Untuk berjaya memancing belida bintik di ban atau tali air ini, anda perlu sedikit ilmu dan panduan yang kami peroleh daripada pakar-pakar pemburunya.
Umpan
Pemancing perlu ada lebih dari satu variasi umpan. Antaranya anak udang, ikan sepat, ikan seluang. Pastikan pula umpan-umpan tersebut segar dan diperoleh di lokasi yang sama untuk memancing belida tersebut.
Selain teknik pancingan dasar atau bottom, ikan belida juga boleh ditewaskan melalui kaedah mengilat atau casting. Terpulang kepada korang untuk memilih dan mengaplikasikannya. Kalau nak aplikasi kedua-duanya boleh.
Ads
Peralatan & teknik
Set joran tidak perlu keras, gunakan set sederhana saja. Jika memancing di ban atau tali air ini saya sarankan gunakanlah tali tangsi atau mono filament. Memadai 8lb hingga 15 lb sahaja.
Jika kawasan itu berarus, boleh gunakan batu ladung saiz yang bersesuaian. Kalau boleh gunalah ladung yang paling kecil. Perambut pula tidak terlalu kasar. Guna saja perambut tangsi biasa.
Ads
Bila ikan belida memakan umpan, joran perlulah disentap kuat, agar mata kail benar-benar tertancap kuat di mulutnya. Jika lewat membuat sentapan, ikan ini mampu untuk meluahkan umpan yang sudah dimakan.
Ads
Waktu & spot
Belida bintik di habitat asalnya adalah haiwan noktunal atau aktif mencari makan pada waktu malam. Oleh yang demikian ia kurang sesuai dipancing ketika matahari panas terik. Untuk kejayaan, anda perlu memancing pada waktu malam. Jika ingin memancingnya pada siang hari, waktu awal pagi atau lewat senja disarankan.
Belida bintik menjadikan kawasan berstruktur seperti ruang luas di bawah reba dan rimbunan tumbuhan air sebagai kawasan rehatnya. Untuk casting atau menggunakan umpan alami, sebaiknya anda melontar umpan di kawasan-kawasan tersebut.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Pada hujung minggu lalu, diberitakan dua penganjur pertandingan memancing terpaksa berhadapan dengan kemarahan peserta atau mungkin diambil tindakan berikutan kegagalan mereka menyediakan wang hadiah secukupnya kepada para pemenang.
Ia berpunca gara-gara pihak penganjur mengamalkan konsep kutipan yuran penyertaan sebagai hadiah kemenangan.
Apabila penyertaan berkurang maka wang hadiah pun tidak cukup untuk dibayar kepada para pemenang sebagaimana yang dijanjikan.
Fenomena pertandingan memancing di Malaysia sudah lama dan ia mulai berkembang sejak awal tahun 2000 lagi.
Di dada akhbar, banner, bunting digantung di tepi jalan hingga ke media sosial facebook dan blog, pasti terlihat iklan pertandingan memancing yang menawarkan pelbagai hadiah untuk pemenang.
Persepsi masyarakat pula bercampur baur mengenai pertandingan memancing. Bagi yang tidak meminatinya, mereka akan beranggapan ia suatu pelaburan yang belum tentu dapat membuahkan hasil.
Sudahlah begitu, modal sebelum menyertai pertandingan pun besar. Mana duit untuk beli peralatan memancing, umpan, yuran penyertaan, makan minum, tol dan minyak petrol kereta dan sebagainya.
Itu belum lagi beli rokok berbungkus-bungkus bagi kaki pancing yang merokok. Adalah lebih baik, duit tersebut digunakan untuk keperluan keluarga.
Namun, bagi ramai kaki pancing tegar lain pula ceritanya. Bagi mereka, mana tahu rezeki akan berpihak kepada mereka.
Kalau menang tempat pertama dah menang puluhan ribu ringgit. Dah tak perlu bersusah payah menabung.
Tambahan pula untuk pertandingan memancing sirkit, berpeluang menang hadiah utama sebuah kereta…uishh bukan kepalang lumayannya.
Melihat kepada situasi tersebut dapat kita lihat percanggahan pendapat mengenai perkara ini.
Adakah benar tohmahan sesetengah pihak mengenai pertandingan memancing ini sekadar membuang masa, wang dan tenaga atau adakah ia mampu memberi impak yang positif bukan sahaja kepada individu malahan kepada negara?
Impak positif
➡ silaturahim
Seperti yang diperkatakan awal tadi, terdapat beberapa elemen positif yang dapat dilahirkan melalui aktiviti pertandingan memancing ini:
Pertamanya mengenai silaturahim yang dapat dibina melalui program sebegini.
Jika dapat kita lihat senario ini, tidak kira di mana sahaja pertandingan memancing dianjurkan pasti akan mendapat sambutan menggalakkan dari kaki pancing yang datangnya dari seluruh pelosok negara.
Jadi medium seperti inilah yang akan membantu para pemancing untuk mendapat lebih ramai rakan pancing yang datangnya dari daerah dan negeri yang berbeza.
Para pemancing pula dapat berkongsi idea dan teknik terbaru bila mereka dapat berkumpul seperti ini.
➡ sumber pendapatan
Pertandingan memancing sebagai satu sumber pendapatan? Mungkin kedengaran agak janggal mengenai perkara ini, namun kita harus memandangnya melalui aspek yang lebih meluas.
Sumber pendapatan di sini bukanlah hanya terhad kepada pemenang sahaja, bahkan ia meliputi keseluruhan industri ini.
Bagi pemancing yang berjaya menjadi juara di dalam sesebuah pertandingan memancing memanglah dianggap sebagai bonus untuk diri sendiri dan keluarga.
Justeru itu, ini sedikit sebanyak dapat membantu pendapatan mereka.
Melalui pertandingan memancing ini jugalah dapat membantu peniaga-peniaga kecil yang ada di Malaysia.
Apa tidaknya, bukan mudah untuk mereka mendapat peluang berniaga di dalam suasana meriah yang dapat mengumpulkan beribu-ribu orang di dalam satu masa.
Jadi aspek sebeginilah yang dapat diperkatakan bahawa pertandingan memancing boleh menjadi salah satu sumber pendapatan.
➡ angling tourism
Pertandingan memancing juga boleh menyumbang sesuatu kepada industri pelancongan Malaysia.
Melalui pakej-pakej memancing tertentu yang lengkap dengan khidmat bot, guide, penginapan, makan minum misalnya, sesebuah spot memancing itu akan menjadi lebih terkenal di mata kaki-kaki pancing.
Tourism Malaysia kini dilihat aktif memajukan potensi angling tourism dengan meminta setiap negeri menonjolkan lokasi-lokasi memancing setiap menerusi pakej-pakej tertentu.
Beberapa spot memancing negara kini telah pun menarik kunjungan kaki-kaki pancing dalam dan luar negara datang untuk turut merasai pengalaman memancing selain penganjuran pertandingan memancing antarabangsa di beberapa lokasi.
Isu negatif
Sebagaimana yang kita tahu, pertandingan memancing juga tidak terlepas daripada dicemari dengan isu-isu atau insiden yang sedikit sebanyak dapat merencatkan industri ini.
➡ Halal ke haram?
Kini timbul perdebatan mengenai isu halal atau haram sesebuah pertandingan memancing itu. Ia telah pun menimbulkan kesan dan persoalan kepada ramai kaki-kaki pancing.
Terdapat beberapa ahli Ulama yang berasa terpanggil untuk memberi komen mengenai perkara ini.
Berikut jawapan daripada Halaqah.net yang dapat menjelaskan mengenai isu halal dan haram pertandingan memancing.
“Dalam hukum mengadakan pertandingan memancing dan menyertainya serta menerima hadiah daripada penganjur, ada beberapa persoalan yang harus diberi perhatian oleh penganjur dan peserta.
Di antara perkara yang harus diberi perhatian ialah hadiah kepada pemenang diambil daripada sumber yang mana?
Adakah ia diambil daripada wang penyertaan atau hadiah itu sumbangan daripada individu atau agensi?
Sekiranya hadiah itu diberi hasil wang kutipan penyertaan maka hukumnya HARAM. Maka sumber haram ini tidak boleh dimanfaatkan untuk makan minum atau pakaian.
Dua, keadaan haram yang wujud dalam pertandingan memancing ini.
Pertamanya kerana menyertai pertaruhan dan yang keduanya menerima hadiah dari pertaruhan tersebut.
Contohnya, setiap peserta dikenakan yuran RM100, kemudian daripada yuran yang terkumpul itu diberikan hadiah kepada peserta yang berjaya menangkap ikan yang paling
berat atau yang paling banyak (ikut peraturan pertandingan yang ditetapkan) menang, maka cara tersebut adalah haram kerana ia termasuk dalam pengertian pertaruhan (al-qimar) yang diharamkan.
Jika hadiah kepada pemenang ditaja oleh pihak luar tanpa membabitkan wang peserta, maka ia diharuskan kerana ia termasuk dalam hibah (hadiah) daripada penganjur atau agensi yang menaja.”
PERSAINGAN PENGANJUR
Selain daripada isu halal dan haram, pertandingan memancing juga tidak terlepas daripada dicemari insiden persaingan yang kurang sihat di kalangan penganjur.
Ada penganjur yang berlumba-lumba untuk menganjurkan pertandingan yang menawarkan hadiah lumayan sehingga sanggup menutup peluang penganjur-penganjur kecil yang lain.
Adalah lebih baik sekiranya penganjur di Malaysia duduk dan berbincang di antara satu sama lain bagi mengelakkan persaingan yang kurang sihat ini.
Selain itu, berilah juga peluang kepada penganjur-penganjur baru untuk bersama-sama memeriahkan industri ini selain tidak mengadakan tarikh yang sama dengan penganjur lain.
Jika kesefahaman antara para penganjur dapat dicapai, nescaya pertandingan memancing Malaysia akan dapat dikembangkan ke peringkat yang lebih tinggi.
HARAPAN
Oleh kerana trend pertandingan memancing ini berkembang pesat, diharapkan ada sebuah badan atau persatuan yang boleh memantau pertandingan memancing di Malaysia.
Ini bagi mengelakkan berlakunya lagi kes-kes yang tidak diingini sekali gus boleh menjatuhkan industri ini.
Persatuan ini juga harus ditubuhkan kerana ia boleh menjadi nadi penggerak untuk pertandingan memancing di Malaysia dan juga menjadi tempat rujukan kepada penganjur untuk menganjurkan pertandingan yang lebih berprestij di masa akan datang.
Melalui persatuan atau badan yang ditubuhkan nanti, penganjur-penganjur pertandingan memancing di Malaysia boleh duduk berbincang untuk menangani masalah pertandingan memancing dan bersatu untuk memajukan industri memancing yang ada di Malaysia.
KESIMPULAN
Pertandingan memancing tidak sepatutnya dilihat hanya sebagai satu aktiviti riadah kepada kaki pancing. Ia boleh dianggap sebagai satu industri yang lahir dari hobi memancing.
Di sini membolehkan cabang perniagaan dapat dijana, membantu sektor pelancongan, membangunkan menaikkan nama sesebuah lokasi atau tempat sebagai destinasi memancing dan sebagainya.
Justeru itu, diharapkan ada lebih banyak agensi-agensi kerajaan mahupun swasta yang menyokong dan memberi suntikan dana kepada pertandingan memancing yang ada di Malaysia ini sekali gus hobi sukan dan pertandingan memancing diangkat lebih tinggi.
Faktor yang menyebabkan trip ini lewat berlangsung disebabkan sukar untuk mencari setting tarikh yang sama untuk mengambil cuti, ekoran berlainan batasan kerja masing-masing.
Semuanya cukup teruja, apabila menjejakkan kaki di Jeti Kuala Tahan tanggal cuti Hari Malaysia tersebut.
Maklumlah majoriti ahli komplot belum pernah sampai, kecuali dua orang sahaja yang pernah sampai sebelum ini.
Hampir pukul 9.00 pagi, usai sarapan, memunggah barangan ke dalam bot dan mengambil permit di pos kawalan Perhililitan di Sungai Tahan, bermulalah perjalanan menongkah arus Sungai Tembeling.
Masing-masing sudah terbayangkan akan sang badong dan juga kelah besar, meskipun realitinya semua ahli trip telah dimaklumkan awal yang Sungai Keniam ketika ini sebenarnya tidak lagi sehebat masa lampaunya.
Pun begitu, Sungai Keniam masih lagi boleh dianggap padang pancing camping dan trekking yang berada dalam kelasnya tersendiri.
Dalam sedar tak sedar, tepat jam 1.30 tengah hari, perahu panjang yang membawa kami akhirnya tiba di Lata Said. Jelas berbeza ujar Abang Rom yang mengatakan, sekiranya
musim kemarau, sekitar jam 4 @ 5 petang nanti barulah sampai di Lata Said, akibat terpaksa banyak kali menolak bot.
Petang tersebut, usai memasang khemah dan makan bermulalah aktiviti memancing sekitar lubuk berhampiran sebelum ia terbantut apabila langit tiba-tiba sahaja gelap dan hujan turun dengan begitu lebat membawa hingga ke larut malam.
Dalam kesejukan berada di dalam khemah, masing-masing berdoa agar hujan segera berhenti.
Hari Kedua
Awal pagi, kelihatan air keruh bak teh tarik mengalir deras di hadapan khemah kami. Jauh bezanya dengan hari semalam yang begitu jernih.
Rakan yang sudah merancang untuk trekking, tergamam melihat warna air. Bukan sahaja keruh, tetapi parasnya juga tinggi.
Menurut Abang Rom, walaupun keruh yang teruk, jika tidak hujan pada hari tersebut, esok ia sudah kembali pulih.
Semasa sarapan, kami berbincang di mana sekumpulan rakan bersama beberapa boatman yang lain bertekad untuk cuba trekking ke bahagian hulu untuk casting dan juga mencuba pancingan dasar.
Ini kerana dengan menuju ke bahagian hulu, keadaan air pasti akan pulih dengan cepat.
Penulis pula, pudar hati untuk trekking melihatkan air yang keruh bak teh tarik ini. Untuk tidak membuang masa, penulis bersama Rul, John, Mazuan dan Bahar bersetuju mengikut
Abang Rom dan tiga orang boatman lagi (menggunakan dua buah bot) mudik ke bahagian hilir sehingga ke Lubuk Rawa.
Harapannya tidak lain tidak bukan memancing baung sambil berharap ada spesies lain, terutamanya sang tenggalan akan diperolehi.
Hendak dijadikan cerita, sehingga ke tengah hari, kami memang berpesta baung akar sahaja. Cukup banyak sampai tak menang tangan menjaga dua batang joran.
John yang memancing sekitar Lubuk Rincing pula mendapat bonus seekor udang galah.
Kembali ke Lata Said pada sebelah petangnya, kami menantikan rakan yang pulang dari trekking.
Beberapa ekor kejor berjaya diperolehi melalui kaedah casting dan pancingan dasar oleh boatman.
Sebarau paling mendominasi tangkapan, tetapi tiada bersaiz badong berjaya didaratkan. hanya Udin yang tersenyum lebar, kerana berjaya memperoleh kejor menggunakan sesudu.
Geng tekong yang membantu memancing kelah melalui kaedah pancingan dasar, juga gagal.
Post mortem yang diadakan pada malam itu merumuskan keadaan air yang masih keruh membantutkan usaha untuk casting dengan baik.
Air yang dalam dan deras turut membataskan mereka yang trekking berjalan lebih jauh dan pantas kerana perlu berhati-hati memijak batu yang tidak kelihatan dan licin.
Hari ketiga
Ketika menikmati makan malam, Lata Said dibasahi hujan lagi. Tetapi tidaklah lebat. Paginya masing-masing bersemangat untuk memulakan trekking kerana keadaan air sudah kembali pulih walaupun ia berstatus ‘air bulu monyet’.
Disebabkan ramai yang ingin turun casting, terpaksa berpecah kepada dua grup. Satu grup akan bermula casting dari Lubuk Batu Terubung menghala ke Lata Said.
Manakala satu grup lagi dengan ditemani dua boatman lagi menghala naik lebih atas lagi menuju ke Keniam Kecil. Saya memilih untuk naik ke atas bersama Zul, John dan Bahar.
Di bahagian atas, keadaan air amat cantik. Banyak sebarau kami berjaya perolehi dan mana yang bersaiz juvenil dilepaskan kembali.
Di satu lubuk yang terletak tidak jauh antara satu sama lain, Zul berjaya memperoleh seekor sebarau bersaiz 1.5 kg menggunakan sesudu Bakau (warna tembaga), manakala
penulis berjaya memperoleh seekor kejor yang beratnya hampir 1 kg menggunakan gewang Senses Savior 50s, Rasengan Limited.
Berdasarkan gewang yang digunakan, warna gewang yang natural dan mirip ikan seluang lebih ‘mencakup’ berbanding warna garang dan terang seperti oren, fire tiger dan sebagainya.
Berdasarkan pemerhatian dan juga bertanyakan kepada tekong yang kaki casting, sebaiknya jika hendak lebih potensi menewaskan sang badong, kejor bersaiz 2-3 kg ke
atas atau kelah (nasib-nasib boleh dapat) Sungai Keniam, saiz gewang yang perlu digunakan perlu bersaiz besar iaitu 9-11 cm bukannya gewang atau sesudu bersaiz kecil dan mikro. Mata tiga juga perlu ditukar kepada saiz yang lebih kuat.
Menurut Abang Rom, jika hendak pemangsa bersaiz besar, perlu menggunakan gewang bersaiz besar dan warna pilihan terbaik adalah warna natural dan tidak terlalu terang.
Katanya lagi, Rapala X-Rap bersaiz 11 cm adalah kesukaan badong mahupun kejor di sini.
Hari terakhir
Hari keempat adalah hari terakhir kami di Sungai Keniam. Ternyata 2 yang lalu hari adalah hari yang kami ‘pulun’ betul-betul memancing dan bakinya adalah lebih kepada perjalanan pergi dan pulang.
Sekitar jam 10 pagi, kami meninggalkan Lata Said dan lebih kepada sesi casting sebarau secara berhanyut sambil boatman mendayung bot (tidak hidupkan enjin) sehinggalah sampai di Lubuk Rincing.
Dalam trip ini, masing-masing mendapat pengalaman yang berharga ketika menjejakkan kaki kali pertama ke Sungai Keniam.
Tiada istilah serik, sebaliknya geng ini akan cuba mencari tarikh yang sesuai untuk menjejakkan kaki lagi ke sini dan sasaran utama adalah seawal yang mungkin selepas musim tengkujuh berakhir sekitar Mac nanti.
Sepanjang menggunakan apollo ini, pernah tak korang berhadapan dengan situasi di mana selepas satu atau dua kali menggunakan apollo dan terpaksa tukar apollo yang lain kerana ia sudah berpintal atau berbelit antara satu mata dengan mata yang lain.
Kalau stok apollo masih banyak tak mengapalah, tapi bagaimana kalau stok tak banyak? Nak betulkan apollo yang berbelit bukan saja menyusahkan malah turut memakan masa. Sedangkan waktu itu sangat berharga. Tau tak anda kenapa ia boleh terjadi dan bagaimana untuk mengatasinya?
Kenapa terjadi?
Apabila ikan tersangkut pada mata kail apollo, tidak mengira berapa jumlah ikan yang tersangkut, mereka akan berusaha untuk melepaskan diri dengan aksi renangan yang sekuat tenaga dan mengelirukan.
Sama ada berenang ke atas, ke tepi atau ke bawah. Hal ini pasti lebih bercelaru sekiranya ikan yang bersaiz kasar dan banyak yang tersangkut pada mata apollo. Ia lebih mudah menyebabkan mata apollo berpintal sesama sendiri.
Bagaimana untuk mengatasinya?
Apabila ada ikan yang tersangkut pada apollo, pastikan kayuhan dilakukan tanpa berlengah. Jangan tunggu sehingga kesemua mata apollo terkena ikan baru nak kayuh.
Ini akan menyebabkan ikan berenang bebas dah berbelit pada mata kail. Kayuhan yang dilakukan pula haruslah lebih laju dari renangan ikan.
Tip kedua pula pastikan batu ladung yang digunakan agak berat yang tidak mengizinkan ikan berkemampuan berenang ke atas sehingga membawa batu ladung tersebut. Jika ini berlaku maka ia berpintal dengan mata apollo di bahagian atas pula.
Satu lagi tip, ketika kita menaikkan apollo ke atas bot, elakkan dari meletakkan keseluruhan apollo tersebut di atas lantai bot kerana pergerakan ikan dengan mudah akan membuatkan apollo bersimpul.
Cara terbaik ialah, sentiasa tegangkan apollo dengan memastikan hanya batu ladung yang diletakkan di atas lantai bot dan apollo diangkat supaya tegang. Untuk lebih cepat, seeloknya sesi mengunjun apollo ini dilakukan berkumpulan 2 orang. Seorang mengunjun dan seorang lagi mencabut mata kail apollo dari mulut ikan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...