Ia merupakan alasan yang paling biasa digunakan. Cara nak cover pun rasanya sudah ramai yang tahu. Biasanya beberapa sebelum atau rasa nak mabuk tu dah mula datang, walau tanpa ditanya mereka akan bercerita jumlah jam mereka tidur pada sebelah malam.
Alasan ini hanya berkesan sekiranya mereka tidak breakfast bersama ahli trip yang lain. Jadi mereka bolehlah reka makanan yang menyebabkan menyebabkan rasa mual seperti minyak terlebih dalam sambal nasi lemak atau sebagainya.
Apabila badan kurang sihat sememangnya mudah untuk mabuk laut. Dan alasan ini sering juga digunakan hanya setelah mabuk atau muntah-muntah, mereka akan berlakon sebagaimana keadaan orang yang demam.
Ads
Jangan tak percaya kumpau juga boleh dijadikan alasan kenapa mabuk laut. Logiknya mungkin ada. Iyalah… stress akibat kumpau boleh menyebabkan sakit kepala. Bila sakit kepala maka mudahlah mabuk laut. Dan tak mustahil ramai yang akan menggunakan alasan ini bila mabuk laut.
Biasanya, orang yang menggunakan alasan alun lain macam ni menduduki spot paling hadapan di atas bot. Ia ada logiknya juga kerana bahagian depan merupakan spot paling tidak stabil. Memandangkan pemancing lain duduk di bahagian tengah atau belakang belakang tidak perasaan sangat keadaan alun.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Puasa merupakan suatu ibadah amaliah dan badaniah yang mempunyai banyak keistimewaan dan pengaruh yang sangat besar dalam kehidupan umat Islam sejagat.
Hikmah puasa pada hakikatnya dapat membentuk mukmin yang mencapai taraf ketakwaan yang sebenarnya kepada Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t: Ertinya: “Hai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Al-Baqarah:183)
Menambah ketakwaan
Puasa yang berjaya meningkatkan takwa seseorang dan menumbuhkan ketahanan yang positif sama ada dari rohani dan jasmani.
Malah puasa dapat menguji kemampuan diri dan jiwa kita bagi menghadapi pelbagai kesulitan atau cabaran hidup manusia.
Pengaruh puasa yang dapat melatih manusia mencapai takwa bererti dapat menyiapkan diri untuk menerima kurniaan Allah menuju kedudukan yang tinggi di dunia dan akhirat.
Dapat Mengukuhkan Islam
Kesempurnaan seseorang islam adalah berdasarkan kepada ketaatan melaksanakan ibadah puasa selama sebulan dalam setiap tahun pada bulan ramadhan dan diiringi ibadah lain seperti solat, zakat dan haji.
Rasulullah s.a.w. bersabda: Ertinya: “Didirikan Islam itu atas lima sendi: mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat,
membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan haji ke Baitullah. (HR. Bukhari dan Muslim)
Allah s.w.t memerintahkan umat manusia berpuasa hanya di kalangan orang yang beriman.
Bagi setiap muslimin dan muslimat yang uzur syarie diharuskan meninggalkan puasa, kemudian digantikan pada hari-hari yang lain.
Puasa dapat mendidik seseorang berperibadi mulia serta menjaga diri daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh syarak.
Menghapuskan Segala Dosa Yang Lalu
Ibadah puasa dapat mendidik rohani dan jasmani sehingga dapat membersihkan hati dan jiwa daripada segala perkara yang tidak baik dan sia-sia.
Justeru disamping itu dapat membersihkan hati dan jiwa lantaran puasa yang dikerjakan kerana iman dan mengharapkan redha Allah, nescaya diampuni Allah segala dosa yang lalu.
Rasulullah s.a.w. bersabda: Ertinya: “Siapa yang puasa pada bulan Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah akan diampuni segala dosanya yang lalu.” (HR. Ahmad dan Ashabus Sunan)
Bulan Ramadhan merupakan bulan latihan dan kesedaran manusia terhadap segala kesalahan dan dosa-dosa yang lalu agar diterima segala doa dan taubatnya oleh Allah s.w.t.
Jadi puasa dapat menjadi kaffarah bagi muslimin dan muslimat untuk menghapuskan segala kesalahan selagi tidak melakukan dosa besar.
Secara ringkasnya, sifu merupakan seseorang yang memberi tunjuk ajar tentang sesuatu ilmu kepada seseorang atau lebih. Untuk menjadi seorang sifu maka haruslah memiliki sekurang-kurangnya seorang anak murid.
Terkesan daripada gelaran ini maka istilah ini bukan saja diguna pakai dan dunia seni mempertahankan diri. Dunia pancing tidak terkecuali terkena tempias ini.
Mungkin disebabkan tiada sebarang pengiktifan khusus bagi seseorang pemancing yang begitu komited dan banyak memberi tunjuk ajar dalam hobi memancing ini, maka gelaran sifu kepada mereka ini seperti boleh diterima pakai oleh majoriti pemancing.
Apabila istilah ini mula popular, timbul pula satu situasi di mana gelaran sifu ini umpama satu darjah kebesaran yang ingin dimiliki oleh semua pemancing. Dalam situasi lain pula, gelaran sifu tidak lagi merujuk kepada sifu yang sebenarnya. Sebaliknya lebih kepada panggilan atau gelaran kosong semata-mata.
Tambah bercelaru ia turut digunakan sebagai satu bentuk sindiran khususnya kepada seseorang yang bersifat berlagak pandai.
“Pendapat saya… terus dipanggil sifu itu adalah hak rakan-rakan kita dan kita tidak ada hak untuk melarang atau menyuruh. Merasa diri macam sifu pun adalah hak masing-masing. Tapi bagi saya tak semua pemancing yang akan merasa bangga/ego dan takbur dengan gelaran tu. Malah kadang-kadang rasa rimas tapi akur demi menghormati sesama rakan pemancing.”
“Sifu dalam dunia pancing adalah orang berpengalaman luas. Selain daripada jumlah strike, kena ambil kira juga kesabaran mereka hadapi kegagalan. Ilmu mereka asli, sudah terbukti benar hasil ujian lapangan mereka dan juga dari orang sebelum mereka. Attitude mereka.
Orang kaya ilmu ni tidak lokek ilmu dan yang paling legend mereka tidak sombong mendabik dada bahawa merekalah yang tahu segalanya. Mereka kurang tertarik kepada glamour, jika mereka ingin glamour pun mereka tidak gelojoh. Siapa tidak suka glamour, namun ada caranya yang betul.
Mereka tidak jemu bagi semangat pada newbie. Cara mereka bagi semangat adakalanya dengan meracun kawan-kawan dan juga orang di sekeliling mereka. Sifat para sifu dalam dunia mancing adalah humble, penuh tatasusila dan adab sama ada kepada rakan mereka, kepada followers, mahu pun kepada haters mereka.”
“Sifu ini lebih sesuai digunakan untuk senior dalam arena pancing yang memiliki pengalaman luas, tak kisah kemahiran tersebut dari segi perambut, ikat mata kail atau memancing ikan itu sendiri. Sifu @master ini biasanya tidak lokek berkongsi ilmu atau pengalaman memancing.”
“Sifu lebih pada hormat untuk yang rakan FB baru, rakan yang tak rapat. Kalau rapat tu panggil sifu @ master tu nganjing je… kekeke. Tapi yang betul-betul sifu bagi saya adalah semua rakan sehobi saya.”
“Yang layak bergelar sifu ialah mereka yang kenal semua jenis ikan, tahu guna semua jenis pancing, tahu semua cara memancing spesis ikan, tahu sekilas ikan di air tahu jantan betinanya. Tengok je mata kail atau batu ladung dah tahu saiznya. Ni baru mancing dapat sekor ikan besar dah berlagak. Tapi bila ditanya ikan gapi tu ikan apa dah garu kepala.”
“Sipo, masta, tok batin dalam apa bidang apa sekali pun bukan dianggap pangkat. Ianya adalah lebih kepada gelaran semata. Pemancing gemar berseloroh. Pemancing akan tau siapa gelaran ini akan diberi kepada siapa dalam kelompok tertentu mereka.”
“Sipoo… kenapa la keluar topik ni. Biasa la tu, kita nak hormat kawan-kawan je. Nak sebut aku/ko time baru-baru kenal tu macam kasar pulak… sebab tu ler panggil sipoo/masta je.”
Ramai di antara kita tidak menyedari bahawa ikan dorado atau mahi-mahi yang biasa kita sebut sebagai ikan belitong merupakan sejenis ikan yang sangat digemari kerana rasanya yang enak. Di Barat, restoran-restoran di sana sering menjadikan ikan mahi-mahi sebagai hidangan istimewa ramai pelanggan begitu menggemarinya.
Sebaliknya di negara kita, ikan belitong hanya popular sebagai ikan sukan dan bukannya di meja hidangan. Tidak sebagaimana ikan tenggiri yang bukan sahaja popular sebagai ikan sukan malah laku keras di pasaran.
Di pasaran, harga ikan belitong juga rendah berbanding spesies predator lain terutamanya tenggiri. Struktur dagingnya yang agak pejal juga kurang dari segi rasa. Namun, di sebalik rasanya yang menggoda di negara luar, ikan belitong memiliki kandungan histamin yang berkeupayaan menyebabkan keracunan dan alergi.
Histamin terbentuk dari asid histidin yang diuraikan oleh bakteria. Kandungan zat histamin ini hanya dapat dicegah apabila ikan belitong diproses secara sempurna setelah ditangkap. Jika zat histamin sudah terlanjur terbentuk, maka akan agak sukar untuk menghilangkannya. Tidak ada cara pencucian atau teknik masakan yang dapat menghilangkan zat berbahaya ini.
Tapi adakah kita sudah sedia maklum tentang bahaya ini dan mengambil sikap untuk menyukainya? Atau kerana isinya yang kurang sedap menjadi sebab sebenar kita tidak memakannya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...