Taksonomi:

Kingdom: Animalia

Phylum: Chordata

Subphylum: Vertebrata

Class: Actinopterygii

Order: Siluriformes

Family: Plotosidae

Genus: Plotosus

Species: P. lineatus

Binomial name: Plotoside lineatus

 

IKLAN

Mengenal Profil Spesies Sembilang Usat

 

Sembilang usat, usat-usat, sembilang karang, sembilang batu, sembilang karong dan banyak lagi panggilan lain adalah spesies yang sama. Nama umumnya striped catfish dan nama alternatif lainnya seperti catfish eel, eel-tailed catfish, lined catfish, striped catfish eel dan striped eel catfish.

 

Sebagaimana ikan sembilang, sembilang usat turut memiliki sirip kaudal atau sirip ekor yang sama sebagaimana ikan belut. Oleh yang demikian sembilang usat turut digolongkan dalam keluarga belut berduri atau bermisai. Sembilang usat boleh dikenali dengan jelas berdasarkan corak jalur pada badannya.

 

Mengenal Profil Spesies Sembilang Usat

 

IKLAN

Sembilang usat berwarna coklat atau kelabu gelap pada keseluruhan badan dengan tiga jalur melintang berwarna putih. Jalur pertama bermula dari bahagian hidung melintasi atas mata ke arah bahagian atas ekor. Jalur kedua juga bermula dari hidung tetapi melintasi bawah mata dan berakhir pada pangkal bawah sirip ekor. Jalur ketiga pula lebih pendek, ia bermula dari bahagian atas hidung dan berakhir sebelum sirip ekor.

 

Sembilang usat mempunyai taburan yang agak meluas dan boleh ditemui di Lautan India dan Laut China Selatan, ke arah timur hingga ke Samoa, ke arah selatan hingga ke Australia dan ke arah utara hingga ke Jepun.

 

Mengenal Profil Spesies Sembilang Usat

 

Sembilang usat lebih gemar mendiami kawasan terumbu karang sepanjang pantai terbuka dan kadangkala bergerak ke muara tetapi jarang sekali memasuki perairan yang bersaliniti rendah.

 

IKLAN

Ia juga bergerak dalam kumpulan yang agak besar yang terdiri dari beberapa ratus individu. Sembilang usat hanya bersaiz sekitar 20-35 cm panjang.

 

Seperkara lagi yang menarik tentang ikan ini adalah isinya yang sangat sedap dan lembut. Mungkin antara yang terlembut berbanding ikan-ikan lain. Nisbah isinya juga tinggi sebagai mana catfish yang lain.

 

Mengenal Profil Spesies Sembilang Usat

 

Sebagaimana ikan sembilang, ikan sembilang usat turut terkenal kerana duri atau spinanya yang berbisa. Oleh yang demikian, jangan terlalu ghairah untuk menanggalkannya dari cangkukkan mata kail apatah lagi jika anda baru berjinak-jinak dengan dunia memancing. Anda mungkin berhadapan dengan bahaya besar apabila sembilang dapat melibaskan kepala dan membenamkan sengatnya ke tangan anda.

 

Bisanya cukup untuk membuatkan anda ingin pulang terus ke rumah dan melupakan keseronokan memancingnya. Bukan setakat itu, bisanya juga boleh kekal sehingga beberapa hari dan agak lambat untuk sembuh. Bagi mereka yang alah terhadap bisanya, mungkin mereka akan turut mengalami demam.

 

Mengenal Profil Spesies Sembilang Usat

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI