Pecah periuk atau siakap batu yang juga dipanggil patipok di kalangan kaki pancing sebenarnya agak mudah dipancing dengan syarat anda menjumpai lokasi spesies ini berada. Struktur ‘sampah hanyut’ di laut seperti kayu, papan, atau pokok nipah merupakan spot ikan ini berada dan biasanya dalam kumpulan. Di Sarawak, pokok nipah ini digelar `apong’. Lantaran itu istilah pancingan apong menjadi sinonim dengan memancing ikan patipok.
Ads
Jika anda berjaya menemui lubuk ini, segera gunakan hirisan ikan, sotong, udang atau perumpun sebagai umpan dan campakkan berhampiran kawanan ikan ini tanpa batu ladung atau batu ladung kecil di bawah kelompok dan bersedia dengan tarikan kuat ikan ini. Anda juga boleh cuba menggunakan sesudu kecil atau mikro jig sebagai alternatif.
Ads
Ads
Saya pernah berhadapan dengan situasi di mana menemui kumpulan patipok yang banyak namun tiada umpan atau jig yang sesuai digunakan. Apa yang ada cuma assist hook dan kepala sotong getah. Dengan hanya menyangkuk sotong getah pada assist hook ia berjaya menaikkan patipok. Isi ikan patipok itu kemudian dihiris untuk dijadikan umpan memancing patipok yang lain pula.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Secara peribadi, saya bukanlah anti umpan sebegini tetapi penggunaannya di kolam-kolam memancing terutamanya apabila berlangsungnya pertandingan, benar-benar mengganggu ketenteraman. Seperkara lain, umpan-umpan berbau ini bukan sekadar mencemarkan kualiti udara tetapi turut menjejaskan tahap kebersihan lokasi di mana ia dipakai.
Terutamanya apabila umpan perut yang tidak habis digunakan itu dibiarkan begitu saja di lokasi memancing.
Bagi pihak admin, rasanya sudah sampai masanya umpan sebegini diharam penggunaannya selari dengan pancingan gaya moden masa kini. Itu pendapat admin, pendapat korang pula bagaimana?
“Saya juga sependapat dengan admin. Tidak wajar… penggunaan organ haiwan akan menyebabkan masalah bau dan mengundang lalat… jijik tau tak jijik…!”
SYIDI BAIK
“Setuju min… memang tidak wajar digunakan lagi. Sampah pun malas nak buang dalam tong sampah. Ni lagi la organ haiwan yang baunya menusuk kalbu.”
SHAH ZI
“Wajar… sebab kita dah bayar untuk memancing. Kenapa harus sekat umpan para pemancing?”
HALIM BAHRIN
“Kebanyakan kolam memancing sekarang memang dah tak dibenarkan guna umpan organ dah. Apa lagi kalau waktu pertandingan, marshal dok perati je… ni area Klang Selangor la.. area lain tak tau la.”
LAKSAMANA AWAN
“Wajar… kalau di tempat aku memang lumayan hasil tangkapan. Saiz memang memuaskan… memang terkejut ketika umpan disentap.”
RAYMOND GANYA
“Boleh jer… jangan banyak syarat kalau pancing kolam bayar. Kalau banyak syarat lama-lama pemancing berkurang… siapa rugi?”
LAN RUSLAN
“Tak wajar… boleh menyebabkan kolam ikan berbau busuk. Kalau dah kolam berbau busuk, lama-lama pemancing pun berkurang. Yang datang pun cuma kaki-kaki umpan busuk je.”
MOHD NAZIM ISMAIL
“Tidak wajar dalam pertandingan. Baunya sangat busuk mengganggu pemancing lain. Bayangkan juga tidak semena-mena umpan tu terkena kat muka korang? Uwekkkk!”
JEFFREY ENGAN
“Wajar… Kebiasaannya bab kebersihan dan bau-bauan ini akan menjadi tanggungjawab penganjur.”
Ikan jemuduk kini bukan lagi spesies sasaran pancingan konvensional iaitu bottom fishing laut dalam, sebaliknya ia sudah menjadi spesies sasaran utama khususnya penggemar teknik light jigging di negara kita.
Walaupun fizikal mulut ikan jemuduk seperti spesies bottom feeding, namun apabila gewang tiruan digayakan di zon strike atau habitatnya, jemuduk akan menjadi spesies ikan pemangsa yang sangat agresif dan rakus.
Respon jemuduk terhadap jenis gewang juga sangat meluas. Disebabkan itu, jemuduk digemari oleh pemancing yang gemarkan penggunaan umpan tiruan seperti teknik mengilat, jigging, surf casting serta fly fishing dek kerana gerong tidak sukar untuk dipujuk.
Jika anda berada di kawasan zon strike spesies ini, pasti sangat mengujakan apabila strike demi strike yang dilakukan oleh sang gerong terhadap gewang yang dihulur. Gewang ‘hard lure’ minnow saiz kecil hingga sederhana antara saiz ideal yang sesuai untuk menggoda jemuduk.
Saiz sebegini sesuai untuk mengilat terutama di kawasan agak cetek, di mana menjadi tempat permainan jemuduk. Selain itu, gewang permukaan seperti popper dan stickbait pula bukan sahaja sangat efektif, malah mampu memberikan visual aksi sambaran yang mengagumkan saat dibaham spesies trevally ini.
Teknik penggunaan umpan tiruan seperti jigging, casting, trolling, fly fishing malah penggunaan soft plastic memang efektif untuk memancing gerong jika anda berada di zon strike atau habitat kegemarannya. Selalunya kawasan cetek berpasir, jernih dan berterumbu karang mempunyai potensi tinggi sebagai zon strike.
Terdapat 3 jenis umpan yang sering digunakan oleh kebanyakan pemancing untuk memancing tenggiri batang iaitu:
Umpan Ikan Hidup
Umpan hidup yang paling biasa digunakan adalah terdiri dari jenis-jenis ikan pelagik atau ikan unjam mengikut istilah nelayan pantai timur. Ikan-ikan pelagik seperti kembung, pelaling, selayang, selar, selar pucat, tamban beluru, tamban sisik dan lolong.
Ikan pelagik ini mudah ditemui di kawasan unjam dan perairan tempatan. Selain itu sotong, anak Kerisi, kekacang, anak seer, tongkol (aya) boleh digunakan sebagai pilihan.
Sotong (jarum dan cumit) hidup yang mudah ditangkap pada malam hari amat efektif digunakan pada sebelah malam, selain jenis ikan hidup yang mempunyai sisik yang berkilat atau berkilau untuk menarik perhatian pemburu malam.
Masalah utama yang di hadapi oleh kebanyakan pemancing ialah ketiadaan bekas umpan hidup yang sesuai dari segi kapasiti umpan dan ketahanan ikan untuk hidup dalam tempoh memancing.
Banyak bot nelayan yang disewa tidak memiliki kemudahan ini, maka umpan hidup tidak tahan lama dan umpan mati pula menjadi pilihan kedua.
Umpan Ikan Segar
Tidak semua nelayan memilih umpan hidup seperti yang diterangkan di atas. Faktor sifat ikan tenggiri itu sendiri selain jenis teknik memancing yang digunakan menjadikan umpan ikan mati digunakan sebagai pilihan alternatif.
Jenis-jenis umpan mati terdiri dari ikan pelagik yang mati tidak lama selepas dipancing. Atau masih segar. Selain itu bilis air, bulu ayam dan bersia mati boleh digunakan dengan teknik yang betul.
Umpan mati yang disebutkan mestilah dalam keadaan segar dan seboleh-bolehnya jangan kena panas yang boleh menyebabkan kulit ikan kering dan disimpan dalam ais dalam tempoh yang lama.
Menjaga kesegaran umpan mati adalah perlu jika anda ingin melihat hasil lumayan. Umpan mati yang digunakan mestilah mampu bertahan di dalam air kerana tenggiri sifatnya tidak suka mangsa yang berbau atau hancur dikerumuni anak-anak ikan kecil.
Gewang
Umpan tiruan adalah teknik yang paling mudah dan tidak cerewet. Di antara jenis umpan tiruan yang popular ialah replika ikan atau lebih di kenali gewang, sesudu (spoon), rambu (skirt) dan logam jig.
Umpan tiruan jenis gewang yang menjadi pilihan ialah jenis Jackson Pin Tail, Rapala CD-18 dan Big Max terutama yang mempunyai kombinasi warna merah putih.
Gewang berkepala merah dan berbadan putih menarik minat tenggiri dan lain-lain ikan pemburu di permukaan kerana ia lebih menyerupai pergerakan ikan yang tercedera dan berdarah di kepala.
Jadi ikan pemburu menganggap tugas menjadi lebih mudah menerkam mangsa yang lemah dan sakit.
Nelayan komersial lebih berminat mengunakan sesudu yang kebanyakan dibuat sendiri dari bekas kole teh aluminium diikat bersama mata kail no 6/0 ke atas.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...