
Ramai yang memilih untuk tidak menggunakan mata kail tanpa lubang cincin (eyeless hook) kerana berhadapan kesukaran untuk mengikatnya dengan kemas. Sebenarnya ada pelbagai jenis ikatan yang boleh dicuba tetapi ikatan knotless knot ini merupakan ikatan terbaik yang telah dicuba.
Cara untuk mengikatnya juga tidak terlalu rumit untuk dipraktikkan. Jom kita buat bersama.
Tutorial 1
Terus lekapkan tali pada teras belakang mata kail (tak perlu masukkan ke lubang cincin mata kail kerana mata kail ini tak ada lubang cincin).
Tutorial 2
Buatkan satu lingkaran kecil dan pegang lingkaran dengan jari.
Tutorial 3
Lilitkan hujung tali pada teras mata kail menghala ke arah hujung teras.
Tutorial 4
Teruskan melilit sehingga terhasil 5 hingga 7 lilitan.
Tutorial 5
Setelah membuat lilitan terakhir, masukkan atau selitkan hujung tali di antara mata kail dan tali utama (Tutorial paling betul dilakukan dengan betul kerana ia menjadi kunci ikatan daripada terlucut dari mata kail).
Tutorial 6
Setelah itu masukkan hujung tali ke dalam lingkaran yang dihasilkan tadi.
Tutorial 7
Tarik hujung tali dan tali utama sehingga ikatan menjadi ketat.
Tutorial 8
Tarik tali utama sehingga ikatan merapat kemas pada lubang cincin dan potong lebihan hujung tali.
Panduan Mantap Menewaskan Gerepoh Sirip Biru

Seperti mana saudara rapatnya iaitu giant trevally, bluefin trevally sememangnya menjadi salah satu spesies buruan bagi kaki fly fishing, popping, casting dan jigging. Selain itu ia boleh ditangkap menggunakan teknik menunda serta hanyut umpan anak ikan segar. Namun, lebih ramai pemancing menyukai teknik lebih moden kerana tiada pengunaan umpan alami sama sekali.
Anda tidak perlu risau mengenai kesegaran umpan serta jenis umpan tersebut. Yang perlu ialah semangat, kombinasi perlatan yang sesuai serta pelbagai set umpan tiruan yang beraneka rupa, jenama, jenis dan tentunya harga.
Selain itu skill dan kemahiran mengendalikan gewang bermata tiga ini perlu dipertingkatkan agar kes tersangkut pada badan pemancing lain boleh dihindarkan. Gerepoh sirip biru banyak diburu dengan teknik moden ini ketika air besar iaitu 26 hingga 4 tanggal Hijrah dan 13 hingga 18 hari bulan.
Waktu ini air akan pasang awal pagi dan waktu petang di mana ia akan meronda di kawasan tepian batu atau pulau tatkala air pasang. Teknik casting gewang serta menunda adalah paling efektif. Ringkasan di sini ialah pengaruh dan faktor cahaya bulan juga perlu dirujuk jika inginkan hasil yang lebih positif. Paling mudah ketika bulan gelap.
Kini kalau lokasi di semenanjung, jika teknik ini membuahkan hasil saya anggap ia lebih nasib semata-mata kerana populasi ikan ini diketahui amat jarang di perairan tempatan.
Gerepoh sirip biru bersaiz purata 3kg hingga 6kg ke atas biasanya mudah diperangkap dengan teknik menunda dan popping. Kebanyakan pemancing yang menunda mengunakan kekili aksi berat dengan kekuatan tali minimum 30Ib.
Jarang saya dengar gerepoh sirip biru menghilangkan diri dengan ratusan meter tali pancing terutama apabila teknik jigging dan popping disambar oleh mangsa berpandukan saiz tidak seberapa.
Di perairan yang terlalu jernih warna popper berasaskan biru adalah diutamakan. Untuk aktiviti popping dan gewang, kekili jenis terbuka lebih mudah di kendalikan, jigging dan teknik umpan lebih sesuai mengunakan kekili multiplier.
Ramai pengemar casting dan jigging mengunakan tali sulam kerana mudah dan cepat membalas. Jika mengunakan mono sambungkan tali sulam sehingga 10 kaki di hadapan sebagai penanda ketika jigging kerana jika leka kemungkinan replika ikan besi akan singgah di muka anda!
Joran yang sesuai adalah jenis grafit dengan kekuatan 15Ib hingga 30Ib. Pakai joran halus dan ringan tetapi kuat memberi kelebihan dari segi lontaran serta tidak lenguh memegang dalam tempoh yang lama.
Tali utama berkekuatan 15Ib hingga 30Ib cukup memadai kerana ia pasti akan menjanjikan siapa yang mengerjakan siapa? Baru bestkan!?
Cara Mudah Pancing Kerapu Benteng Pemecah batu!!

Di kawasan tambak berbatu, cari kawasan lubang-lubang yang agak dalam airnya (Untuk mengetahui lubang tersebut dalam atau tidak boleh survey dahulu kawasan tersebut sewaktu air surut dan tandakan kawasan-kawasan yang berpotensi).
Tekniknya sangat mudah. Hanya perlu menghulurkan tali dan mata kail sahaja. Tidak perlu batu ladung.
Gunakan rod pendek bersaiz 5-8 kaki seelok-eloknya (Boleh juga untuk tidak menggunakan joran, hanya hulurkan tali kail sahaja ke dalam lubang).
Umpan udang kopek paling efektif digunakan. Boleh juga gunakan udang hidup, umpun-umpun dan hirisan sotong.
Apabila menjatuhkan umpan ke dalam lubang batu, mainkan sedikit umpan itu agar ia bergerak-gerak di dalam air kemudian biarkan seketika. Jika tiada sambaran mainkan lagi umpan itu untuk menarik perhatian ikan.
Jika lama tiada sambaran ataupun kawasan tersebut telah diganggu spesies pengacau seperti buntal dan sesirat, anda bolehlah berpindah ke lubang-lubang batu yang lain.
Penting untuk anda sentiasa menjaga joran anda. Ini kerana, apabila sang kerapu menyambar umpan, ia akan terus membenamkan dirinya masuk ke dalam batu.
Jadi untuk mengelakkan kail anda tersangkut ke batu, anda harus segera menyambar joran apabila kerapu menyambar umpan.
Waktu paling efektif memburu kerapu ialah ketika air gerak pasang sehinggalah pasang penuh.
Selain kerapu, ikan-ikan lain seperti semilang, tetanda, siakap, kitang dan bayan juga boleh dieratkan dengan teknik ini.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Mengenal Identiti Raja Spesies Tenggiri

Ikan tenggiri merupakan jenis ikan yang tergolong penting dalam ekonomi dan menjadi salah satu ikan yang digemari di dunia. Penyebaran spesies ini mencakupi seluruh wilayah Pasifik Barat dari Afrika utara dan Laut Merah sampai ke perairan Malaysia, Indonesia, Australia, Fiji ke utara sampai ke perairan China dan Jepun.
Iklim yang paling ngam untuk ikan tenggiri adalah iklim tropik. Perairan laut yang dimiliki Malaysia merupakan syurga bagi ikan tenggiri. Kedalaman laut yang sesuai bagi ikan tenggiri adalah sekitar 10-70 meter.
Ikan tenggiri termasuk golongan ikan pelagik dan salah satu ikan berdaging putih yang disukai oleh seluruh masyarakat dunia. Ikan ini termasuk dalam genus Scomberomorus dengan famili Scombridae yang juga masih bersaudara dengan ikan tuna, ikan tongkol dan ikan kembung.
Ikan tenggiri juga dikenali dengan nama Spanish mackerel, namun nama tersebut berbeza-beza di setiap lokasi. Di India ia bergelar ikan anjai, di Filipina lebih dikenali dengan nama dillis, dan di Thailand akrab dengan istilah ikan thuinsi.
Tenggiri banyak ditemui di perairan beriklim sederhana dan tropika, sebagian besar tinggal di sepanjang pantai atau laut lepas. Banyak spesies dibatasi dalam rentang distribusi mereka dan hidup dalam populasi yang terpisah atau stok ikan berdasarkan geografi.
Ukuran ikan tenggiri dapat mencapai panjang 240 cm dengan berat 70 kg. Usia dewasa akan tercapai setelah 2 tahun atau ketika memiliki panjang 81-82 cm. Ikan tenggiri betina ukurannya dapat lebih besar dan usianya lebih panjang berbanding tenggiri jantan. Dikatakan bahawa ikan tenggiri betina dapat hidup selama 11 tahun.
Ikan tenggiri mempunyai morfologi tubuh yang cukup unik. Di bahagian tepi tubuhnya terdapat garis lateral yang memanjang dari insang hingga akhir sirip dorsal kedua. Pada belakangnya terdapat warna biru kehijauan. Garis pada bahagian sisi menjadi ciri khas ikan tenggiri yang berbeza dengan ikan sejenis.
Ikan tenggiri memiliki sifat rakus ketika makan dan mencari makan sendirian apabila dewasa. Jenis makanannya adalah ikan-ikan kecil kerana tenggiri tergolong dalam haiwan karnivora. Selain itu ikan tenggiri juga memakan beberapa jenis sotong dan udang.
Ikan tenggiri dewasa lebih memilih hidup menyendiri dalam memburu mangsanya. Dalam mencari makan mereka juga harus bersaing dengan ikan pelagik besar lainnya, seperti alu-alu, marlin, dan layaran.
Tenggiri tergolong dalam ikan laut yang menyukai wilayah laut cetek. Perairan yang terdapat batu karang merupakan habitat yang sepadan bagi ikan tenggiri.
Ikan tenggiri dapat menetap di suatu habitat dan terkadang bermigrasi ke tempat yang cukup jauh. Pola migrasi ikan tenggiri sangat khas, kerana bergantung kepada suhu air laut dan musim bertelur.