Game fish atau ikan sukan sememangnya menjadi spesies buruan utama kaki pancing yang menggemari sport fising atau sukan memancing.

Ia menjadi lebih menarik jika ikan-ikan sukan ini mampu melakukan aksi akrobatik ke udara. Dan lebih menarik, ia boleh dipancing di tanah air sendiri, Malaysia.

 

1. Ikan Bulan (Tarpon)

Ikan bulan atau nama Inggerisnya tarpon (Megalops atlanticus) memang terkenal sebagai ikan dengan lompatan yang menakjubkan dan kelicikannya memuntahkan mata kail.

Atas faktor rahangnya yang kuat dan keras menjadikan mata kail agak mudah terlucut jika ikan bulan melakukan lompatan akrobatik berulang kali.

Walaupun di Malaysia spesies ini tidak membesar seperti mana di luar negara, namun ikan bulan atau tarpon sememangnya layak diangkat sebagai ikan game fish dengan aksi lompatan akrobatik yang paling menakjubkan di dunia jika dikira melalui aspek keseluruhan.

Spesimen terberat pernah didaratkan ialah seberat 129.77 di Guinea Bissau pada tahun 2003.

Level lompatan akrobatik: 18.8/20.

bulan

 

2. Layaran (Sailfish)

Ikan layaran atau pasific salifish (Istiophorus platyperus) sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi sebagai game fish utama di Malaysia.

Apabila menyebut layaran pasti ramai pula akan terbayangkan Kuala Rompin atau perairan Rompin. Tidak hairanlah nama Rompin turut dijulang sebagai salah satu kawasan pancingan terbaik bagi memburu layaran di dunia.

Dengan kelajuan yang mampu mencecah 110 kilometer perjam dan lompatan yang begitu padu di udara, ikan ini sememangnya menjadi antara salah satu ikan kebanggaan di Malaysia.

IKLAN

Rekod dunia yang pernah dicatatkan ialah seberat 100,24 kilogram di Ecuador pada tahun 1947.

Level lompatan akrobatik: 18.5/20.

layaran

 

3. Belitung (Dorado)

Belitung atau nama Inggerisnya mahi-mahi dan turut juga dipanggil dorado (Coryphaena hippurus) merupakan ikan tercantik yang melakukan lompatan akrobatik yang amat mengujakan.

Dengan corak warna yang cantik pada badannya, larian bertenaga dan lompatannya yang padu di udara, ikan belitung sentiasa dianggap sebagai ikan sukan sempurna di laut lepas.

Rekod dunia ikan belitung pernah dicatatkan ialah 39.46 kilogram yang didaratkan di Papagallo, Costa Rica pada tahun 1976.

Level lompatan akrobatik: 17.5/20.

IKLAN

 

4. Talang (Queenfish)

Talang atau nama biasanya queenfish (Scomberoides commersonianus) merupakan spesies yang tergolong dalam keluarga jack/trevally.

Di Malaysia, spesies ini lazimnya tidak diburu sebagai spesies utama trip memancing, Namun aksi pertarungan dan akrobatiknya di udara amat menyeronokkan apabila berpeluang bertarung dengannya.

Rekod dunia mencatatkan spesimen talang terberat pernah didaratkan ialah seberat 17.69 kilogram yang didaratkan di Afrika Selatan pada tahun 2010.

level lompatan akrobatik: 13.7/20.

 

5. Bandang (Ladyfish)

IKLAN

Ikan bandang atau nama Inggerisnya ladyfish (Elops suarus), sebagaimana ikan sukan yang diburu kerana ingin menyaksikan aksi akrobatiknya ketika bertarung untuk menanggalkan mata kail dari mulutnya.

Selain terkenal dengan aksi akrobatiknya, larian ikan bandang yang bertenaga serta kecekapannya memuntahkan mata kail membuatkan ia menjadi spesies buruan dan seperti memenangi trophi apa yang berjaya mendaratkannya.

Rekod terbesar bandang yang pernah didaratkan ialah seberat 2.23 di Florida.

Level lompatan akrobatik: 13.4/20.

 

 

6. Siakap (Barramundi)

Siakap atau lebih popular dengan nama barramundi (Lates caccarifer) sememangnya terkenal sebagai spesies yang mampu menghasilkan debaran apabila bertarung dengannya.

Boleh dikatakan aksi paling mendebarkan ketika bertarung dengan ikan sukan ini ialah ketika ia menghasilkan aksi akrobatik di udara kerana ketika inilah mata kail boleh tertanggal dari mulutnya atau juga boleh menyebabkan tali pancing pemancing putus dipotong dengan `pisau’ yang dimilikinya.

Rekod dunia menyaksikan spesimen seberat 44.71 kilogram pernah didaratkan di Manduran Lake pada tahun 2010.

Level lompatan akrobatik: 12.4/20

 

siakap