Lobster merupakah sejenis udang yang memiliki harga agak keras disebabkan kelazatan rasanya. Lobster biasanya ditangkap oleh para nelayan dengan menggunakan jaring di persisir pantai yang berkarang. Tapi tahukah korang bahawa lobster juga boleh dipancing?

 

Biasanya para pemancing tebing di persisir pantai yang berkarang berjaya mendaratkan lobster, yang pada umumnya tidak disengajakan.

Jika menjadikan lobster sebagai sasaran utama memancing di kawasan dipenuhi karang ini bukanlah kerja mudah kerana pada kebiasaannya umpan dimakan oleh ikan lain yang banyak berkeliaran.

 

Cara memancing lobster sebenarnya tidaklah susah sangat. Apa yang penting ialah menyediakan perambut mata kail yang khusus.

Perambut khusus tersebut ialah perambut cabang atau Y dengan empat mata kail berangkai sebagaimana gambarajah yang disertakan ini. Pilihan mata kail yang efektif ialah dari jenis wormer hooks.

 

Perambut yang disarankan adalah jenis monofilament dengan ukuran diameter 0.28mm.

Teknik pancingan adalah pancingan dasar dengan menggunakan pemberat atau batu ladung hidup kecil yang dimasukkan ke tali utama.

Saiz batu ladung bergantung kepada kelajuan arus. Tidak perlu terlalu besar tetapi pastikan ia tidak dihanyutkan oleh arus dengan mudah.

 

Pemilihan joran memadai yang tidak terlalu kaku dan reel berukuran kecil saja. Setup ultralight fishing pun boleh digunakan untuk memancing lobster.

Panjang joran disesuaikan dengan spot memancing kerana lobster biasanya bersembunyi di balik karang.

 

Umpan seperti udang hidup atau segar, hirisan ikan segar atau sotong segar boleh digunakan untuk memancing lobster. Apa yang penting, umpan perlulah dihantar tepat ke kawasan berkarang ini.

 

Memandangkan lobster adalah haiwan nokturnal yang aktif pada waktu malam maka waktu yang tepat untuk memancing lobster adalah ketika bulan tidak bersinar pada malam hari.

Ketika malam gelap pekat lobster akan keluar dan lebih aktif mencari makan. Lobster sangat sensitif terhadapan cahaya maka dari itu kurangkan penggunaan lampu suluh dan jangan gunakan lampu suluh yang terlalu terang untuk memilih spot.

 

baca juga Cara Mudah Pancing Kerapu Benteng Pemecah batu

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan