Ketika pengayuh kekili, drive gear memutar rotor melalui pinion gear. Jadi, boleh dikatakan juga bahawa gear ratio adalah perbandingan jumlah gigi antara drive gear dan pinion gear.
Contohnya, jika drive gear berjumlah 84 dan gigi pinion gear berjumlah 16 maka gear rationya adalah 5.2:1. Rotor akan berputar 5.2 kali setiap kali kita memutar pengayuh satu putaran penuh. Ada dua perkara utama yang perlu diketahui sewaktu membeli kekili. Yang pertama, kekili dengan gear ratio rendah memiliki kekuatan menarik beban lebih baik berbanding dengan gear ratio tinggi.
Ads
Yang kedua, keterangan gear ratio pada kotak bungkusan bukan menyatakan kecepatan penggulungan tali pancing (line retrieve) melainkan hanya informasi ratio mekanis gear yang ada di dalam kekili tersebut. Kecepatan line retrieve dipengaruhi oleh besar diameter spool dan kapasiti tali dalam spool.
Ads
Sebagai contoh, kekili bergear ratio 4.3:1 dengan diameter spool 6cm, dalam satu putaran handle mampu menggulung tali masuk 65cm berbandingkan reel gear ratio 6.3:1 dengan diameter spool 4cm mampu menggulung benang masuk 69cm di mana kondisi kedua spool terisi penuh tali. Terdapat perbezaan 4 cm, jika diameter spoolnya sama seharusnya reel gear ratio tinggi mampu menggulung benang lebih dari 100cm.
Ads
Bagi kebanyakan pemancing, perbezaan dalam ukuran centimeter ini seperti diabaikan setelah mengetahui bahwa kekili yang bergear ratio rendah lebih kuat dalam menarik beban. Penjelasan gear ratio ini juga berlaku bagi kekili baitcasting dan multiplier untuk trolling.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Kisah bermula apabila ada geng yang racun ajak mancing kat satu tasik yang kononnya memang cendol dan banyak ikan. Tanpa fikir panjang terus set tarikh dan cari setup.
Dulu mancing bottom je, kira benda paling pentung cari umpan yang killer la. Lepas tu sebelum mancing macam biasa google dulu tempat tu sebab kalau dengar sembang ikan jaws pun boleh ada dalam tasik. Bila google banyak kisah seram dari kisah orang strike ikan kat tempat tu. Paling femes pocong atas tasik!
Sampai tarikh yang dijanjikan, kami berenam bergerak ke port yang cendol tersebut. Acara camping 2 hari 1 malam dijanjikan untuk trip kali ini. Kisah-kisah seram yang dibaca kat google tolak tepi. Dalam kepala otak dah terbayang ikan-ikan best kat hujung pancing.
Dari rumah bertolak sampai la ke tasik hujan lebat sepanjang jalan. Kereta park tepi jalan, masuk pulak semak samun cari port yang paling dekat dengan tasik. Bila dah hujan lebat unggun api memang tak boleh buat la nak bakar dengan apa.
Dari petang membangau tepi tasik satu patuk pun tak ada. Masing-masing dah menung dalam sejuk. Bila malam menjelma, ramai member yang dah tumbang dek kerana kenyang bantai nasik dengan sardin yang dimasak dengan dapur portable.
Semua berdengkur dalam khemah, joran terbiar tepi tasik sebab dari petang tadi takde patuk langsung. Bila dah ramai-ramai tidur dalam khemah, macam-macam bunyi ekzos ada dari kawan-kawan yang lena.
Dek kerana bingit telinga, aku keluar khemah dan mancing sorang-sorang dalam pukul 2 pagi. Dengan takde unggun api, kekuatan cahaya hanyalah lampu daripada HP Nokia torchlight. Suluh la kat hujung joran kot-kot ada getuan dari pemangsa.
Bila dah dalam gelap tepi tasik sorang-sorang, kepala otak mula la terbvayang pocong atas tasik, pontianak mengilai, hantu terbang dan macam-macam lagi. Tapi macam biasa la buat-buat berani sebab kalau dia muncul pun nak lari mana. Nak lari pergi kat kereta pun bukan dekat.
Sayup di tengah tasik ternampak kelibat putih sama-sama seperti rupa bentuk sesuatu. Walaupun muka macam Aaron Aziz tapi kalau nampak benda camtu pukul 3 pagi tepi tasik dalam hutan kecut juga telur. Tapi benda putih statik je tak bergerak macam cerita yang dibaca dalam Google. Kisah yang dibaca pocong akan timbul di tengah tasik dan berdesup ke tebing dengan keadaan tegak terikat.
Suluh dengan HP memang tak jadi apa la, cahaya tak kuat. Masuk dalam khemah ambik torchlight gedabak member, lepas tu suluh dekat benda putih tu. Sekali mak tergelak dalam hati, kayu pacak rupanya. Kena balikan cahaya bulan memang nampak kaler putih. Buat saspen je.
Tengah sambung mancing sorang-sorang terdengar suara orang menyembang dari dalam hutan. Kali ni betul-betul jelas memang suara orang bercakap dan berjalan. Lepas beberapa ketika memerhati, ternampak cahaya api dalam ketinggian 1 meter terbang dalam celah-celah hutan.
Berderau darah sekejap, peluh mula membasahi pipi, mata mula terkebil-kebil tengok kelibat cahaya api tersebut dari hutan. Sekali tengok ada orang trekking pukul 3 pagi dalam hutan. Mungkin cari haiwan-haiwan liar untuk dijadikan lauk. Dua kali telur masuk dalam… sekali sebab pocong dan sekali sebab api terbang. Memang kurang ajar sungguh port ini!
Sampai la ke Subuh duk tepi tasi. Bila dah mula cerah boleh la acah-acah berani ke hulu ke hilir konan macam takde apa-apa berlaku. Member-member pun dah start bangun sarapan roti dengan sardin lebihan semalam.
Terdetik dalam hati, nasib baik la malam tadi tak kena usik. Kalau tak sampai pagi menggigil dalam khemah. Kompem berdarah telinga kena bahan dengan member. Port yang member cakap cendol tu pulak memang cendol sungguh, sampai sudah takde patuk. Nasib baik bawak lauk untuk memasak, kurang-kurang takde la kebulur.
4 cawan air (bergantung pada anda untuk kuah pekat atau cair)
1 biji cili merah (untuk memerahkah sedikit kuah)
Segenggam cili padi merah (bergantung pada tahap kepedasan anda)
1 inci kunyit hidup
Secekak daun kesum (kisar sedikit dan selebihnya tak perlu dikisar)
Sedikit garam
Cara-cara Memasak:
Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup. Jangan sampai terlalu hancur. Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk supaya bergaul rata.
Masukkan ikan dan kesemua bahan ke dalam periuk. Masaklah dengan api perlahan sehingga ia merenih dan menggelegak. Setelah menggelegak, masukkan daun kesum. Masak dalam 3-5 minit sahaja dan bolehlah tutup api.
Saya percaya ramai bersetuju bahawa aktiviti memancing ikan leekoh tidaklah semeriah pancingan ikan rohu. Di kebanyakan lapangan seperti kolam pancing air tawar berbayar, ikan leekoh sering terpancing sama apabila memakan umpan yang dikhususkan untuk ikan rohu.
Namun di luar negara terutamanya di Eropah pancingan spesies kap ini begitu hebat dan meluas sehingga mampu membentuk satu komuniti atas nama carp fishing. Begitu juga di negara jiran kita Indonesia, walaupun leekoh atau lebih dikenali dengan nama ikan mas bukanlah spesies tempatan sebagaimana negara kita juga, ia merupakan spesies pancingan utama kolam-kolam pancing komersial.
Merujuk kepada fakta ikan leekoh menjadi ikan pancingan sasaran utama kolam pancing komersial di Indonesia, ia membuktikan pancingan ikan leekoh bukanlah sebagai ikan sukan. Sebaliknya ia adalah satu jenis pancingan yang mementingkan aspek taktikal dan teknikal. Atau dalam erti lainnya, keseronokan sebenar memancing ikan leekoh ialah kesulitan untuk mengumpannya, bukannya selepas mata kail tercangkuk pada mulutnya.
Di negara kita, pancingan ikan leekoh tidaklah dijalankan secara menyeluruh di setiap negeri. Malah, kebanyakan pemancing di pantai timur mungkin tidak pernah menceburi pancingan ini. Sebaliknya di negeri yang pernah aktif dengan perlombongan bijih timah seperti Perak dan Selangor, bekas-bekas lombong yang dijadikan pusat ternakan ikan tawar, yang kemudiannya ditinggalkan, menjadi syurga kepada kepada para pemancing.
Dari lombong-lombong ternakan ikan inilah, sama ada secara sengaja atau tidak, ikan-ikan leekoh ini menjarah pula ke sistem perairan utama. Sungai-sungai utama di Perak contohnya, ikan leekoh sudah boleh ditemui di beberapa lokasi strategik yang sesuai dengan habitatnya.
Suatu ketika dahulu, ikan leekoh pernah menjadi ikan sasaran di kebanyakan kolam pancing. Ini berikutan tabiat makannya yang seperti tidak pernah mengenal erti kenyang. Walaupun perut sudah boyot seperti mahu pecah, tetapi masih lagi mahu memakan umpan. Selain itu ia juga cepat menyesuaikan diri dengan perubahan habitat.
Kebanyakan ikan leekoh yang baru dilepaskan ke kolam pancing, hanya mengambil masa singkat untuk buka mulut. Tidak seperti patin yang mungkin memakan masa beberapa hari atau beberapa minggu setelah dipindahkan dari kolam ternakan.
Namun, disebalik sifat menghiburkan para pemancing kerana mudah memakan umpan, ikan leekoh juga memiliki sisi hitam yang membinasakan. Ikan leekoh dikesan menjadi punca keruntuhan tebing-tebing kolam berikutan sifatnya yang gemar mengorek dan memindahkan tanah tebing dengan mulutnya . Justeru itulah ikan leekoh tidak lagi mendapat tempat di kolam-kolam pancing.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...