⇒ Terlebih dahulu ambil belacan dan bakar dengan api kecil. Boleh juga guna penyepit dan bakar secara langsung ke atas api atau gunakan tudung periuk sebagai lapik. Bakar jangan sampai hangus pulak… agak-agak je la.
⇒ Potong sotong secara memanjang, saiz tak kisah…ikut selera pemancing dan saiz sotong. Kalau sotong cumit saiz kurang sejengkal biasanya potong 4 saja.
⇒ Selepas siap susun kepingan tadi atas kertas suratkhabar untuk buang air dalam isi sotong. Tak perlu kering sgt. Atau boleh juga mengelapnya dengan kertas tisu. Tapi tidak perlu dicuci sotong terlebih dahulu.
Ads
⇒ Selepas itu sediakan satu mangkuk plastik atau bekas kedap udara dan tabur belacan untuk lapisan pertama. Tidak perlu tabur banyak sangat, memadai sajalah.
Ads
⇒ Setelah itu susun isi sotong tadi secara memanjang atas lapisan belacan tadi dan ulang proses yang sama sehingga selesai. Tabur ikut selera pemancing. Kalau nak lagi power belacan kasi lebih.
Ads
⇒ Tutup mangkuk dengan kemas dan ketat lepas tu bungkus dengan plastik dan ikat ketat-ketat. Atau boleh juga simpan terus dalam bekas kedap udara dan masukkan dalam peti ais. Perap dalam masa sekurang-kurangnya 24jam sebelum menggunakannya.
Tip tambahan:
⇒ Umpan ini hanya sesuai digunakan sekali saja. Oleh itu buat anggaran banyak mana nak guna sebelum menghasilkannya.
⇒ Selain sotong, anda juga boleh menggunakan ikan lain seperti ikan belanak, selayang atau tamban.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Mata bom atau mata rambai ini merupakan benda penting untuk memancing rohu. Walaupun pelbagai teknik dan cara digunakan namun bagi aku mata bom jugalah yang selalu digunakan.
Di kedai pancing banyak terjual mata bom ni namun bagi bagi seorang pemancing, buat sendiri mata bom memberi satu kepuasan.
Ia merupakan satu kerja seni dan salah satu cabang seni dalam memancing. Setengah orang kata ia kerja yang leceh namun tidak bagi pemancing tegar.
Langkah 1
Sambung spring dengan swivel menggunakan kevlar (tali sulam bersaiz kasar) kira-kira 2inci panjang.
Langkah 2
Ikat 3 perambut tali sulam pada cincin swivel mengikut ikatan yang anda biasa gunakan.
Langkah 3
Masukkan getah paip akuarium paip oxigen pada tali perambut dan swivel sehingga menyentuh spring dan keluarkan tali perambut dari dalam getah paip.
Langkah 4
Kemudian ikat getah paip dengan kuat agar spring tidak lari apabila ikan tarik mata kail (bukan takut ikan terlepas atau putus tapi swivel yang atas akan turun ke bawah dan nak tarik bagi sediakala susah sebabb lubang getah sempit).
Langkah 5
Kemudian masukkan tali perambut benang pada lubang jarum (pastikan jarum bersaiz besar) untuk dimasukkan ke dalam lubang paip.
Langkah 6
Tali perambut yang dikeluarkan dari getah paip bolehlah diikatkan mata kail yang sesuai. Kemudian buat perambut 2 mata kail untuk disambungkan pula pada spring bahagian bawah.
Langkah 7
Perambut spring mata bom yang siap untuk digunakan.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Lain padang lain belalang, lain padang pancing lain peraturannya. Apatah lagi jika padang pancing tersebut bukannya di tanah air sendiri.
Berikut dinyatakan serba sedikit tip, panduan dan peraturan yang perlu dititikberatkan sekiranya anda ingin mengadakan trip memancing ke Banglang Dam yang terletak di Yala, Thailand ini.
➡ Pakaian camourflage
Harus diingat bahawa negara Thailand belum sepenuhnya bersih dari aspek pergolakan. Oleh yan demikian elakkan dari berpakaian ala ‘pemburu’ atau camourflage sepenuhnya.
Pakaian camourflage sememangnya sudah menjadi trend caster di tempat kita. Namun pakaian begitu boleh menimbulkan kekeliruan terhadap tentera atau pengawal keselamatan di negara tersebut.
Tidak kiralah ketika memancing apatah lagi dalam kenderaan.
➡ Peralatan pancing
Sebagaimana anda menggunakan setting perlatan untuk casting sebarau di Tasik Kenyir atau Tasik Temenggor, setting yang sama boleh digunakan di Tasik Banglang ini.
Kebanyakan daripada kami menggunakan rod dari serendah 4-10lb hinggalah 8-17lb. Tali utama pula berkekuatan dari 8lb hinggalah 20lb.
Sementara gewang pula dari jenis permukaan dan sesudu.
➡ Kaji diet ikan
Ada baiknya sebelum mula casting, ambil sedikit masa untuk melihat ikan-ikan apa yang dikerjakan oleh ikan pemangsa.
Ketika kami datang ke sini kami dapati banyak aktiviti ikan pemangsa mengejar dan membaham ikan jenjulung.
Sifat ikan jenjulung banyak mendiami pra permukaan air menjadikan gewang-gewang kecil tetapi panjang aksi permukaan cukup laku untuk memperdaya sebarau terutama spesimen besar di tasik ini.
➡ Kestabilan bot
Bagi yang tidak biasa casting di atas bot pancung, anda dinasihatkan mengambil sedikit masa menyesuaikan diri untuk keseimbangan.
Jika tidak yakin untuk berdiri maka lebih baik casting sambil duduk saja. Kebanyakan bot pancung di sini direka untuk kelancaran pergerakan tetapi agak kurang stabil.
Elakkan dari melakukan pergerakan mengejut lebih-lebih lagi jika ada rakan yang casting sambil berdiri. Jaket keselamatan merupakan kelengkapan wajib pakai.
➡ Ikan terlepas
Jarak antara lantai dengan dinding bot juga agak rendah bukan saja membuatkan anda berasa sedikit gayat, malah juga memudahkan hasil tangkapan terlepas kembali ke air.
Pastikan anda mengendalikan hasil tangkapan dengan baik sekiranya tidak mahu melihat insiden badong yang didaratkan menggelepar hingga terlepas kembali air.
Ramai pemancing berhadapan dengan perkara ini termasuklah saya sendiri.
➡ Bantu tekong
Kebanyakan boatmen atau tekong di sini bukanlah tekong sepenuh masa. Ramai di antaranya hanya penduduk setempat yang memiliki bot pancung untuk kegunaan sendiri, bukannya untuk membawa pemancing memancing.
Jadi, sedikit sebanyak bantuan perlu diberikan kepada mereka. Jangan segan meminta tekong bawa ke mana-mana spot yang berpotensi pada pengamatan anda.
Begitu juga dengan kedudukan bot yang betul ketika menghadap lubuk.
Stesen One Fathom Bank pada awalnya diselia oleh stesyen rumah api yang ditempatkan pada tahun 1852 sebelum rumah api cerucuk kekal dibangunkan pada tahun 1874; rumah
api sejak itu telah diganti dua kali selama masa penyeliaannya, pada tahun 1907 dengan rumah api cerucuk tiang simen, dan pada tahun 1999 ketika rekaan moden yang lebih besar dibangunkan sejajar dengan rumah api 1907, menggantikan tugasan sebelumnya.
Rumah api ini sejak itu telah disebut sebagai One Fathom Bank `lama’ dan One Fathom Bank ‘baru’.
Oleh kerana dibangunkan di laut, kedua-dua rumah api hanya dapat diakses dengan perahu. Sementara kedua-dua rumah api dibuka kepada awam, menara mereka tetap kekal sebagai kawasan larangan.
Pada pertengahan abad ke-19 seorang surveyor hidrografi, John Turnbull Thomson telah melaporkan bahawa One Fathom Bank adalah gugusan beting yang terletak di Selat Melaka, antara Pasir Utara dan Pasir Selatan, 30 kilometer di barat daya dari Delta Klang di Selangor.
Pada tahun-tahun awalnya setelah kajian asal, beting tersebut selalu disebut sebagai 2 dan 1/2 Bank Fathom, dinamai demikian untuk beting pasirnya yang kelihatan ketika air surut dengan kedalaman air kurang dari dua setengah depa (4.6m).
Rumah api kedua tetap beroperasi sehingga selesainya pembinaan rumah api ketiga pada tahun 1999, yang didirikan sejajar dengan rumah api lama sekitar 500meter jauhnya dengan biaya RM18 juta untuk memberikan keselamatan yang lebih.
Sementara rumah pertama yang usang, tidak lagi aktif dan tidak digunakan. Usaha telah dilakukan oleh Jabatan Laut dan agensi yang terbabit untuk mengembalikannya pada
tahun 2004 dan 2005 karena sejarah dan nilai arsitektur. Setelah tertubuhnya Port Swettenham (Port Klang) pada tahun 1893, kedua-dua rumah api juga bertindak sebagai penanda kepada kapal menyusur ke pelabuhan.
Rumah Api Lama
Rumah Api One Fathom Bank `lama’ yang ada sekarang pada dasarnya adalah rumah api tiang pancang setinggi 27 meter.
Dibangunkan di atas susunan tumpukan yang melingkar, rumah api umumnya dirancang sebagai struktur oktagonal: Kedua-dua menara penjaga dua tingkat yang didirikan bagi
menampung lentera, galeri, dan ruang pantau berbentuk segi lapan; menara yang mendukung lentera meruncing ke atas.
Menara rumah api itu juga dicat dengan pita horizontal merah dan putih, yang sejak itu memudar dan diulang pengecatannya.
Rumah Api Baru
Rumah Api One Fathom Bank yang lebih baru dan dimodenisasi pada tahun 1999 dengan tujuan untuk menempatkan peralatan yang lebih baik, tetapi juga didirikan di kawasan sekitar.
Dengan ketinggian 43 meter, dan berisi lebih banyak ruang dan dermaga tambahan untuk menampung kapal laut yang lebih besar.
Rumah api yang terdiri dari menara logam berbentuk silinder bulat, yang juga dicat dengan garis horizontal merah dan putih, menjulang naik dari pusat tempat berlindung berbentuk
kubah dan menopang lentera dan tiga galeri; kubah lebih menjulur dipasang pada platform melingkar yang didukung oleh tiang.
Atapnya diperbuat daripada polycarbonate berkualiti tinggi dan saduran logam bermutu.
Lokasi: One Fathom Bank (Permatang Sedepa), off the coast of Selangor, Malaysia
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...