Kekili

Kekili mendatar seperti Shimano Ocea Jigger 1500PG/HG, 2000NRPG/HG sentiasa menjadi kegemaran saya untuk slow pitch jigging.

Sebenarnya, apa-apa kekili mendatar pun boleh digunakan dan tali utama memerlukan minima 300meter.

 

Joran

Jenama Evergreen siri Poseidon Slow Pitch adalah yang paling popular untuk slow pitch jigging.

Major Craft juga mengeluarkan joran untuk slow pitch jigging dan terdapat model Crostage & Giant Killing. Xesta Slow Emotion joran untuk slow pitch jigging juga terdapat di pasaran.

 

Ciri-ciri joran slow pitch jigging

Diameter yang kurus

Soft tip & strong backbone.

Slow tapered parabolic action.

Highly resilient blanks.

Guides and reel seat settings formaximum sensitivity.

 

Joran slow pitch jigging dibina untuk memainkan jig, menjerat ikan untuk membaham jig dan mudah mendapat hook up.

 

Tali utama

IKLAN

 

Tali PE adalah penting untuk slow pitch jigging. Monofilament nylon atau Fluorocarbons tidak sesuai digunakan. Ia terlalu tebal diameter dan ketegangan terlalu banyak.

Tali adalah sangat penting untuk menyampaikan tindakan halus pemancing untuk jig, dan juga untuk menyampaikan semua maklumat tersebut kepada pemancing.

 

Ciri-ciri tali PE

  • Sangat kuat untuk berat badan, jadi iaboleh menjadi begitu nipis diameter,memotong pengaruh arus.
  • Tidak ada ketegangan jadi andamempunyai merasai secara langsungkepada apa yang di hujung sekali iaitu jig.
  • Sangat lemah untuk geseran.
  • Lebih mahal berbanding tali biasa.
  • Mudah putus kerana tali PE tidak ada ketegangan.

 

Berapa lb yang sesuai digunakan? Persoalan ini sering berlegar di dalam minda mereka yang baru berjinak-jinak untuk jigging.

Tali utama atau main line untuk jigging atau slow pitch jigging mestilah menggunakan tali braided yang berdiameter halus dan kuat.

 

Jika kita menggunakan tali yang kasar maka kita perlu menggunakan jig yang lebih berat untuk ia turun sampai ke dasar pada masa yang paling cepat kerana tali diameter yang besar akan mudah dibawa arus.

 

Untuk slow pitch jigging, saya sering menggunakan jig beratnya 120g-250g dan untuk perairan kita, saya mengesyorkan cukup menggunakan tali utama braided 25lb-30lb atau PE2, PE2.5 atau PE3 sudah mencukupi.

IKLAN

 

Dalam pemikiran kita, tidak sepatutnya ada pemikiran ‘tali kasar tidak senang putus’. Inilah yang selalu berlegar di dalam minda kaki pemancing. Harus diingat, jika tali bergeser dengan batu, tali 80lb pun boleh putus juga.

 

Dalam kaedah slow pitch jigging, percayalah kepada tali halus, ia kuat! Kelebihan tali halus, ia memotong air, kita boleh merasai jig kita dan apa yang berlaku di hujung tali kita.

Tali perambut (leader) Untuk tali perambut mestilah menggunakan flourocarbon shock Leader.

 

Berapa LB yang sesuai? Ia terpulang kepada lubuk dan jika lubuk itu selalunya terdapat ikan jerun atau ikan yang besar maka kita boleh menggunakan perambut yang lebih besar. Untuk perairan kita, 40lb-60lb sudah mencukupi.

 

Jig

 

Terdapat semakin banyak jig khusus untuk slow pitch jigging di pasaran. Terdapat pelbagai bentuk dan warna tetapi satu persamaan adalah bahawa mereka adalah seimbang di tengah.

IKLAN

 

Faktor utama slow pitch jigging adalah untuk mendapatkan jig dalam kedudukan mendatar.

Biasanya berbentuk berdaun, dan tidak simetri, satu bahagian adalah rata dan satu bahagian lebih tebal dan dibentuk.

 

Jenama dari Jepun mengeluarkan jig untuk slow pitch jigging. Antara yang terbaik adalah dari jenama Evergreen Caprice, Xesta Flap Slap Slow Emotion, Bassday Bottom Contact dan Shout Strobe.

 

Jig pilihan untuk slow pitch jigging terdiri daripada jenama Shout Flash, Bassday Bottom Contact, Xesta Slow Emotion Flap, Evergreen Caprice, Xesta After Burner

 

Hook

 

Untuk kaedah ini, setup untuk mata kail adalah berlainan dan ia memerlukan mata kail berkembar di atas dan di bawah.

Ini disebabkan, ikan bukan selalu aktif dan kadang kala ikan stidak mahu makan dan apabila melihat jig seakan ikan cedera ia akan membuatkan ikan mendekati jig

dan ikan mungkin hanya hendak melanggar atau merosakkan jig dengan mulut atau badan maka ia akan tersangkut dengan mata kail.

 

Mata kail perlu ringan dan tajam untuk memudahkan mata kail menembusi mulut ikan dengan lebih senang kerana mata kail yang kurus dan tajam senang menembusi mulut ikan.

 

Dengan memasang mata kail berkembar, jika satu putus ada satu lagi. Inilah cara slow pitch jigging yang agak berlainan dengan jigging biasa.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI