paling mengejutkan adalah Belut Moray ternyata mempunyai dua rahang yang masing-masing dilengkapi dua set gigi yang sangat tajam. Rahang pertama terletak di mulut Belut Moray dan rahang lainnya terletak pada tenggorok yang berfungsi untuk memecah makanan yang kemudian masuk ke sistem pencernaannya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Dikenali dengan nama umum malabar trevally (Carangoides malabaricus), ikan ini dan beberapa spesies dalam keluarga yang sama (trevally fish) juga di panggil cermin oleh
kebanyakan nelayan dan pemancing. Antaranya ialah Carangoides dinema (shadow trevally) dan carangoides equula (whitefin trevally).
Perbezaan tidak begitu ketara kecuali diamati betul-betul perbezaan ekor dan sirip di kalangan ikan ini.
Rata-ratanya berbentuk bulat leper dan berwarna cerah kehijauan pada bahagian atas, setengah kehitaman di bahagian mulut ke bawah, badan melebar nipis serta bintik-bintik hitam kecil di bahagian perut.
Sesetengah kawasan ia di panggil rambai, etek, betek, putih.
Cermin selalu diibaratkan ikan yang cerah dan berkilat sesuai dengan nama yang di berikan. Pada dasarnya ia kelihatan leper melebar dan agak bulat keseluruhan badannya.
Ebek, sagai, retek dan cermin berbeza bentuk badan dan paling ketara ialah saiz dan bentuk sirip dorsal di mana cermin dan retek lebih pendek berbanding sepupunya.
Berwarna keperakan cerah, sirip dorsal kedua dan sirip dubur memanjang hingga pangkal ekor bercabang.
Pada bahagian perut ada sesetengahnya terdapat bintik hitam kecil di serata kawasan membawa hingga ke mulut.
Setengahnya pula seperti lebam hitam di bahagian mulut kebawah apabila mati walaupun kelihatan cerah sewaktu dinaikkan.
Sirip dorsal pertama lebih pendek dari sirip dorsal kedua. Warna putih hadir di hujung sirip anal. Tidak mempunyai gigi. Ekornya berwarna kekuningan.
Dikatakan hanya mencapai hayat 3 tahun sahaja dan matang pada tahun kedua. Putara saiz sekitar 500 gram hingga sekilogram lebih. Jika di perhatikan kajian ini, bermakna ia mampu membesar sehingga sekilo setahun.
Habitat Dan Tabiat
Taburan ikan cermin agak meluas dari Teluk Thailand membawa ke terumbu karang Australia, Lautan Hindi dari Sri Lanka ke Mauritius.
Perairan Sabah menghala ke bawah Sandakan dan Tawau serta pantai timur semenanjung mendominasi taburan di semenanjung.
Cermin dan keluarganya yang lain boleh tinggal dalam satu kawasan. Keluarga ikan trevally rata-ratanya gemar berkumpul di kawasan tukun, karang dan tepi pulau yang berbatu.
Kecuali jemuduk dan cupak sahaja yang gemar membuat rondaan di kawasan yang lebih terbuka di sebabkan saiz mereka mampu menjangkau berbelas hingga puluhan kilometer dan jarang menjadi pemangsa ikan lain.
Cermin juga boleh dijumpai merayau di kawasan unjam, benting pasir serta kawasan pinggir karang.
Ikan ini lebih tertumpu di kawasan air dengan kedalaman dari 30 kaki hingga 150 kaki dan gemar kepada perairan yang jernih.
Sifatnya bergerak dalam kumpulan yang besar bersama-sama dengan spesies yang satu keluarga dengannya.
Sejenis ikan karnivor dan sering bergerak mengikut kumpulan ikan dalam rantaian makanannya seperti selayang, selar yang juga merupakan satu keluarga dengannya.
Pada lazimnya cermin lebih tertumpu di pertengahan air, meronda dan berlegar di bawah rumpunan dedaun unjam dan mudah diintai kehadiran oleh tekong dan juruselam berpengalaman.
Mendiami satu lokasi pilihan seperti tepian ujnang dan atas kawasan karang seketika sebelum bergerak ke lokasi lain dalam jangka waktu yang tidak di pastikan.
Pergerakannya berkait rapat dengan sumber makanan yang berada di permukaan air. Cermin menjadikan ikan-ikan pelagik kecil, krustasea dan moluska sebagai diet utamanya.
Ikan di dalam keluarga Prepanidae dan genus Drepane ini boleh ditemui dari Laut India hingga Laut Merah dan Selatan China hingga Australia.
Di negara kita ia boleh ditemui hampir merata pesisiran pantai Semenanjung.
Ciri-ciri fizikal utama ikan ini memiliki badan berbentuk leper dan lebar dengan rata di bahagian bawah dan tirus di bahagian atas.
Kedua-dua spesies ini memiliki asas warna yang sama iaitu keperakan dan berjalur atau bintik hitam.
Yang biasa dipancing ialah daun baru bintik di mana tompok-tompok kecil hitam membentuk jalur yang menegak setengah dari badannya.
Ikan daun baru menjadikan pesisiran pantai berkarang, berpasir dan berlumpur sebagai habitat utamanya.
Dietnya pula lebih kepada hidupan kecil yang boleh ditemui di dasar sehingga ke pertengahan air.
Jika ditegakkan ke bawah, mulutnya kecil sama paras dengan sirip pelvik. Depannya seakan-akan mengunjur hala kebawah, sesuai dengan sifatnya yang menjunam kebawah mencari hidupan dasar sebagai makanan.
Spesimen yang biasa ditemui sekitar 13 cm hingga 25 cm sahaja namun ia dikatakan mampu mencapai saiz 46cm.
Jika ditegakkan ke bawah, mulutnya kecil hampir sama paras dengan sirip pelvik. Bahagian depannya seakan-akan mengunjur ke bawah, sesuai dengan sifatnya yang menjunam kebawah mencari hidupan dasar sebagai makanan.
Ikan ini bertelur dalam bulan September di kala bermulanya monsun timur laut. Atas sebab itu ia laporkan banyak ditangkap sebelum musim ia bertelur pada bulan Julai hingga Ogos.
Waktu kemuncak selera makannya sebelum berpuasa seketika ketika musim bertelur.
Kawasan pilihan daun baru untuk bertelur ialah dasar berpasir yang mampu memberi perlindungan pada bakal generasinya akan datang terselindung dari pemangsa lain.
Terdapat kira-kira 19 genera dan 132 spesies Haemulidae di seluruh dunia. Di negara kita sendiri memiliki 5 genus dan 28 spesies Haemulidae. Terdapat 17 spesies sweetlips dan 11 spesies Haemulidae dari genus Pomadasys (grunters) sahaja.
Taburan Haemulidae (Pomadasyidae) boleh ditemui di lautan Atlantik, Hindi dan Pasifik. Indo-Pasifik Barat, Laut Merah dan pantai timur Afrika ke Asia Tenggara, utara ke Taiwan, selatan ke Queensland, Australia.
Javelin grunts mempunyai sirip dorsal tunggal berterusan 9 hingga 14 segmen duri dan 11 hingga 26 sinar lembut. Memiliki bentuk badan langsing, profil kepala sedikit cembung, bibir tidak menebal, dua liang dan alur pusat di bawah dagu. Tiada tulang belakang antrose sebelum asal sirip dorsal; takuk mendalam antara spinous dan bahagian yang lembut di sirip dorsal.
Warna biasanya perak dengan warna keemasan di sisi, operkulum atas zaitun kuning, yang agak hitam muncungnya, ditindih dengan kuning. Spesimen juvenil mempunyai 7 hingga 11 band menegak di sisi atas, spesies matang ketara dengan band yang dibentuk oleh bintik sejajar dalam baris menegak.
Gerut-gerut berskala saiz 35 cm dianggap mencapai kematangan. Ia mampu membesar panjang sehingga 80 cm namun spesimen yang lazim diperoleh sekitar 50 cm sahaja. Spesies gerut-gerut ini mendiami lautan dasar keruh dengan berpasir pada kedalaman sehingga 75 meter.
Ia turut memasuki sistem muara sungai dan , boleh bertolak ansur dengan air dengan kemasinan rendah. Sering dikaitkan atau ditemui berhampiran bangkai kapal laut berhampiran pantai Manakala diet utama gerut-gerut adalah krustasea dan ikan yang lebih kecil.
Genus & Species
Pomadasys aheneus McKay & J. E. Randall, 1995 (Yellowback grunt)
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...