Bagi saya bebolos adalah tergolong dalam kategori pancingan pantai, bersesuaian dengan habitat semula jadinya yang gemar kawasan persisiran pantai. Bebolos adalah hidupan laut yang mempunyai mulut kecil dan mencari makanan di dasar laut.

 

Kemampuannya menghilangkan diri dari pandangan manusia di dasar amat sukar untuk mengendap spesies ini sebelum memancing walaupun di air cetek dan jernih. Namun ia adalah spesies yang boleh dipancing dan juga seronok memancingnya kerana daya melawan yang boleh tahan walaupun berbadan kecil. Saiz maksimun yang dicatatkan ialah 36 cm dan saiz purata sekitar 15 cm hingga 20 cm.

 

Cara Paling Berkesan Memancing Bebolos

 

Memancing bebolos ialah memancing dasar. Sekiranya umpan tidak jatuh betul-betul di dasar adalah sukar bagi pemancing memperolehnya. Kawasan pilihan untuk memancing bebolos adalah pantai atau kuala sungai yang berbeting dan yang pentingnya kawasan tersebut mestilah berpasir.

 

IKLAN

Bebolos gemar kawasan ini kerana ia mudah berselindung di kawasan yang kedalamannya berbeza. Dasar berpasir merupakan perlindungan semulajadi kepada spesies ini selain kebolehannya membenamkan diri di dasar berpasir. Jadi pengaruh pasang surut air tidak begitu menjejaskan spesies ini untuk beredar ke kawasan yang lebih luas.

 

Cara Paling Berkesan Memancing Bebolos

 

Di sebelah pantai barat banyak beting pasir di kuala sungai. Jika memancing bebolos di kawasan kuala atau tempat yang mempunyai pengaruh besar terhadap pasang surut, memancing sewaktu air mati adalah masa terbaik kerana masa memancing agak lama dan arus sesuai.

 

IKLAN

Jika arus terlalu laju, umpan mungkin akan dihanyutkan dan menolaknya ke atas sedikit dari dasar sungai. Ingat jika umpan berada di atas atau naik sedikit pada aras dasar, sukar untuk bebolos mendapatkannya. Umpan mungkin menjadi habuan spesies lain.

 

Cara Paling Berkesan Memancing Bebolos

 

Tindakan terbaik ialah berpindah port atau labuhkan umpan di serata kawasan pilihan kerana bebolos akan berselerak di sekitar kawasan berpasir apabila kesan ragutan umpan semakin berkurangan pada tempat permulaan tadi.

IKLAN

 

Agak senang memancing bebolos di kawasan yang tiada arus kerana kehadiran ikan mudah dirasai. Sewaktu di Langkawi saya diajar menggunakan umpan siput kaki (umang-umang) sebagai alternatif kepada perumpun. Hasilnya tetap sama iaitu bebolos yang rata-rata panjang sejengkal.

 

Cara Paling Berkesan Memancing Bebolos

 

Namun begitu mengunakan umpan perumpun adalah terbaik kerana perumpun mudah dicangkukkan pada mata kail yang halus. Semua jenis perumpun adalah sesuai seperti perumpun urat (selut), perumpun sarang, perumpun pasir adalah terbaik dan perumpun nipah (sejenis perumpun kecil yang tinggal pada dahan nipah yang reput).

 

Cara Paling Berkesan Memancing Bebolos

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI