
Umpan terbaik untuk memancing ikan sasaran di sesuatu lubuk adalah umpan yang terdapat di lubuk itu sendiri. Sekiranya di lubuk tersebut banyak terdapat ikan seluang maka gunalah anak seluang tersebut untuk dijadikan umpan.
Langkah 1
Usahakan cari sesuatu untuk menyauk anak-anak ikan seluang yang terdapat di tepi sungai atau tali-tali air.
Langkah 2
Beginilah rupa anak ikan seluang. Penting untuk mengenal pasti ia adalah spesies ikan seluang bukannya spesies lain yang kurang digemari oleh ikan pemangsa seperti belida atau baung.
Langkah 3
Pegang anak ikan seluang dengan kemas dan cangkukkan anak ikan seluang ini dari bahagian kepala hingga ke ekor.
Langkah 4
Beginilah keadaan anak seluang yang telah dicucukan mata kail untuk dijadikan umpan belida atau apa sahaja pemangsa yang ada.
Umpan Roti Potato Original Pancing Patin ©

Beberapa perisa produk Original jika dicampurkan akan menghasilkan satu gabungan bau dan aroma yang memikat.
Selain menggunakan sos campuran perisa ini dengan palet, ia juga berkesan jika digunakan dengan roti sanwic atau roti potato (kentang).
Bahan-bahan keperluan:
- Perisa pandan kelapa Original
- Perisa kelapa Original
- Perisa badam Original
- Perisa honeydew Original
- Roti Potato
Cara penyediaan Umpan:
1. Kupas atau buang lapisan atas roti potato. Belah roti potato menjadi dua bahagian.
Bahagian atas dipotong dadu sebagai bahan kepal manakala bahagian bawah pula dipotong dadu untuk dijadikan inti yang dicangkukkan pada mata kail.
2. Sediakan satu botol kosong. Masukkan 100 gram perisa pandan kelapa Original (anggaran 10 penutup botol), 50 gram perisa kelapa Original (anggaran 5 penutup botol), 20 gram perisa honeydew Original (anggaran 2 penutup botol) dan 1 gram perisa badam Original (anggaran 1 atau 2 titik).
Goncang botol yang berisi campuran perisa ini sehingga ia menjadi sebati.
Cara menggunakan umpan:
1. Sebaik-baiknya dapatkan dua plastik kosong bagi membancuh roti potato untuk inti dan kepal.
Masukkan kira-kira 5 penutup umpan campuran perisa (bergantung kepada kuantiti roti yang digunakan) ke dalam dua plastik kosong. Ratakan umpan keseluruh bahagian plastik.
2. Masukkan roti untuk kepal dan inti ke dalam dua plastik berasingan yang telah diratakan dengan umpan. Kembungkan plastik yang berisi roti dan umpan, goncang perlahan-lahan agar setiap inci roti mengenai umpan.
3. Gunakan perambut Y dua mata kail tali sulam atau tangsi. Cucuk kedua-dua mata kail dengan beberapa roti dadu yang bersalut umpan perisa campuran (inti).
Gabungkan kedua-dua mata kail tersebut (atau salah satu daripadanya) dan kepal dengan roti dadu (kepal) sehingga menjadi seperti bebola. Sebaiknya biarlah kepalan itu tidak terlalu longgar atau terlalu padat.
Umpan Serbuk Perisa Terbaik Untuk Patin

Setiap kolam pancing lazimnya ada umpan tersendiri yang menjadi kesukaan ikan-ikan di kolam tersebut. Tahap kualiti air kolam juga memainkan peranan dalam pemilihan umpan. Sekiranya kolam yang air bersih menghijau seperti Kolam ABE ini, umpan asas ini sudah memadai untuk memikat penghuninya.
Bahan-Bahan Keperluan:
Perisa strawberi / pandan Original
Serbuk vanila Original
Roti sandwich / roti bun
Cara penyediaan umpan:
Tutorial 1
Cairkan sedikit perisa strawberi / pandan dengan mencampurkan sedikit air ke dalam bekas semburan.
Umpan Original ini agak likat dan akan menyebabkan ia tidak dapat disembur keluar. Tujuan penggunaan botol semburan adalah bagi membolehkan perisa umpan diseratakan ke setiap inci roti dadu.
Tutorial 2
Semburkan perisa umpan ke atas roti sandwic yang telah dipotong dadu ke dalam bekas bancuhan umpan.
Goncang bekas bancuhan umpan bagi membolehkan roti dadu dibolak-balik dan disembur dengan sempurna.
Tutorial 3
Taburkan serbuk vanila ke atas roti dadu yang telah diselaputi perisa umpan. Goncang bekas bancuhan dan tabur lagi serbuk vanila agar setiap roti dadu mengenainya.
Serbuk vanila ini berfungsi menaikkan lagi aroma perisa umpan. Biarkan seketika adunan ini di dalam bekas bancuhan bertutup.
Cara penggunaan:
Cucuk kira-kira 3-5 ketul roti dadu hingga memenuhi teras mata kail pada perambut Y dua mata kail. Kemudian kepal roti dadu pada mata kail kira-kira sebesar penumbuk dan lontar ke spot pilihan anda.
Umpan ini akan mengapung dengan baik di permukaan air. Sekiranya ingin memancing dengan teknik dasar maka gunakan batu gantung bersaiz kecil dan sangkutkan ia pada swivel yang menyambungkan tali utama dan perambut.
Umpan Durian Strawberi

Durian yang rasanya kurang sedap atau kurang berkualiti biasanya dijadikan tempoyak. Tapi bagi pemancing, durian sebegini sebenarnya boleh dimanfaatkan untuk dijadikan bahan perisa (bau) di dalam umpan. Ia ternyata berkesan dan lebih efektif berbanding menggunakan esen atau pes durian moden.
Bahan-bahan keperluan
2-3 Ulas durian
Yogurt
1 Kotak Santan kelapa kotak
Perisa Strawberi Original
Ibu roti segera
Cara penyediaan umpan
- Masukkan 200 ml santan kelapa ke dalam botol atau bekas bancuhan. Kemudian masukkan kira-kira 3 sudu besar yogurt.
- Masukkan pula isi durian dan bancuh bahan-bahan campuran hingga sekata.
- Masukkan pula 3 sudu besar (atau 2 penutup botol) perisa strawberi original. Akhir sekali masukkan sedikit ibu roti segera. Perap seketika (satu jam) umpan ini sebelum digunakan.
Cara penggunaan umpan
- Potong dadu satu bungkus roti sandwic ke dalam bekas bancuhan umpan.
- Curahkan sos umpan sedikit demi sedikit ke atas roti dan goncang hingga sekata.
- Cucuk 5 ketul roti dadu pada kedua-dua mata kail kemudian kepal roti dadu pada keduanya atau salah satu daripadanya.