Jika tidak dapat mengambil buah ara yang masak (kebanyakan berwarna merah tua keunguan) pada dahan pokok, kutip saja buah-buah yang masih baru gugur. Buah yang baru gugur biasanya masih elok sifatnya berbanding buah yang sudah lama gugur dan buruk.
Ads
Potong buah ara dengan pisau yang tajam supaya elok belahan buahnya. Sebaiknya setiap biji buah itu dipotong empat.
Ads
Dengan menggunakan mata kail (tunggal) berperambut tali tangsi 20-30lb sepanjang 1-2 kaki, cucuk potongan buah ara pada mata kail satu persatu.
Potongan buah ara haruslah melepasi mata kail dan tersusun pada perambut. Sebaiknya potongan buah ara dicucuk kira-kira panjang sejengkal pada perambut sementara dua potongan buah dicucuk kemas pada mata kail.
Ads
Dengan menggunakan teknik pancingan dasar (saiz batu ladung hidup bergantung kepada kelajuan arus sungai), umpan ini sudah boleh dilontar ke lubuk untuk memikat kelah, tengas, jelawat ataupun patin liar.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Carilah kawasan-kawasan yang ditumbuhi pohon rendang dan buahnya boleh dimakan oleh ikan. Kawasan pohon rendang seperti pokok ara kerana kebiasaannya ada ikan seperti patin yang menanti buah-buahan gugur dari pokok.
Carilah kawasan tunggul kayu yang biasanya tegak di tengah-tengah sungai. Ikan kelah dikatakan amat gemar bermain arus pada tempat begini sambil menangkap buih-buih yang terhasil daripada kesan arus yang “membelah” tunggul tersebut.
Carilah kawasan yang dalam dan airnya kelihatan agak gelap. Ikan gemarkan tempat dalam kerana arusnya tidak terlalu laju berbanding kawasan cetek.
Carilah kawasan arus yang mengalir agak perlahan atau lambat dan terdapat air yang berpusar. Ia agak sukar untuk dikesan tetapi sekiranya ditemui jarang menghampakan.
Carilah kawasan air berpusar membawa makanan masuk ke dalam air dan sudah pasti ada ikan menanti di kawasan seperti ini.
Carilah kawasan yang dilitupi atau ditumbuhi hidupan air seperti kangkung, teratai. Ia merupakan kawasan persembunyian ikan untuk menghendap mangsa.
Carilah kawasan rumpun buluh yang menganjur ke dalam sungai. Ikan-ikan seperti lampam dan kelah amat gemar memakan ulat buluh yang terjatuh ke dalam sungai.
Carilah kawasan yang mempunyai timbunan sampah yang tersekat di dalam sungai. Ikan keli dan kaloi amat gemar lokasi yang sebegini.
Carilah kawasan tebing yang kelihatan berlubang-lubang pada musim kemarau. Ikan baung biasanya bersembunyi di dalam lubang-lubang tersebut pada musim air kering dan akan keluar apabila air besar.
Carilah kawasan tepi jambatan, jeti, sangkar ikan atau empangan. Ikan gemar bermain di kawasan seperti ini sekaligus mengundang ikan pemangsa lain.
Memancing siakap memang kena usaha lebih sikit. Ini kerana memang susah memancing dengan semata-mata bergantung kepada nasib. Kena rajin dan disiplin untuk ikut waktu air yang bersesuaian. Rata-rata guru atau sifu siakap bersetuju dengan satu pendapat… ‘jika kamu nak mancing siakap, kamu kena belajar dulu berfikir macam siakap!’
Kebanyakan sifu atau otai siakap dulunya lebih suka menggunakan tali tangsi atau mono. Malah sehingga sekarang pun mereka tetap menggunakan tangsi walaupun tali sulam (braided) lebih menguasai pasaran dan pengguna. Mereka lazimnya menggunakan tali mono berkekuatan 15-20lb.
Pilihan tali pula mereka tidak akan menggunakan tali keluaran Jepun kerana diameternya yang kecil dan tidak tahan geseran. Suatu ketika produk Maxima warna hijau menjadi keutamaan kerana amat lasak. Selain dari itu tali `cap ayam’ juga menjadi pilihan kerana harga yang murah dan kurang spring.
Biasanya para otai cuma guna untuk naikkan dalam 2-3 ekor ikan, mereka buang dan isi baru. Tali yang baru diisi dalam spool, mesti dibuang `spring’ dulu untuk elak masalah di masa depan ketika casting.
Caranya, selepas isi tali dalam spool jangan terus memancing. Ikat batu ladung saiz kecil pada hujung tali dan casting sekurang-kurangnya 50 kali… lagi banyak lagi bagus. Barulah tali takkan buat masalah seperti kusut dan sebagainya. Lebih-lebih kalau guna baitcasting reel.
Jika anda casting menggunakan gewang dan sememangnya aktif memancing, sebaiknya dibuang hujung tali kira-kira 2-3 kaki setiap kali turun memancing. Ini untuk mengelak tali yang luka akan kecewakan anda.
Kebanyakan pulau terutamanya di perairan pantai timur diwartakan sebagai kawasan taman laut. Oleh yang demikian sebarang aktiviti menangkap ikan adalah dilarang dalam
radius 2 batu nautika. Jadi, kita kenalah faham kenapa tekong tidak membawa kita memancing berdekatan dengan pulau.
T&T 2
Kebanyakan pulau yang tidak berpenghuni adalah pulau berbatu. Sementara struktur batu-batu yang tenggelam di sekeliling pulau tidak seragam saiznya.
Tidak semua pulau boleh dihampiri dengan bot dalam jarak yang rapat. Oleh yang demikian, kita sebagai pemancing jangan cepat beranggapan negatif jika tekong tidak merapati pulau sebagaimana yang diinginkan.
T&T 3
Sentiasa perhati pergerakan arus dan angin jika ingin merapati tebing pulau berbatu.
Sekiranya angin dan arus lebih terarah ke tebing maka sebaiknya beralih ke kawasan yang lebih selamat untuk merapati tebing.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...