Spesies Channa striata atau haruan merupakan spesies ikan air tawar yang cukup terkenal. Sama ada di kalangan kaki pancing atau penggemar ikan air tawar, haruan merupakan ikan yang dikenali. Spesies haruan merupakan satu spesies ikan natif di Malaysia, dengan kata lain merupakan spesies ikan asal atau tempatan.

Spesies ini datang daripada keluarga Channidae yang juga merupakan famili yang sama kepada spesies toman. Ikan berkepala ular atau snakehead memang cukup dikenali dengan sifat agresif dan mengawal sempadan atau territorial. Sifat agresif ikan ini menjadikannya antara ikan kegilaan kaki pancing untuk diburu.

Haruan 101 – Kenali Ikan Berkepala Ular
Channa striata

Bagi spesies haruan, pola taburan spesies ikan ini banyak tertumpu di kawasan Asia Tenggara termasuklah dari Lembah Sungai Mekong dan Chao Phraya hingga ke Semenanjung Malaysia, Borneo dan Sumatera. terdapat juga kehadiran spesies ikan ini di kawasan Eropah namun dipercayai sebagai spesies ikan asing.

Di Malaysia, tidak sukar untuk menemui spesies ikan haruan. Spesies ini boleh ditemui di hampir kebanyakan kawasan berair tawar dan payau. Malah ikan ini juga boleh ditemui dalam hampir kebanyakan punca air kerana tolenrasi survival haruan sangat tinggi. Ikan haruan mempunyai kadar survival yang tinggi lantas tidak sukar baginya untuk memilih habitat.

IKLAN

Haruan 101 – Kenali Ikan Berkepala Ular

Dari sungai, sawah padi, terusan, tali air, bekas lombong, paya, kolam tadahan hinggalah ke kolam terbiar kita boleh menemui spesies ini. Walaupun spesies haruan merupakan merupakan ikan air tawar, namun kita masih boleh menemui ikan ini di perairan air payau. Ini menunjukkan spesies haruan juga mempunyai kadar tolenrasi saliniti yang agak tinggi walaupun tidak hidup di air masin.

IKLAN

Spesies haruan juga merupakan spesies ikan pemangsa yang mana tarikan agresifnya membuatkan ia diburu oleh kaki pancing. Terdapat dua cara pancingan haruan yang popular iaitu menggunakan umpan hidup ataupun umpan tiruan. Bagi istilah umpan hidup, umpan yang popular digunakan adalah katak, anak ikan, cicak, cacing, udan sungai atau cengkerik.

Haruan 101 – Kenali Ikan Berkepala Ular
haruan di kawasan paya lazimnya berwarna gelap

Katak merupakan umpan semulajadi yang paling popular. Penggunaan katak boleh dilakukan dengan teknik merendam, unjunan atau pun mengilat (casting). Bagi peminat mengilat (casting) umpan tiruan, pancingan haruan merupakan sesuatu yang menyeronokkan.

IKLAN

Justeru muncul pelbagai jenis, rupa, bentuk, nama, istilah dan variasi umpan tiruan sama ada diperbuat daripada kayu, getah, metal, plastik dan sebagainya. Katak rambutan, spinnerbait, jump frog, soft frog, gewang minnow, gewang permukaan, soft plastik dan sesudu metal merupakan gewang atau umpan tiruan yang boleh digunakan untuk memburu spesies haruan ini.

Haruan 101 – Kenali Ikan Berkepala Ular
Haruan yang terpedaya dengan lenggokkan sesudu

Tidak dinafikan juga, antara punca mengapa haruan kerap diburu (selain rekreasi perikanan dan untuk sumber protein) adalah nilai perubatan yang tinggi yang terdapat dalam daging ikan ini. Secara umumnya, haruan telah terbukti fungsi dan keberkesanannya dalam mengubati luka-luka dalaman terutama kepada wanita selepas bersalin dan selepas pembedahan.

Hasil penyelidikan juga mendapati dagingnya mengandungi asid Arachidonis yang mampu menyembuhkan luka dalaman dengan cepat di samping kaya protein serta asid amino yang diperlukan untuk pertumbuhan badan. Bahkan, ia juga dikatakan mampu menyembuhkan luka selain meredakan penyakit berkaitan kulit seperti radang, gatal-gatal dan sebagainya.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI