Untuk memancing ikan siakap merah anda harus tahu terlebih dahulu habitat ikan siakap tersebut. Sementara spot memancing siakap yang bagus terletak di perairan yang banyak dipenuhi batu karang. Area yang berada di arus dasar laut juga sangat disukai oleh ikan siakap merah yang memiliki nama latin Lutjanus Malabaricus. Setelah Anda mengetahui habitat dan spot mancing yang strategik maka fokuslah untuk memancing di lokasi tersebut sebab ikan siakap merah hidup secara berkumpulan.
Kejayaan seseorang pemancing menangkap ikan siakap merah sangat berpengaruh dengan jenis umpan yang telah digunakan. Berikut ini adalah jenis umpan yang bagus dan jitu untuk memancing ikan siakap merah:
Ads
Udang
Memancing ikan siakap merah sangat galak jika menggunakan udang, umpan udang ini memberikan keuntungan bagi para pemancing berkat aromanya yang kuat sehingga membuat ikan siakap jenis predator ini akan cepat melahapnya. Pastikan guna perambut mata kail dengan pemberat untuk umpan yang terpasang di mata kail tidak terbawa arus.
Ads
Sotong Cumit
Cumit merupakan makanan/jenis umpan yang disukai oleh hampir semua jenis ikan laut termasuk ikan siakap merah, anda bolehmenggunakan cumit untuk umpan memancing baik dalam keadaan hidup, segar mahupun sudah dipotong potog sesuai dengan keperluan dan sesuai dengan ukuran ikan yang akan anda pancing saat itu.
Ads
Ikan
Sebagai ikan karnivora ikan siakap merah ini biasanya memakan ikan ikan kecil yang ada di sekitarnya. Jadi anda boleh menggunakan ikan-ikan kecil untuk umpan memancing ikan siakap merah. Ikan yang sering dimangsa oleh ikan siakap merah di antaranya; ikan kembung, kerisi, ikan selar, atau selayang.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Kitang Lada merupakan ikan bermulut kecil dan jenis suka mengutis umpan, maka sudah tentu mata halus adalah lawannya. Kalau guna mata kail bersaiz besar jawabnya tinggal mata kail sajalah. Cara terbaik teknik persembahan umpan adalah stail apollo yang memiliki perambut 10Ib ke atas dengan mata kail saiz 8.
Sebesar manakah umpan yang perlu dipersembahkan untuk membuak-buakkan selera ikan kulit liat ini di bawah permukaan air? Persoalan ini haruslah dirungkai dengan mudah dan jangan terlalu mengambil berat akan kegagalan keputusan akhir nanti.
Setengah pemancing menabur rasuah terlebih dahulu agar ia leka dan keluar dari kawasan persembunyiannya. Rasuah umpan biasanya isi ikan yang dihancurkan dan paling mudah ialah mengunakan dedak.
Dedak ditabur agar ikan galak dan selang seketika umpan bermata kail kecil dihulur di kawasan yang di kerumuni ikan ini. Ikan kitang lada seperti ikan dengkis yang lain bukanlah ikan idaman oleh hampir kesemua pemancing malah kehadirannya tidak diendahkan oleh kaki pancing laut dalam.
Jika berhajat mengunakan set apollo buatan sendiri lebih bagus dan efektif hasilnya, terus ikat mata dengan perambut.
Setelah saiz mata di pilih, perambut 20lb boleh digunakan untuk mengikat mata kail kecil dengan mudah. Pastikan ikatan kemas dan jangan terlucut pula ia ketika dalam pertarungan. Perambut utama berkekuatan 30lb maksimum dapat mengurangkan kebarangkalian perambut anak berpintal antara satu sama lain.
Untungnya jadi kaki pancing yang tinggal berdekatan muara. Saban masa dihabiskan memancing di sana. Walau ada masa beberapa sekali pun. Masih sempat untuk melabuhkan joran. Kalau yang tinggal di Lembah Kelang, kolam komersial menjadi tumpuan, memanjangkan lagi sengih taukeh kolam.
Mahu tidaknya, pelanggan datang bertambahlah kutipan harian. Di muara yang ditambak batu, tidak ada taukeh yang menanti untuk mengutip duit tol. Semuanya percuma. Yang perlu dibawa hanyalah peralatan memancing dan umpan.
Muara sungai yang mempunyai benteng pemecah ombak selain mengawal hakisan menjadi struktur konkrit terbaik sebagai tempat perlindungan ikan. Teritip yang melekat pada batu menjadi sumber makanan selain daripada sumber yang dihanyutkan dari sungai ketika air sedang menyongsong surut.
Kita jangan anggap ikan tidak ada di celah-celah batu kerana sebarang makanan yang melintas di hadapan akan disambar.
Peluang ini mestilah digunakan sebijaknya untuk mendapatkan ikan di muara. Tidak perlu mengangankan ikan saiz besar dengan membuat balingan jauh ke tengah, yang akhirnya musnah apabila tersangkut pada batu.
Praktikkan di kawasan beberapa kaki saja dari tempat anda duduk memegang joran kerana potensi yang ada tidak ramai yang sedar.
Di sebelah Pantai Timur Semenanjung Malaysia, benteng pemecah ombak diwujudkan kerana masalah hakisan berlaku dengan teruk. Setiap hujung tahun, angin monsoon yang kuat beserta ombak besar sering menjadi malapetaka yang amat ditakuti.
Setiap kali bencana alam semulajadi ini datang, bentuk daratan sedikit sebanyak menerima kesan. Selain daripada kelebihannya mengawal hakisan, ia juga bertindak sebagai rumah ikan yang baru dan lebih selamat walaupun bahayanya tetap ada dari daratan.
Proses perubahan ala mini sebenarnya membuatkan manusia berfikir untuk mewujudkan bentang dan tanpa disedari, juga telah mewujudkan sarang ikan yang akan menjadi salah satu tempat tumpuan kaki pancing saban hari.
Kebiasaannya, spesies yang dicari di muara tentunya yang bersisik seperti siakap, siakap merah dan kerapu. Di pasaran, spesies ini mempunyai harga yang tinggi dan menjadi buruan kaki pancing muara. Pelbagai teknik pancingan digunakan seperti penggunaan gewang hinggalah kepada umpan semulajadi yang masih menjadi pilihan.
Ada yang tidak sedar, bongkah-bongkah batu yang dipijak ketika melabuhkan pancing menjadi sarang persembunyian terbaik bagi ikan-ikan kecil. Yang bersaiz besar menanti di ruang yang lebih terbuka, mencari peluang terbaik membuat serang hendap.
Kaki pancing lebih banyak yang memilih untuk membaling umpan jauh ke tengah dasar, mencari habuan bersaiz besar walaupun kadang-kadang keluarga ikan bermisai yang melahap umpan. Lebih parah lagi, mata kail yang digunakan sering tersangkut pada batu dan kaki pancing terkial-kial menarik tali bertujuan melepaskannya.
Cara ini lebih banyak membuang masa kerana selepas itu terpaksa membuat perambut baru dan bagi yang sudah membawa perambut spare, masa boleh dijimatkan. Tetapi, dapatkan kita bersabar dengan kerenah yang sering saja berlaku itu? Sekali nak periksa umpan, terpaksa menarik batu dahulu dan keadaan ini sebenarnya merimaskan.
Satu cara terbaik bagi saya ialah memancing tanpa menggunakan batu ladung dan membuat balingan yang jauh. Cukup sekadar apa yang berada di depan mata dan juga di celah-celah batu yang dipijak.
Di situ juga tidak mustahil untuk menemui spesies kegemaran kerana pemangsa yang sedang menanti makanan melintas di hadapannya. Kaku dan tidak bergerak di sebalik batu tanpa disedari.
Seperti teknik casting, kita perlu banyak membuat balingan dan gerakan dalam mencari kawasan yang berpotensi dapat menghasilkan ikan.
Cara memancing kawasan batu ialah sekadar menghulurkan umpan di celah-celah batu atau menghanyutkan saja umpan. Cara ini dirasakan lebih berkesan kerana umpan yang dihulurkan bertindak seperti makanan yang jatuh atau hanyut dan tersekat-sekat mengikut aliran air.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...