Ikan yang dinaikkan dan terus disiang bagi mengeluarkan isi dan perutnya mampu bertahan lebih lama. Asasnya, proses pereputan bakteria dan pengeluaran bau busuk ikan adalah dari isi perutnya. Jadi menyiang dan buangkan perut ikan dapat membuatkan ikan segar lebih lama. Penting, untuk penyimpanan lama, balut ikan dengan surat khabar, tanpa membasuhnya, kemudian masukkan ke dalam plastik dan simpan di dalam peti ais. Ambil ikan untuk dimasak sahaja.
Bagi ikan laut bersaiz besar seperti tuna, cara terbaik ialah dengan membunuh ikan tersebut dengan benda tajam di bahagian otak ikan atau di bahagian bawah insang. Kemudian ikan ini digantung dengan kepala ke bawah dan biarkan darah mengalir keluar sebelum dimasukkan ke dalam tempat simpanan. Cara ini banyak dipraktikkan di luar negara dan proses melakukannya perlu dilakukan dengan pantas. Kebaikannya ialah ia mampu memberikan rasa ikan yang lebih segar dan lazat.
Ads
Penggunaan kotak ais menjadi kewajipan terutama bagi trip pancingan air masin. Ikan yang dipancing akan dimasukkan terus ke dalam tong yang berisi ais. Kotak ais mampu melambatkan proses ikan menjadi busuk. Terdapat banyak pilihan kotak ais yang berada di pasaran sekarang.
Ads
Penggunaan uncang jaring bertujuan untuk mengelakkan ikan terus mati. Biasanya uncang jaring digunakan untuk pancingan air tawar sama ada di kolam-kolam pancing atau pun di hutan. Ikan akan dimasukkan ke dalam jaring dan dibiarkan di dalam air. Tetapi awas, elakkan menggunakan uncang jaring bagi ikan bersaiz besar kerana bimbang akan mengoyakkan jaring.
Ikan boleh dibiarkan hidup dengan cara menambatnya dengan tali di dalam air. Bagi pemancing kolam air masin, penggunaan `gari’ adalah satu kemestian bagi mengekalkan ikan terus hidup dan segar. Gari yang sama juga boleh digunakan untuk ikan-ikan sungai seperti sebarau, kelah dan sebagainya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Joran aksi ringan dan jenis parabolik terutama jenis grafit untuk tindak balas cepat paling sesuai digunakan lebih-lebih lagi ketika henjutan si belitong yang cuba melepaskan diri. Kekili yang dipadankan ikut suka anda asalkan berpadanan dengan joran dan saiz tali yang disyorkan.
Saya lebih senang menggunakan perambut tangsi (monofilament) berkekuatan 30Ib hingga 50Ib sepanjang sedepa ke atas dari menggunakan perambut dawai.
Rekod secara rasmi tangkapan terberat untuk belitong ialah 39.6kg atau 87Ib pada tahun 1976 di Costa Rica. Mungkinkah di negara kita tiada spesies yang melebihi 20 kg? Atau tangkapan yang keterlaluan dan melebihi dari keperluan menyebabkan ia tidak sempat membesar.
Bagaimanapun catatan rekod yang dipaparkan menunjukan ikan ini boleh ditewaskan dengan tangsi yang halus dan bergantung kepada kepakaran individu tersebut melayan dan mengendalikan peralatan agar tangsi tidak putus di pertengahan jalan.
Sekiranya ada pemancing yang dapat menggunakan tangsi 2Ib dan berjaya dengan tangkapan 10kg keatas, saya rasa ia patuh di beri perhatian dan kita perlu mempelajari teknik darinya bagaimana tangsi sekuat tali benang boleh menarik spesies 15 kali lebih kuat.
Sesuai dengan diet utama spesies yang berwarna cantik ini memburu ikan pelagik, jadi umpan terbaik adalah di kalangan ikan-ikan pelagik terutama yang masih hidup. Spesies pelagik yang biasa ditemui di unjam termasuk selayang, selar, kembong, pelaling, selar kuning,tamban sisik, tamban buru dan juga spesies kecil seperti ikan bilis.
Kehadiran ikan belitong mudah dikesan oleh kebanyakan pemancing kerana tabiatnya yang gemar meloncat ke udara. Jika kena pada masanya, sebarang umpan hidup maupun mati tidak menjadi masalah, belitong nescaya akan meyambar umpan tersebut sebaik saja dilemparkan.
Manakala untuk mata kail purata saiz yang disyorkan no 2/0 hingga 4/0 sam ada jenis umpan hidup atau jenis lurus panjang kerana belitong agak rakus menyambar umpan. Menggunakan perambut tangsi membuatkan umpan kelihatan lebih hidup terutama ikan mati apabila dibuai arus. Belaian arus mengolak pemangsa datang menyiasat dan seterusnya meragut ikan ‘hidup’ itu.
Jika menggunakan perambut biasa lakukan pemeriksaan setiap kali anda mendaratkan ikan terutama berdekatan dengan ikatan mata kail dari kesan-kesan calar atau genting. Potong saja bahagian calar jika perlu. Kaedah menunda dan balingan gewang juga mendatangkan kesan positif jika kena masanya.
Pada asasnya, aktiviti memancing boleh dilakukan sama ada ketika air pasang dan surut. Apa yang paling utama ialah kesesuaian lokasi memancing.
Sebagai contoh, ketika air pasang ia mendorong ikan-ikan untuk bergerak mengikut peredaran arus.
Pada waktu ini biasa pancingan lebih tertumpu ke arah darat dan bagus untuk menebing.
Ketika air surut pula aktiviti menebing agar sukar dan aktiviti memancing tertumpu ke tengah laut.
Berbeza pula dengan aktiviti memancing ketika air besar dan air mati. Apa yang membezakannya adalah gerakan arus. Ketika air mati, arus hampir tiada langsung.
Kerana itulah ia dinamakan air mati kerana langsung tidak bergerak. Sementara air besar pula menandakan pergerakan arus yang paling maksimum.
Pergerakan arus ini akan mempengaruhi keaktifan ikan. Ketika air mati, ikan hampir tidak aktif atau pasif.
Kebanyakan ikan lebih banyak berdiam di habitat masing-masing. Untuk memancingnya, umpan perlu diletakkan tepat di depan pintu rumahnya.
Itu pun belum tentu ia akan membuka mulut.
Ketika air pasang besar pula, keaktifan ikan berubah secara drastik berbanding ketika air mati.
Kebanyakan ikan terutamanya ikan pelagik begitu aktif dan galak memburu makanan.
Namun disebabkan pergerakan arus maksimum, ia menimbulkan masalah untuk menetapkan umpan ke lubuknya terutamanya pancingan dasar di muara mahupun lebih jauh ke tengah.
Sebaliknya bagi pancingan sukan seperti jigging dan popping, ketika inilah masanya untuk memburu ikan-ikan pelagik bersaiz besar.
Mata kail merupakan salah satu alat kelengkapan yang perlu ada untuk kegunaan aktiviti memancing.
Untuk mendapat hasil yang diidamkan ketika memancing, pemancing haruslah ada sedikit pengetahuan memilih mata kail yang tepat.
Pada asasnya nama-nama mata kail kail ini ditentukan oleh reka bentuk point (mata jarum), barb (duri pandan), eye (cincin), shank (teras), bend (lingkar) atau saiznya.
Kebanyakan mata kail yang ada di pasaran diperbuat daripada high-carbon steel, steel alloyed with vanadium atau stainless steel.
Sementara nombor saiznya pula tidak standard dan bergantung kepada jenama produk.
19) LARGE RING HOOKS
Mata kail ini tidak direka dengan bentuk yang unik malah hampir tiada beza dengan mata kail biasa.
Hanya lubang cincinnya agak besar yang membolehkannya ia sesuai digunakan bagi menyambungkan mata kail dengan perambut tanpa menggunakan ikatan.
Selain itu ia juga sesuai untuk menggantikan penggunaan mata tiga pada gewang terutamanya sesudu.
20) PRAWN HOOKS
Sebagaimana namanya, mata kail ini dicipta khusus untuk memancing udang terutamanya udang galah.
Ia dibentuk seperti bilah sabit bagi memudahkan hujung matanya yang halus, nipis dan tajam mudah menembusi mulut udang.
Selain udang, mata kail ini juga boleh digunakan untuk memancing ikan-ikan yang tidak kuat melawan atau ikan-ikan kecil.
21. ABERDEEN HOOKS
Ia adalah mata kail biasa yang boleh digunakan untuk pancingan ikan air tawar dan air masin yang bersaiz kecil.
Ia biasanya diperbuat daripada logam yang lembut dan boleh dibentuk atau diubai suai beberapa kali sebelum kekuatannya menjadi lemah.
Walau bagaimana pun ia masih tajam dan mampu memegang ikan dengan baik apabila tercangkuk pada mulut ikan.
22. KAHLE HOOKS
Keluk pada mata kail ini menjadikannya ideal untuk umpan hidup. Dibuat dari logam yang sama seperti cangkuk Aberdeen, mereka akan membengkok jika digantung di bawah beberapa struktur.
Walau bagaimanapun, apabila ikan tertancap padanya, reka bentuk mata kail ini menghalangnya daripada diluruskan.
23) SINGLE HOOKS
Berbeza dengan mata kail tunggal yang lain, single hooks atau mata tunggal jenis ini lebih sesuai untuk kegunaan pada gewang.
Ia lazimnya digunakan bagi menggantikan mata tiga pada gewang atau jig. Perbezaan paling ketara mata tunggal jenis ini ialah kedudukan lubang cincin yang selari dengan teras mata kail.
Ia direka bentuk sedemikian rupa bagi membolehkan posisinya selari dengan pergerakan gewang.
24) JIG HEAD HOOK
Mata kail jenis ini didatangkan lengkap dengan pemberat pelbagai saiz dan bentuk yang dikhususkan bagi kegunaan pancingan teknik mengilat.
Lazimnya gewang soft plastic akan dicangkukkan pada mata kail ini. Selain soft plastic, umpan lain seperti anak ikan atau hirisan ikan juga boleh dicangkuk padanya.
25) ASSIST HOOKS
Pada awal penciptaannya, mata kail untuk kegunaan aktiviti pancingan teknik jigging ini direka bentuk dengan duri pandan berada di bahagian luar teras.
Namun kini kedudukan duri pandannya dibentuk sama sahaja dengan mata kail biasa. Assist hooks ini diperbuat daripada pelbagai jenis logam dan corak bentuk bagi kesesuaian teknik jigging yang ingin dipraktikkan.
26) DOUBLE HOOK
Double hook atau kail dua mata merupakan mata kail yang dikembarkan atau memiliki dua cangkuk.
Kail dua mata ini biasanya dipasang pada gewang permukaan seperti jump frog atau soft frog bagi tujuan mengurangkan masalah tersangkut pada objek yang terdapat di permukaan air atau pun di dasar perairan.
27) TREBLE HOOKS
Mata kail tiga atau mata tiga merupakan mata kail yang mempunyai tiga cangkuk. Ia digabungkan menjadi satu dengan tujuan meningkat peratus hook up berbanding mata kail tunggal.
Mata tiga ini biasanya diperbuat daripada pelbagai jenis logam, saiz dan kekuatan. Mata tiga ini lebih banyak dipasangkan pada gewang.
Walau bagaimana dalam sesetengah teknik memancing ia turut digunakan menggantikan mata tunggal.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...