Cara Simple Buat Umai Terubuk Yang Best

Share

 

Korang pernah makan umai? Umai adalah makanan yang dianggap penting dan popular bagi pelbagai etnik di Sarawak. Ia merupakan satu hidangan yang ringkas dengan variasi yang cukup mudah untuk disediakan.

 

Umai adalah hirisan ikan mentah segar yang diperap dengan jus limau kasturi, bawang merah, bawang besar dan cili, garam dan sedikit penambah perisa.

 

Makanan ini disediakan dengan langkah tersusun. Ia bermula dengan pemilihan ikan yang segar dibersihkan terlebih dahulu, kemudian dihiris secara halus dan digaul serta diperap dengan jus limau kasturi terlebih dahulu untuk menghilangkan bau ikan, dan proses ini menyebabkan isi ikan tersebut kelihatan seolah-olah sudah masak.

 

Hirisan ikan mentah digaul atau diperap dengan jus limau kasturi terlebih dahulu untuk menghilangkan bau ikan, dan proses ini menyebabkan isi ikan tersebut kelihatan sudah masak. Setelah itu barulah dicampurkan dengan bahan-bahan seperti yang disebutkan di atas tadi. terpulang kepada cita rasa individu sama ada mahu menambah cili untuk rasa lebih pedas atau tidak.

 

Tidak semua ikan boleh dibuat umai. Selain ikan terubuk, hanya beberapa jenis ikan lagi boleh dan sangat sedap dibuat umai iaitu tenggiri, bawal putih, ikan yu ataupun udang. Ingat hanya ikan segar yang baru ditangkap sahaja, baru sesuai dibuat umai.

 

Jom buat!

 

Ikan terubuk dibersihkan, dibuang isi perut dengan sebersihnya.

 

Sisik dibuang tanpa meninggalkan satu sisik sekali pun.

 

Semua sirip dipotong dan dibuang.

 

Bahagian ekor juga dibuang.

 

Badan ikan dibelah dua.

 

Tulang dan darah dibuang

 

Rupa ikan terubuk yang telah dibersihkan dan dibuang tulang tengah.

 

Isi ikan dihiris nipis.

 

Siap!

IKLAN