Selain umpan organik atau semulajadi, umpan berasaskan makanan ikan dengan campuran bahan perasa juga boleh dijadikan umpan untuk memancing ikan pacu. Berikut ada contoh umpan buatan sendiri yang ringkas tetapi berkesan untuk memancing pacu kolam.
Bahan-bahan keperluan:
Palet 920
Sos Raya Kuning A1
Strawberi Musang A1
Jajan atau keropok jagung
Air
Cara-cara penyediaan umpan:
Ads
Langkah 1
Masukkan satu kilogram palet 920 ke dalam bekas bancuhan.
Langkah 2
Masukkan air 200ml dan gaul palet. Biarkan seketika sehingga palet menyerap air.
Ads
Langkah 3
Masukkan pula Sos Raya Kuning A1 sebanyak 5 penutup botol, kemudian tambah sos Strawberi Musang A1 juga sebanyak 5 penutup botol.
Gaul palet ini hingga sebati kemudian perapkan ia di dalam bekas tertutup kira-kira 15 hingga 20 minit sebelum digunakan.
Cara-cara penggunaan umpan:
Ads
Langkah 1
Cucuk jajan atau keropok jagung pada mata kail (teknik apung menggunakan spring dua mata kail berpelampung).
Langkah 2
Kepal palet pada spring kira sebesar penumbuk. Pastikan palet mampu dikepal dengan sempurna. Jika berderai, tambahkan sedikit air pada palet.
Langkah 3
Lontarkan ke kawasan ikan bermain air dan tunggu sehingga umpan tersebut diragut ikan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Apa yang membuatkan gewang klasik, antik atau vintaj menjadi kegilaan kepada pengumpul gewang? Bergantung kepada individu pengumpul, faktor utama mungkin berbeza. Gewang ‘killer’ tidak selalunya menjadi faktor penentu kepada nilai gewang mahu pun nilai pengumpul.
Medley’s Wiggly Crab – Best Use of Graphics on a Box Top
Foto ini menunjukkan cetakan kotak edisi pertama gewang yang dihasilkan oleh Harry L. Medley pada tahun 1919. Grafik pertama mempunyai cetakan “Patd.,” pada kotaknya sebelum ditukar kepada angka 1919. Corak grafik pada kotak Wiggly Crab menjadi tarikan utama kepada pengumpul gewang untuk mendapatkan Wiggly Crab.
E-Z Way Bass Bait – Most Likely to Hurt You Before You Catch a Fish
Dibuat sekitar 1915 oleh Harlow & Steinbaugh, E-Z Way dikatakan antara gewang yang mampu menjadi ibarat senjata makan tuan. Gewang berspring ini apabila disetkan mata kailnya akan menjadikannya “weedless”, namun jika picunya diaktifkan, spring mata kailnya membuka hingga beberapa inci. Terdapat helaian yang didatangkan sekali di dalam kotaknya turut membawa amaran penting iaitu “Look Out!”.
Wotta Frog – Most Artistic Rendition of Frogskin
Merupakan gewang kayu juga daripada Paw Paw Bait Co. sekitar 1930-an hingga awal 1960-an. Kemasan ‘wotta frog splatter’ pada badannya merupakan antara faktor unik dalam industri. Juga mempunyai kaki jointed dan mata menjengil yang juga menjadi faktor kepada pengumpul.
The Bullhead – Best Imitation of a Catfish
The Bullhead dihasilkan oleh Paw Paw Bait Co. sekitar tahun 1930-an. Pengeluaran gewang ini tidak lama mungkin kerana kesukaran dalam membentuk badannya ketika pembuatan. Gewang ini mempunyai bentuk bibir ikan dan juga misai yang dibuat dengan tangan.
The “Punkinseed” – Happiest Baitfish Imitiation
Salah satu gewang terkenal daripada Heddon. Gewang kayu ini membuat debut dalam industri lewat 1930-an dengan siri 740, sebelum diikuti siri 730 yang lebih kecil. Ukiran bibir seakan tersenyum dan bentuk yang comel menjadi antara faktor utama kepada para pengumpul gewang antik.
The Thoren Minnow Chaser – Best Imitation of an Entire Food Chain
Dihasilkan oleh A.H. Thoren sekitar 1940 untuk menyerupai aksi seekor ikan yang mengejar ikan lain. Gewang kayu ini juga mempunyai sistem mekanikal daripada steel untuk memberikan aksi renangan sebenar.
Spoonplug – Best Marketed
Buck’s Bait menghasilkan gewang Spoonplug sekitar tahun 1945 dan dipasarkan oleh Elwood “Buck” Perry. Beliau merupakan genius pemasaran dengan mengembara ke beberapa buah negara dan membuat seminar dan buku cara menggunakan gewang ini. Gewang besi ini dihasilkan dalam pelbagai pilihan warna dan saiz.
Klipon Lure – Most Likely to be Seen in an Art Gallery
Hasil seni yang tersendiri daripada kemasan warna gewang yang digelar Klipon ini. Dibuat sekitar 1930- an oleh Green-Wyle Co., Klipon merupakan gewang kayu dengan mata kaca dan datang dengan beberapa bentuk dan kemasan yang sangat unik.
Creek Chub ‘Wiggle Tail’ – Most Memorable Misprint
Beberapa dekad lamanya, Creek Chub Wigglefish dipasarkan sebagai gewang yang digunakan oleh George W. Perry untuk mendaratkan largemouth bass seberat 22lb pada tahun 1932. Namun, dalam satu temu ramah audio pada 1973, George Perry membuat pengakuan bahawa gewang yang mendaratkan ikan tersebut ialah model Creek Chub yang lain iaitu Fintail Shiner.
The Neon Fire Fly – Most Likely to Annoy Greenpeace
Sekitar 1930-an, St. Croix Bait Co. telah menghasilkan gewang Neon Fire Fly yang mempunyai satu ruang lutsinar. Ruang ini diisi dengan cecair merkuri untuk menjadikan gewang ini bercahaya. Inovasi yang menarik namun penghasilan gewang ini agak singkat kerana memberi kesan buruk kepada persekitaran lebih-lebih lagi jika gewang ini putus ketika beraksi.
Boleh tak admin jelaskan sedikit tentang pasang surut air laut dan kesannya terhadap memancing?
Jawapan:
Pasang surut merupakan bentuk gerakan air laut yang terjadi apabila terdapat pengaruh gaya tarik bulan dan matahari terhadap bumi.
Arus ini dapat dlihat dengan jelas di perairan muara sungai dan di tepian pantai. Bila air laut bergerak menuju pasang maka terlihat gerakan arus laut yang masuk ke dalam sungai.
Sebaliknya ketika air laut bergerak menuju surut, maka terlihat gerakan arus laut mengalir keluar dari arah sungai ke tengah laut. Cara untuk membacanya dengan menggunakan kalendar lunar atau kalendar Hijrah.
Arus pasang surut terbahagi kepada dua.
Pertama, pasang besar terjadi pada tanggal 1 (bulan baru) dan tanggal 15 (bulan mengambang penuh).
Pasang besar ialah peristiwa di mana air pasang naik dan surut tertinggi (surut habis). Kedudukan bumi-bulan-matahari berada pada satu satu garis sehingga kekuatan gaya tarik bulan dan matahari berkumpul menjadi satu menarik permukaan bumi.
Permukaan bumi yang menghadap ke bulan mengalami pasang naik besar.
Bagi pemancing, 4 hari sebelum dan selepas bulan baru dan bulan penuh tidak begitu sesuai disebabkan arus laju.
Kedua, pasang bani. Pasang bani ialah peristiwa terjadinya pasang naik dan pasang surut terendah (kecil). Pasang kecil ini terjadi pada tanggal 7 dan 21 kalendar Hijrah.
Pada kedua tanggal tersebut posisi matahari-bulan-bumi membentuk susut 90 darjah. Gaya tarik bulan dan matahari terhadap bumi berlawanan arah sehingga kekuatannya menjadi berkurang (saling melemahkan).
Bagi pemancing, 3 hari sebelum dan selepas air pasang amat bersesuaian memancing kerana arus tidak laju.
Saya sebenarnya lebih berminat memancing ikan yang liar banyak terdapat di bekas lombong dan kolam ternakan terbiar berbanding ikan kolam berbayar. Biasanya banyak jenis juga ikan liar di bekas lombong tapi yang paling susah nak pancing ialah pacu. Jadi, boleh tak Team Umpan bagi sedikit tip terutamanya umpan yang sesuai untuk memancing ikan pacu.
JAWAPAN:
Ikan pacu adalah spesies omnivor atau maserba iaitu memiliki sifat memakan hampir apa saja makanan yang dijumpainya. Sama ada memancing di kolam terbiar, bekas lombong atau kolam pancing komersial, kebanyakan pemancing memilih teknik dasar berumpankan campuran dedak atau roti dadu berperisa.
Selain dedak dan roti, pacu juga jarang menolak umpan alami seperti cengkerik, cacing tanah mahu pun lipan. Turut dalam senarai umpan yang biasa digunapakai oleh pemancing ialah organ dalaman ayam seperti perut ataupun hati ayam.
Sekiranya anda penggemar teknik casting pula bolehlah cuba memikatnya dengan penggunaan gewang keras atau lembut (soft plastic). Gewang yang sesuai ialah jenis permukaan dan selaman sederhana bergantung kepada kedalaman padan pancing.
Sebaiknya juga gewang bersaiz kecil kerana pacu ialah ikan yang bermulut kecil. Seperkara lain, memancingkan pacu memiliki barisan gigi tajam, perambut kasar dan jenis sulam menjadi pilihan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...