Tidak kira jika anda baru pulang dari laut atau sungai, sebaiknya cuci peralatan berkenaan dengan sabun mandian, syampu atau syampu kereta (elakkan mengguna sabun pencuci, apatah lagi bahan peluntur).
Begitu juga dengan rod atau joran, pastikan anda bersihkan dan cuci pada bahagian pemegang dan juga setiap cincin.
Pastikan drag dan gelendung kekili diketatkan sebelum dibilas. Ia bagi mengelakkan air memasuki bahagian dalam kekili (housing). Kemudian anda bolehlah cuci dan membilasnya dengan air paip.
Ads
Biarkan seketika sehingga kering. Lap menggunakan kain sekiranya terdapat lebihan air yang terkumpul. Apabila ianya kering, longgarkan kembali drag dan gunakan minyak seperti minyak gris, minyak kelapa atau minyak pelincir mesin jahit.
Ads
Setelah itu, longgarkan drag kekili atau beri ruang kelegaan kepada drag anda sebelum menyimpannya. Sila simpan di tempat yang tidak terdedah kepada habuk seperti dalam beg, kotak atau bungkus bungkus saja dalam beg plastik.
Sekiranya tidak akan memancing bagi tempoh masa yang agak panjang, sebaiknya pisahkan joran dan kekili. Simpan joran dan kekili di tempat yang sesuai.
Ads
Bagi kaki casting, sebaiknya, masukkan gewang yang telah anda gunakan terutama jika casting di laut di dalam baldi yang mengandungi air sabun. Bilas, dan jemur di bawah cahaya matahari di tempat yang selamat sehingga kering. Ia bertujuan mengelakkan swivel, mata tiga atau tunggal berkarat.
Jika menggunakan playar mudah karat, ia hendaklah dicuci setiap kali selesai memancing. Semburkan WD-40 pada bahagian spring tengahnya. Gerakkan berulang kali sehingga karat keluar dari bahagian yang bergerak dan lap karat tersebut. Lakukan sehingga playar tersebut tidak ketat lagi atau telah lancar pergerakannya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Memancing merupakan hobi dan lantaran itu hukum-hakam hobi ini tidak terdapat di dalam nas mahupun hadis. Oleh yang demikian untuk meletakkan sebarang hukum, para ulama merujuk kepada hukum asal memburu binatang bagi mengaitkannya dengan hobi memancing.
SOALAN:
Apakah hukum memancing ikan tetapi tidak mengambil ikan tersebut untuk dimakan, sebaliknya dilepaskan kembali untuk keseronokan memancing?
JAWAPAN:
Ia balik pada hukum asal berburu; hukumnya harus sebab memancing pun sejenis perburuan, hukum harus ada dalam nas.
Begitu pun pun tangkap dan lepas atau catch & release adalah kehendak dari penguasa kolam atas tujuan menjaga populasi ikan dari kepupusan atau sebagainya.
Berburu boleh saja dijadikan sebagai hobi atau kerjaya. Dalam Al-Quran tidak dijelaskan secara terperinci tentang hukum berburu maka perlu dirujuk balik pada hukum asalnya iaitu harus.
Hukum asal berburu ialah tangkap dan makan (catch & eat). Sementara catch & release ini adalah hukum yang dipinda oleh manusia atau pihak berkuasa demi menjaga populasi atau sebagainya.
Di negara barat seperti Amerika Syarikat contohnya, polisi catch & release ini dipantau ketat. Apa yang tidak boleh boleh ialah tangkap dan bunuh (catch & kill) tetapi tidak mengambil manfaat atau memakannya.
Dalam soal ini, nabi kita amat melarang membunuh haiwan tanpa sebarang sebab.
Contoh catch & kill yang dekat dengan dunia memancing ialah pemburuan ikan jerung atau yu di mana ikan jerung dibunuh hanya semata-mata untuk mendapatkan siripnya sahaja.
Memang benar ada yang berkata hukum tangkap dan lepas ini haram kerana menyeksa ikan dengan mata kail, namun tiada nas untuk menyokong pendapat ini.
Maka kita hanya boleh menganggap ia hanyalah makruh. Hukum halal atau haram ini datangnya dari Allah. Kita sebagai manusia tidak boleh menjatuhkan hukum atas pendirian sendiri.
Kesimpulannya, menyeksa binatang kerana sport fishing ini mungkin hukumnya makruh kerana membuang masa dan menyeksa binatang. Jadi, terpulanglah kepada anda untuk memilih sendiri konsep pancingan yang anda suka.
Sebaik tiba di Dewan Serbaguna Kampung Tian, Matu, kami kemudiannya bergerak menaiki kereta ke lokasi. Konsep pencarian spesies ikan berkepala ular ini amat mudah. Hanya memancing di pinggir jalan raya menuju ke Daro sambil secara ‘Touch n Go’, iaitu beralih tempat ke hadapan jika tiada mendapat sambutan.
Ada beberapa perkara yang merangsang keterujaan pada diri saya ketika di sana. Setiap kali berhenti di satu-satu lokasi, mendapatkan strike cukup mudah. Sudahlah tepi jalan raya, keluar sahaja dari kereta, lontarkan umpan di parit sebelah kiri dan kanan jalan, karau beberapa kali dan strike! Paling best pakai apa sahaja umpan tipu semua bujuk kat sini hentam. Amboi senangnya kata saya!
Menariknya lagi, bujuk adalah spesies snakehead yang paling banyak dinaikkan, sesekali runtu yang akan mengena dan kemudian barulah haruan. Wah… Memang seronok sangatlah. Jauh bezanya jika dibandingkan trip saya mencari snakehead di semenanjung.
Menurut Lai Malie, Matu-Daro adalah antara daerah paling banyak spesies snakehead ini, berbanding di kawasan-kawasan lain di Sarawak. Terdapat beberapa faktor mengapa di daerah kecil ini populasi spesies snakeheadnya amat banyak berbanding di kawasan lain.
Pertama, masyarakat Melanau di sini memang tidak makan langsung sebarang ikan berkepala ular ini, mereka hanya makan ikan laut, kerana ikan laut murah dan mudah diperolehi memandangkan penempatan di sini berdekatan dengan laut.
Kedua, faktor geografi Matu-Daro yang dikelilingi kebun, hutan pokok sagu dan banyak dikelilingi oleh sungai, parit dan tiada aktiviti pertanian yang ekstrem menggunakan racun perosak menyebabkan ikan di sini membiak dengan baik.
Dan ketiga adalah, tidak ada kaki pancing yang ekstrem memancing spesies-spesies ini. Jika ada pun boleh dibilang dengan jari. Bujuk, runtu, haruan di sini juga masih belum kenal apa itu gewang.
Bagi geng-geng Matu-Daro Anglers sendiri pun mereka sebenarnya lebih gemar casting dan mencari ‘Mak Janda’ (gelaran popular untuk siakap merah atau mangrove jack), siakap putih, bulan yang banyak menghuni sistem-sistem sungai muara di sini serta trip ke laut.
Ujar Mann Levi’s yang berasal dari daerah ini, memang sukar nak tengok orang Melanau makan ikan darat, kecuali orang Iban ataupun pekerja-pekerja kontrak ladang, buruh asing yang mengeluarkan dan membersihkan batang-batang pokok sagu.
Jika mereka memancing pun, hanyalah memancing ikan puyu menggunakan batang buluh menggunakan umpan cacing. Jika bujuk, runtu atau haruan yang mengena, ikan tersebut akan dilepaskan kembali. Bahkan tidak kurang juga yang melemparkannya ke darat kerana faktor ‘geram’ kerana asyik ikan ni sahaja yang mencuri umpan.
Patutlah ikan-ikan di sini hidup aman tenteram, rupa-rupanya tiada gangguan. Warna air sungai, paritnya yang gelap kehitaman tetapi bersih (air tanah gambut) antara faktor, mengapa bujuk, haruan ataupun runtu yang banyak kami perolehi bentuk yang sihat dan warna yang menarik.
Sepanjang trip sehari tersebut, saya perhatikan kadar sambaran bujuk, haruan ataupun runtu yang lebih kasar lebih mencakup di kawasan yang bereba seperti ranting-ranting pokok yang tumbang dan samai di kawasan teduh, terutama di bawah dahan-dahan pokok yang menimbuni tepi tebing.
Rakan-rakan di sini menggelarnya ‘tikam tebing’ dan juga ‘kamikaze’ iaitu istilah gewang mesti dilontar tepat ke lubuk berpotensi di celah-celah dahan pokok yang merimbun hampir di gigi air. Jadi, kes tersangkut memang tinggi kerana bukan mudah untuk menghantar tepat gewang ke kawasan tersebut.
Mujurlah sebelum datang ke sini, mereka sudah pesan awal-awal bawa banyak-banyak froggie (katak getah), katak rambutan (katak kayu/ buyun), soft plastic dan sebagainya sebagai insurans.
Banyaknya tangkapan bujuk di sini juga membuatkan kami ada kalanya tidak bergerak dan lama di satu-satu tempat. Kesemua tangkapan dilepaskan kembali.
Saya sekadar ingin bertanya pendapat dari admin… jika kita ingin memotong duri sengat ikan berbisa seperti duri, sembilang dan sebagainya lagi, sebanyak makna duri sengat itu perlu dipotong?
JAWAPAN:
Pendapat saya, perkara yang menjadi kemestian kepada kepada pemancing yang ingin membawa pulang hasil tangkapan daripada memancing sama ada dari sungai, paya, tasik
atau laut yang membawa spesies ikan berduri bisa hendaklah terlebih dulu dipotong duri-duri berkenaan selepas ikan dinaikkan.
Ia sebaiknya dipotong sehingga tahap maksimum. Bukan sekadar pada hujungnya saja. Sebaliknya jika ingin dilepaskan kembali, janganlah pula berbuat demikian kerana ia
merupakan senjata utama ikan tersebut untuk mempertahankan diri dan juga memburu makanan.
Sebagaimana yang diketahui, duri yang belum dipotong hujungnya mengandungi racun berbisa yang boleh mengundang sakit dan bisa yang berlarutan jika tidak diberi rawatan segera.
Pemancing kadang-kadang terlupa untuk mematahkan sengat spesies seperti baung, keli, sembilang, duri atau lain ikan yang berduri tajam yang pasti sangat berbahaya.
Pemancing pasti tidak mahu isteri dan anak-anak yang bakal jadi mangsa dari kecuaian sendiri atau anda sendiri yang bakal menentukan sekali lagi semasa tiba di rumah dan
bukan menyerahkan kepada isteri atau memberikan anak-anak bermain dengan ikan-ikan berkenaan dalam coldbox yang belum diusik.
Sebagai langkah berjaga anda sendiri perlu menyiang dan membersihkan ikan berduri itu. Duri yang sudah dipotong hendaklah dibuang dalam satu bekas khas supaya tidak menjadi mangsa kepada kucing kesayangan keluarga anda.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...