
Gewang jenis permukaan terutamanya popper memang amat mengujakan jika ikan menyambarnya. Ia bunyi ‘pop’ yang dihasilkan bila ia dimainkan di permukaan air akan mendatangkan amarah kepada ikan yang sedang bersembunyi di bawah permukaan.
Bagi peminat teknik pancing layang, popper fly adalah jenis umpan yang perlu ada di dalam setiap kotak umpan mereka. Variasi popper fly pula ada bermacam-macam-macam jenis dan digunakan untuk memikat semua ikan yang gemar makan menyambar, sama ada toman, sebarau, GT, talang dan banyak lagi.
Berikut step membuat popper fly secara ringkas yang boleh dilakukan sendiri.
Bahan:
Silly legs
Popper head soft foam
Saddle hackle (bulu ayam)
Palmer chenille
Thread (tali benang fly)
Vise
Bobbin
Bead head
Flash
Gam @ epoxy
Gunting
Fish eye
Permanent marker
Step 1
Pasangkan mata kail (mengikut saiz yang sesuai) pada popper head dan titiskan gam. Tunggu sehingga betul-betul kering.
Step 2
Mulakan ikatan thread (tali benang fly) pada permukaan batang mata kail dan pasangkan silly legs.
Step 3
Ambil sedikit flash, letakkan dan ikat.
Step 4
Pilih saddle hackle (bulu ayam), potong mengikut saiz popper fly dan ikat.
Step 5
Ambil Palmer chenille dan ikat seperti gambar di atas.
Step 6
Setelah dipasang, popper fly akan kelihatan seperti ini.
Step 7
Gunakan permanent marker berwarna merah jika anda mahukan popper fly untuk read head. Anda juga boleh gunakan permanent marker warna lain untuk kelainan.
Step 8
Lukis menggunakan permanent marker seperti gambar di bawah.
Step 9
Selepas siap warnakan, boleh gunakan epoxy pada popper head soft foam untuk kemasan dan tahan lebih lama.
Trip Trobek – Wuhoooo Pulau Jarak!!

Oleh kerana perjalanan ke lubuk pertama mengambil masa sejam, kami mengambil kesempatan ini untuk merehatkan badan. Sesampai sahaja di lubuk pertama terlihat wajah-wajah teruja dari kalangan kami. Masing-masing secara serentak melepaskan besi jig ke dasar dan bermulalah pancingan yang dipanggil slow pitch jigging.
Di sini, rod yang kami gunakan adalah dalam lingkungan antara PE 3 hingga PE 4 disesuaikan dengan jig seberat 180 hingga 250 gram kerana keadaan arus agak laju pada masa itu untuk teknik slow pitch jigging. Rod-rod yang kami gunakan dipadankan dengan kekili overhead Omoto Talos dan juga Shimano Ocea Jigger.
Tidak menunggu lama, rakan kami bernama Hatta yang berada di depan bot telah menerima sambaran pertama diikuti dengan Amir dan Bob secara berturutan. Keadaan menjadi riuh rendah seketika di atas bot apabila kami mendapat sambaran triple strike bantal emas berskala 3-4 kilogram.
Selepas puas bergasak di lubuk pertama,kami berpindah pula ke spot kedua iaitu di kawasan batu karang berkedalaman 70 meter. Menurut tekong, kawasan ini didiami oleh sang boron atau kerapu besar dan ramai jigger yang tertewas dengannya.
Tanpa berlengah lagi kami menurunkan besi jig pilihan kami iaitu Maxel DFS 180 gram tajaan Fishmax Tackle. Tidak lama bot kami berhanyut, rakan kami tiba-tiba terkejut dengan sambaran padu yang datang dari dasar. Setelah bergasak selama beberapa minit, akhirnya seekor kerapu berskala 3 kg timbul di permukaan.
Kami dengan pantas segera menurunkan jig secara serentak. Kali ini tiba giliran bob pula yang mendapat sambaran yang lebih padu dari penghuni dasar. Dengan segera Bob mengetatkan drag kerana larian ikan ini perlu disekat dengan segera bagi mengelakkan ia melarikan diri ke dalam lubang batu karang sekaligus mampu membuatkan pemancing berputih mata. Mujurlah tindakan pantas Bob memberikan kemenangan di pihak kami.
Bila keadaan kembali suram, tekong dengan pantas menukar haluan ke kawasan kapal karam. Di sini, Tekong awal-awal lagi telah memberitahu bahawa kawasan kapal karam ini menjadi kawasan yang paling senang untuk besi jig tersangkut dan berkubur di dasar. Cuak juga kami dibuatnya.
Saya pada masa itu menurunkan jig terlebih dahulu daripada rakan-rakan yang lain. Tak menunggu lama, semasa membuat 2 kali karauan, jantung saya berdegup kencang dan adrenalin mengalir deras. Sambaran daripada penghuni dasar amat padu.
Dengan berinsurankan 100% fluorocarbon leader line dari Expert Graphite berkekuatan 40 lb, dalam fikiran saya mula berteka-teki ikan apakah yang menyambar jig Maxel DFS 180 di gabungkan dengan rod Expert Graphite Butterfly berkekuatan PE 1.5 – 3 ini?
Setelah berhempas pulas bertarung, bayang keemasan mula kelihatan di permukaan air. Yess, jenahak bantal!!! Bagaikan tak disangka misi saya tercapai untuk menguji ketahanan rod Expert Graphite Butterfly ini.
Terbuktilah jenama ini tidak kurang hebatnya dan ternyata permainannya di perairan Jarak ini amat berkesan dan setanding dengan nama-nama besar yang lain. Begitu juga dengan kekili mampu milik Omoto Talos yang terbukti kuat dan lasak walau di perairan ini.
Akhirnya, apabila jam menunjukkan tepat pukul 7 petang ini menandakan tamatnya aktiviti slow pitch jigging kami di perairan Jarak. Meskipun hanya mengikuti trip seharian, namun pengalaman bertarung dengan Jenahak dan kerapu sememangnya satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan terutama bagi yang baru merasai pengalaman memancing di sini.
Kenali Spesies Seluang Paling Popular

Taksonomi:
Kingdom: Animalia
Phylum: Chordata
Class: Actinopterygii
Order: Cypriniformes
Family: Cyprinidae
Subfamily: Danioninae
Genus: Rasbora
Species: R. daniconius
Binomial name: Rasbora daniconius (F. Hamilton, 1822)
Ikan seluang merupakan spesies air tawar yang memiliki ukuran tubuh kecil antara 5-17 cm. Ikan ini termasuk dalam keluarga Cyprinidae dan salah satu genus Rasbora. Sebagaimana yang telah dinyatakan terdapat puluhan spesies seluang dalam genus Rasbora dan salah satunya ialah seluang bada atau nama umumnya slender rasbora. Slender rasbora membawa nama saintifik Rasbora daniconius, boleh ditemui di Malaysia, Singapura, Borneo mahupun di Indonesia.
Ikan seluang boleh hidup sekitar 3-6 tahun dan taburannya banyak ditemui di parit-parit ataupun sungai-sungai kecil yang berarus perlahan di Asia Tenggara. Antara ciri-ciri ikan seluang ialah, berbentuk pipih memanjang dengan sisik nipis dan ketika masih kecil ianya memiliki warna putih keperakan.
Apabila ianya dewasa di kedua-dua sisi tubuhnya terdapat garis berwarna kehitaman dan warna putih keperakan akan pudar digantikan dengan warna putih kekuningan. Seluang adalah bersifat omnivor iaitu pemakan segala jenis dari hidupan seperti cacing tanah, serangga, krustesia kecil, lumut dan bermacam lagi.
Ikan seluang bada mempunyai badan yang tirus bulat. Ia merupakan ikan yang mendiami kawasan permukaan air. Ikan Seluang Bada merupakan ikan air tawar yang mendiami kawasan air bertakung seperti rawa-rawa, tasik, lombong, dan air mengalir seperti sungai dan anak sungai.
Ikan seluang bada biasanya bergerak dalam kumpulan. Ikan Seluang bada merupakan ikan maserba. Ia juga makan cacing tanah, dan serangga seperti belalang, kerengga dan jentik-jentik. Ikan Seluang bada mampu hidup dalam air pada paras pH7.
Berdasarkan kajian Dr Herbert R Axelrod dalam Atlas of Freshwater Aquarium Fishes, ia dikatakan dapat membesar sehingga 20 sentimeter panjang.
Ikan-ikan seluang adalah di antara yang paling popular sebagai ikan akuarium. Penampilan rapi mereka, sering kali warna cerah dan menawan. Banyak spesies yang popular seperti Harlequin Rasboras) telah diternak dan merupakan spesies penting dari aspek perdagangan ikan hiasan.
Ikan Air Masin Yang Bisa Menyengat – part 2!!

Sagor catfish, juga disebut belukang atau pedukang hampir menyerupai ikan duri. Ikan ini selalunya menjadi pengacau umpan dan sering dinaikkan ketika memancing di kawasan berair payau.
Begitu pun, seperti ikan duri, ikan pedukang juga mempunyai duri sengat yang berbisa. Duri ini terletak di bahagian sirip dorsalnya serta pada sirip pektoralnya.
Spinefoot fish atau rabbitfish adalah ikan dengkis, hampir menyamai rupa ikan kitang namun dari segi nilai, ikan dengkis sememangnya jauh lebih bernilai dari kitang. Begitu juga dengan bisa dari sengat berduri ikan kitang.
Ia mampu menyebabkan bahagian yang terkena sengat terasa kejang untuk beberapa jam lamanya.
Spotted scat atau Ikan kitang berbentuk pipih dan biasanya mempunyai corak berbintik hitam di badannya. Ikan ini mempunyai duri yang berbisa di sepanjang barisan sirip dorsal serta sirip pelviknya.
Duri yang berbisa pada ikan ini mampu mendatangkan kecederaan teruk yang menyebabkan rasa kebas dan kesakitan berlarutan jika tidak dirawat.
Giant sea catfish atau ikan mayong mempunyai bentuk seperti ikan duri namun saiznya lebih besar dan mampu mencapai panjang sehingga 1.8 meter. Ikan mayong juga mempunyai duri dan sengat yang berbisa serta mampu mendatangkan kecederaan.
Duri utama pada sirip dorsalnya sangat tajam dan keras ditambah dengan sepasang duri pada bahagian pektoralnya.
Lionfish atau depu dan lain-lain nama tempatan merupakan satu daripada beberapa spesies ikan marin yang paling berbisa dalam genus Pterois, Parapterois, Brachypterois, Ebosia atau Dendrochirus dan berasal dari famili Scorpaenidae.
Ikan ini juga dikenali sebagai Turkey Fish, Scorpion atau Fire Fish. Mereka amat dikenali dengan durinya yang sangat panjang dan terpisah-pisah, dan mempunyai penampilan yang berjalur merah, hijau, hijau laut, coklat, oren, kuning, hitam,jingga atau putih.
Bartail flathead, pada asasnya ikan baji tidak menggigit atau memiliki sirip berduri yang berbisa. Tetapi perlu diawasi pada dua baji (duri tajam) di kiri dan kanan berdekatan bahagian kepala.
Elakkan memegang bahagian kepala ikan ini dengan tangan kerana duri yang terselindung di bahagian kepala ini boleh melukakan tangan anda dengan mudah dan setajam pisau. Gunakan playar atau alatan yang sesuai untuk mengeluarkan mata kail dari mulutnya.
Famili yang terdiri dari pelbagai genus dan spesies ini memiliki nama umum seperti pufferfish, puffers, balloonfish, blowfish, blowies, bubblefish, globefish, swellfish, toadfish, toadies, honey toads, sugar toads, and sea squab.
Di Malaysia, semua spesies ini kenali dengan nama ikan buntal. Ada sekitar 120 spesies ikan ini di dunia.
Ikan ini mengandung tetrodotoxin, yakni racun yang mematikan 1200 kali ganda dari sianida. Zat racun ini dapat ditemui di hati, ginjal, mata duri di tubuh ikan, dan sel telur ikan ini.
baca juga Ikan Air Masin Yang Bisa Menyengat – part 1/2
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan