Setelah berjaya melangsungkan pertandingan memancing udang galah berlandaskan silaturahim, pihak urusetia dan Rumah Rakit Temerloh melangsungkan pula Event Silaturahim Edisi Kedua pada awal September lepas.
Kejayaan event pertama juga merangsang peningkatan peserta pada edisi kedua.
Sekurang-kurangnya 20 buah bot para peserta memenuhi lubuk-lubuk berpotensi di Sungai Pahang, berhampiran dengan lokasi Rumah Rakit Temerloh.
Pertandingan yang dilangsung jeti Rumah Rakit Temerloh itu bermula pada jam 8 pagi sehinggalah 5 petang.
Beberapa kategori pertandingan diadakan dan hadiah bagi setiap kategori dibiayai oleh para peserta sendiri bagi memeriahkan lagi pertandingan tersebut.
Menurut pemilik Rumah Rakit Temerloh yang lebih dikenali dengan panggilan Abang Salleh, tujuan event dilangsungkan adalah bagi membolehkan kesemua pemancing udang galah seluruh negara berkumpul bagi mengeratkan lagi silaturahim.
Keputusan Event RRT Edisi 2
Ads
KING OF JENGGO (CUKUP SIFAT) (SEPIT BIRU TERBERAT)
Atok 435gram
KATEGORI UDANG TERBERAT (1 EKOR) (SEPIT KUNING)
Sham Nilai (180gm)
Long (180gm)
Mark (160gm)
Uncle David (155gm)
Ads
Ejul (90gm)
KATEGORI UDANG TERPANJANG (1 EKOR) (SEPIT BIRU)
Zul Luz (61cm)
Nazri Puchong (5cm)
Jai (5cm)
Zam rawang (53 cm)
Ads
Pok Baong (3cm)
IKAN TERBERAT (1 EKOR)
Mat B(baung 735 gm)
UDANG TELUR TERBERAT
Mal Yunus (85gm)
UDANG TERKECIL
Arils
BONUS UDANG 401 GM KE ATAS
Atok 435gm (pecah tabung)
GALERI
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Trip ini disertai oleh 6 orang pemancing yang rata-ratanya dari Lembah Klang iaitu Tuan Haji Toskhan, Rashid Hamzah, Nazri Mohd, Zam Desa, Zul Kail dan Ayub Ali.
Kami memilih tekong Azhari untuk membawa kami ke lubuk-lubuk yang berpotensi di sini.
Tepat jam 8.30 pagi kami terus memulakan perjalanan untuk memburu hasil laut Kelanang.
Laluan Kapal 2
Hentian pertama kami ialah di kawasan kapal berlabuh untuk mencari ikan-ikan pelagik seperti selar dan cencaru.
Namun tidak banyak yang berjaya kami perolehi hanya sedikit selar dan cencaru pula hilang entah ke mana.
Melihat keadaan ini, tekong terus menuju ke kawasan laluan kapal 2 dan berlabuh di lubuk pertama.
Keadaan agak sunyi pada awalnya, namun ianya berubah apabila tekong menjadi pemecah suasana dengan menaikkan seekor merah berskala 1 kilogram berumpankan sotong.
Namun selepas itu, keadaan kembali sunyi dan tekong mengambil keputusan menukar lubuk.
Lubuk Merah
Di lubuk kedua pula menyaksikan gerombolan mengkerong yang paling banyak mengitai umpan kami pada awalnya.
Mujurlah tak lama selepas itu joran berumpankan kepala sotong yang dilabuhkan saya mendapat satu rentapan yang keras.
Dengan selamba sahaja Daiwa Tanacom Bull 750 membuat kerja dan menaikkan merah berskala 2.5kg.
Selang beberapa minit, giliran Ayub Ali pula mendapat sambaran. Pertarungan hampir 5 minit akhirnya berpihak kepada spesies tidak diketahui yang berjaya meloloskan diri.
Nazri yang berada di bahagian belakang bot juga mendapat rentapan dari dasar. Dengan mudah seekor merah berskala 1.8kg dinaikkan ke dalam bot.
Ayub yang kecewa pada awal tadi akhirnya mendapat henjutan keras. Tiada masalah untuk kekili elektrik Shimano Beastmaster menaikkan merah dengan berat 2.9kg.
Selepas itu yang lain turun mendapat sentapan dari sang merah yang mungkin tengah kelaparan agaknya.
Walaupun saiz nya hanya sekitar 2-3kg, namun ini sudah cukup menggembirakan kami.
Selepas keadaan sunyi sepi, tekong mengarahkan kami untuk bertukar tempat. Belum sempat berbuat apa, rentapan yang cukup kasar berlaku pada joran Haji Toskhan.
Kawan-kawan yang lain segera memberi laluan. Hampir 15 minit bertarung, namun ternyata tuah tidak berpihak kepada penganjur trip apabila ikan tersebut berjaya memutuskan tali perambut 80lbs yang digunakannya.
Akhirnya pada jam 7 malam kami bergerak pulang ke jeti Kelanang. Hasil 9 ekor merah dan seekor pari dianggap cukup memuaskan bagi trip yang seharian yang dirancang pada waktu yang singkat ini.
Biarpun ada beberapa kejadian rabut pada trip kali ini namun kami tetap berpuas hati dan hasil yang kami dapat kami bahagi sama rata. Insyaallah, jika ada kesempatan pasti akan kami duga kembali trip di perairan Kelanang ini.
Kali ini saya sendiri (Pashaa Oo Anglers) membuat trip memancing haruan di perkampungan Alit Kabong Sarawak yang terletak kira kira 131 kilometer dari bandar Sibu. Ia mengambil masa selama 2 jam untuk sampai ke destinasi.
Trip kali ini disertai oleh sahabat saya Noor fazdreen dan Izzul Asraf Mislihie untuk menduga kawasan tersebut. Mereka memang sudah mengetahui kawasan tersebut dan sememangnya masih berpotensi menaikkan size idaman untuk kaki casting haruan ini. Disebabkan mereka ialah orang kampung yang tinggal sendiri tidak jauh dari kawasan tersebut dan saya sendiri pula sekian lama tidak memancing di situ.
Kawasan tersebut sememangnya berpotensi tinggi menaikan size idaman. Haruan biasanya amat suka bermain di tepi rumput rumpai apatah lagi selepas hujan. Ikan ini aktif bila seawal pagi dan petang.
Setibanya kami di kawasan tersebut kami tidak menungu lama dan tidak sabar merasa sambaran haruan di situ. Tidak sampai 10 minit sahabat saya iaitu Noor fazdreen disambar sang haruan yang bersize sekitar 600 ke 800 gm.
Kepuasan jelas terserlah pada muka setelah beliau berjaya menaikan sang haruan tersebut. Lure atau umpan yang kami guna kan ialah pokefrog memang tidak mengecewakan kami. Sungguh rakus haruan di sini dan ditelan habis-habisan. Tidak lama selepas itu saya sendiri menaikan haruan yang bersize baby sahaja. Hihi… janji strike!
Saya mengunakan solf frog berjenama Bakau yang bersize kecil saja mampu saya naikan. Set yang kami gunakan rod ultra light dan tali 10hingga 15lb sahaja.
Sahabat saya iaitu Izzul Asyraf Mislihie berjaya menaikan haruan bersize mega memang senyum sampai ke telinga la jawabnya. Haruan yang bersize kecil kami lepaskan (catch and release) untuk menjaga pembiakan haruan di kawasan tersebut. Beginilah hasil trip kami. Kali ini memang memuaskan mendapat dalam anggaran sebanyak 3kg lebih.
Begitulah hasil trip kali ini semoga apa yang kami kongsikan ini dapat menaikan semangat kaki pancing haruan ini dengan ini saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Majalah Umpan kerana sudi berkongsi pengalaman kami kali ini.
Di desa Kedung Malang, Kecamatan Kedung, Kabupaten Jepara, Jawa Tengah, kebanyakan warganya menganggap ikan sembilang ini adalah ikan keramat. Menurut warga terutamanya nelayan tempatan, ikan sembilang ini merupakan ikan yang pantang untuk dimakan oleh wanita hamil.
Warga setempat cukup yakin dan percaya bahawa bahwa pemberian nama sembilang itu dari bahasa jawa `ILANG’ yang membawa maksud `HILANG’.
Bagi mereka yang mempercayainya, jika perempuan hamil memakan ikan sembilang ini, maka kandungannya akan hilang dengan sendiri. Tidak kira berapa usia janin yang sedang dikandung akan ghaib begitu saja jika memakan ikan sembilang.
Setiap daerah lazimnya memiliki tradisi dan kepercayaan sendiri. Sama ada untuk mempercayainya atau tidak, terpulang pada diri sendiri.
Sekiranya anda ke desa ini, anda boleh bertanya tentang mitos ini kepada penduduk setempat. Sehingga kini masih ramai warga setempat masih meyakini akan mitos tersebut.
Walau bagaimana pun, kejadian mistik ini hanya berlaku terhadap wanita yang sedang hamil dan sama sekali tidak akan berlaku kepada wanita yang tidak mengandung.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...