Carilah kawasan-kawasan yang ditumbuhi pohon rendang dan buahnya boleh dimakan oleh ikan. Kawasan pohon rendang seperti pokok ara kerana kebiasaannya ada ikan seperti patin yang menanti buah-buahan gugur dari pokok.

 

Carilah kawasan tunggul kayu yang biasanya tegak di tengah-tengah sungai. Ikan kelah dikatakan amat gemar bermain arus pada tempat begini sambil menangkap buih-buih yang terhasil daripada kesan arus yang “membelah” tunggul tersebut.

 

Carilah kawasan yang dalam dan airnya kelihatan agak gelap. Ikan gemarkan tempat dalam kerana arusnya tidak terlalu laju berbanding kawasan cetek.

 

IKLAN

Carilah kawasan arus yang mengalir agak perlahan atau lambat dan terdapat air yang berpusar. Ia agak sukar untuk dikesan tetapi sekiranya ditemui jarang menghampakan.

 

Carilah kawasan air berpusar membawa makanan masuk ke dalam air dan sudah pasti ada ikan menanti di kawasan seperti ini.

 

IKLAN

Carilah kawasan yang dilitupi atau ditumbuhi hidupan air seperti kangkung, teratai.  Ia merupakan kawasan persembunyian ikan untuk menghendap mangsa.

 

Carilah kawasan rumpun buluh yang menganjur ke dalam sungai. Ikan-ikan seperti lampam dan kelah amat gemar memakan ulat buluh yang terjatuh ke dalam sungai.

 

IKLAN

Carilah kawasan yang mempunyai timbunan sampah yang tersekat di dalam sungai. Ikan keli dan kaloi amat gemar lokasi yang sebegini.

 

Carilah kawasan tebing yang kelihatan berlubang-lubang pada musim kemarau. Ikan baung biasanya bersembunyi di dalam lubang-lubang tersebut pada musim air kering dan akan keluar apabila air besar.

 

Carilah kawasan tepi jambatan, jeti, sangkar ikan atau empangan. Ikan gemar bermain di kawasan seperti ini sekaligus mengundang ikan pemangsa lain.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI