
Perambut V 2 mata kail merupakan perambut paling popular dan digunakan oleh hampir semua pemancing kolam air tawar khususnya untuk memancing ikan patin.
Berikut adalah perkongsian cara-cara untuk menghasilkan perambut ini.
Bahan keperluan:

- Tali sulam 80lb sepanjang 1 kaki
- Swivel
- 2 mata kail saiz 9
Langkah 1
Lipat dua tali sulam (sama panjang) kemudian masukkan bahagian hujung yang berlipat ke dalam cincin swivel.

Langkah 2
Kembangkan (bulatkan) bahagian hujung yang berlipat setelah memasuki cincin swivel menjadi lingkaran dan ambil tali sulam yang belum memasuki cincin swivel ke dalam lingkaran.

Langkah 3
Tarik kedua-dua bahagian tali sulam sehingga satu jerutan terhasil pada cincin swivel.

Langkah 4
Buatkan dua simpulan biasa dengan kedua-dua bahagian hujung tali sulam.

Langkah 5
Kemudian jerutkan dengan kuat supaya menjadi ikatan mati pada cincin swivel.

Langkah 6
Seterusnya buatkan satu ikatan dropper loop.



Langkah 7
Buatkan tanda (lipat atau patahkan tali sulam) yang sama panjang untuk mengikat mata kail.

Langkah 8
Letakkan mata kail pada bahagian bertanda dan mulakan ikatan yang anda biasa gunakan.

Langkah 9
Mata kail yang telah siap diikat.

Langkah 10
Ulangi proses yang sama pada tali sulam satu.

Langkah 11
Perambut V 2 mata kail yang sama panjang telah pun siap.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!





