Ikan belida sungai dapat tinggal dan tetap bertahan di kondisi perairan rawa kerana memiliki alat bantu pernapasan yang dinamakan labirin. Ikan ini termasuk dalam kelompok ikan predator yang aktif pada malam hari. Mereka memangsa ikan kecil dan krustasea. Ikan belida dewasa mempunyai berat purata 1.5-7 kg.
Ads
Secara morfologi ikan belida memiliki ciri-ciri badan pipih dan memanjang dengan bahagian belakang punggung yang tampak membongkok atau cembung. Ukuran sisik kecil, berbentuk sikloid, pada sisi badan. Kepala bersisik, lubang hidung berada di depan berbentuk tabung, tidak tertutup insang bawah.
Ikan belida memiliki bukaan mulut lebar, dibatasi rahang atas depan dan rahang atas. Rahang atas memanjang sampai bawah atau belakang mata. Gigi terdapat pada rahang atas depan, rahang atas, rahang bawah, tulang mata (vomer), tulang langit-langit (palatine) dan lidah.
Ads
Sirip belakang kecil, terletak kira-kira direntang pertengahan sirip anal yang bersatu dengan sirip kaudal. Sirip pelvik yang bersatu pada dasarnya kecil (rudiment). Tampilannya yang unik juga membuatnya diminati penghobi untuk dipelihara di akuarium sebagai ikan hias.
Ads
Namun demikian, aktiviti penangkapan ikan berlebihan (overfishing), penggunaan alat tangkap yang tidak ramah lingkungan, dan perubahan kondisi lingkungan perairan menyebabkan kelestarian jenis ikan ini menjadi terancam (Pollnac & Malvestuto, 1991). Bahkan dalam kajian Suwejo et al. (1986), ikan belida sudah termasuk ikan air tawar yang dilindungi.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Tak dapat dinafikan lagi ikan siakap atau barramundi merupakan spesies sasaran casting nombor satu di muara. Ia juga disebabkan oleh kewujudannya yang bertaburan di merata muara seluruh negeri hingga ke Sabah dan Sarawak.
Kepuasan sebenar bagi kaki casting ialah melihat aksi akrobatiknya dalam usaha meloloskan diri apabila tercangkuk mata kail.
Siakap merah
Walaupun saiznya tidak mampu mengatasi ikan siakap atau kakap putih, namun siakap merah atau mangrove jack (MJ) tetap menduduki ranking antara teratas spesies sasaran casting muara.
Sebagaimana siakap putih, ia juga spesies yang mudah ditemui di serata negeri dan aksinya melarikan gewang ke celah-celah bangkar kayu merupakan cabaran menyeronokkan bagi kaki casting.
Bandang
Ikan bandang atau lebih popular dipanggil ladyfish merupakan ikan yang paling mencabar kesabaran pengilat. Selain taburan yang kurang meluas, ia juga antara ikan yang sulit untuk didaratkan.
Rahangnya yang bertulang keras dan kemampuan melibas gewang dari mulutnya membuatkan ia sukar untuk didaratkan. Namun ia memberikan satu kepuasan yang unik kepada sesiapa yang berjaya menewaskannya walaupun bersaiz kecil.
Bulan
Ikan bulan atau tarpon bolehlah dianggap sebagai lesen P bagi pengilat muara. Selagi belum berjaya mendaratkannya, maka anda belum boleh memiliki lesen penuh. Bagi lokasi yang mudah untuk mendaratan siakap dan MJ, ikan bulan hanya dianggap sebagai hiburan semata.
Tetapi dalam method pancingan ultralight, ia merupakan spesies yang cukup menyeronokkan dan spesies sasaran utama.
Jenahak
Sebagaimana spesies siakap merah, ikan jenahak juga menjadikan kawasan estuari membiak dan membesar sebelum berhijrah ke laut lepas apabila matang. Namun, berbanding siakap merah yang lebih mudah, untuk memperolehi jenahak adalah lebih sukar.
Sebaliknya ia lebih mudah jika dipancing dengan teknik dasar atau casting dengan menggunakan umpan hidup. Atas sebab itu ia adalah satu bonus jika berjaya menjinakkan jenahak.
Terdapat beberapa perbezaan ketara antara ikan belida, belida bintik dan selat yang mana ketiga-tiga spesies ini boleh ditemui di perairan Malaysia.
Sebenarnya, tidaklah sukar untuk membezakan bagi ketiga-tiga dalam genus Notopterus ini.
Belida
Sebagaimana yang telah diketahui belida atau nama umumnya featherback atau giant featherback merupakan ikan air tawar dengan nama saintifiknya Notopterus lopis.
Ia telah banyak dijelas dalam slot Info Spesies sebelum ini.
Belida bintik
Berbeza dengan belida bintik, spesies yang hampir sama dengan ikan belida ini mempunyai tompokan atau bintik (spotted) hitam pada badannya sementara belida mempunyai warna perak keseluruhan badannya.
Nama saintifik bagi belida bintik ialah Notopterus chitala yang juga dikenali sebagai spotted featherback.
Ikan selat
Lain pula halnya dengan ikan selat. Ikan selat mempunyai warna badan sekata seperti belida namun ia tidak mampu membesar sehingga besar maksimum ikan belida lainnya.
Nama binomial ikan selat pula ialah Notopterus notopterus.
Kesimpulannya, perbezaan antara ketiga-tiga spesies ini boleh dilihat pada corak badan serta saiz maksimum ikan ini.
Begitu pun, kesemua spesies ini datang daripada keluarga yang sama iaitu Notopteridae.
Ikan puyu atau nama saintifiknya Anabas testudineus, merupakan spesies ikan air tawar yang cukup terkenal di kalangan pemancing tempatan. Dari segi bahasa, Anabasis (Greek) dan Anabas (Latin) memberi maksud memanjat atau merangkak seterusnya membuatkan spesies ini digelar climbing gourami atau climbing perch. Sifat ikan ini juga bersesuaian dengan namanya di mana ikan ini mampu menggunakan sirip berdurinya dan insang untuk bergerak di atas permukaan tanah tanpa air.
Taburan speies A. testiduneus ini banyak tertumpu di Pakistan, India, Bangladesh, Nepal, Sri Lanka, Myanmar Thailand, Kemboja, Laos, Vietnam, Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapore. Kawasan-kawasan ini merupakan kawasan asal spesies ini dan puyu menjadi spesies natif di lokasi yang disebutkan.
Di Malaysia, spesies ikan puyu boleh ditemui hampir di kebanyakan tempat di Semenanjung dan juga Sabah dan Sarawak. Ikan puyu boleh ditemui di kawasan tali air dan juga sawah padi. Ikan ini juga mampu untuk terus hidup dalam keadaan air yang minima dan mempunyai kadar survival yang tinggi selagi insangnya dalam keadaan lembab. Pada musim kemarau, ikan puyu mampu menyembunyikan dirinya di dalam tanah untuk kelangsungan hidup dan akan tinggal di dalam lumpur sehingga musim hujan datang.
Ikan puyu mendiami sebahagian besar sistem perparitan dalam rangkaian atau lokasi natifnya. Menurut rekod, ikan puyu banyak ditemui dalam habitat pelbagai jenis termasuk paya, tasik, terusan, kolam, lubang-lubang kecil, sawah padi, anak sungai dan saluran sungai utama. Walaupun habitatnya banyak tertumpu di kawasan tanah rendah, spesies ikan air tawar ini juga boleh hadir dalam sesetengah persekitaran payau di sesetengah kawasan.
Semasa musim hujan, spesies puyu sering memasuki habitat di mana ia boleh terperangkap apabila air surut. Namun spesies ini mampu melakukan perjalanan di atas tanah untuk jarak beberapa ratus meter dengan syarat ia kekal lembap terutama di bahagian insang. Situasi ini berlaku bukan berdasarkan sifat asasnya, namun lebih kepada naluri untuk terus meneruskan kelangsungan hidup atau survival.
Apabila bergerak di atas tanah pergerakannya sebenarnya agak perlahan dan kaku kerana ia menyokong dirinya dengan sirip dan opercles dada, kedua-duanya agak tebal, duri khas disesuaikan, sementara momentum ke hadapan hasil pergerakan sisi sirip kaudal dan posterior bahagian badan.
Bagi spesies ikan puyu, kebanyakannya mampu membesar sehingga panjang maksimum sekitar 12-14 cm. Jika dilihat, warna pada badannya mempunyai tona warna agak kehijauan dan belang vertikal dapat dilihat pada badannya walaupun tidak jelas ikan ini mempunyai sirip dorsal yang tajam serta operkulum yang tajam dan mampu membuat bukaan yang agak luas lantas memberikannya kelebihan untuk merangkak di daratan menerusi bukaan operkulum ini. Pada bahagian operkulum spesies ini, terdapat tompokan berwarna hitam berhampiran dengan sirip pektoral.
Sisik ikan puyu berbentuk ciliate scale. Spesies puyu ialah spesies maserba, iaitu makan apa sahaja termasuk daripada tumbuhan akuatik seperti alga. Selain itu, ikan puyu mampu menjadi pemangsa kepada anak ikan atau ikan-ikan kecil selain menjadikan invertebrata akuatik dan molluska sebagai diet utamanya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...