Terdapat pelbagai bentuk dan warna sesudu di pasaran. Secara asasnya warna perak, tembaga dan emas mendominasi. Namun sekarang ada sesudu yang menggunakan 3 warna asas tadi tapi ditambah dengan kemasan warna-warna yang lain seperti hijau, merah, oren, biru dan macam-macam lagi. Terpulang kepada anda untuk mencuba.
Bentuknya pula ada yang pendek lonjong dan ada yang kurus memanjang. Jika ia lebar, karauannya akan menjadi lebih berat dan olak air yang dihasilkan adalah besar. Manakala sesudu yang, ringan untuk diputar dan olakan airnya kecil. Berat sesudu antara 4-20 gm sudah memandai, lagi berat sesudu lagi cepatlah ia tenggelam dan lagi mudah ia tersangkut reba.
Ads
Dipercayai bentuk sesudu jenis kurus memanjang paling efektif kerana ia lebih menyerupai seluang atau perimpin. Sesudu warna perak pula lebih sesuai digunakan pada waktu tengah hari yang terik di perairan yang sangat jernih dan tidak beberapa dalam, kurang dari 20 kaki. Manakala sesudu warna tembaga dan emas pula untuk cuaca yang berawan, di perairan yang gelap atau sedikit keruh dan kedalaman lebih 20 kaki.
Ads
Sama seperti permainan soft plastic, penggunaan joran haruslah yang beraksi pantas dan tali sulam lebih baik dari tali mono kerana permainan sesudu yang lebih kepada menyentuh dasar. Ini supaya setiap ragutan dapat disembat dengan lebih efektif.
Ads
Oleh kerana sesudu beraksi flutter dan bergelek, swivel wajib digunakan untuk mengelakkan tali dari menjadi berpintal dan kusut. Oleh kerana permainan sesudu lebih banyak di kawasan dasar yang tentunya berstruktur, penggunaan mata kail tunggal adalah lebih wajar dari mata tiga.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Saya amat meminati pancingan di muara dan gemar memburu ikan-ikan bersengat seperti sembilang. Baru-baru ini akibat kurang berhati-hati saya telah terkena sengat ikan sembilang ini dan bisanya terpaksa saya tanggung selama beberapa hari. Bolehkah admin kongsi bersama saya dan pemancing yang lain antara petua untuk menghilangkan bisa akibat sengatan ikan bersengat ini?
JAWAPAN:
Ikan bersengat ni ada bermacam-macam jenis. Sembilang, duri, pari, usat-usat dan belukang antara ikan bersengat yang perlu dikendalikan dengan berhati-hati bila menaikkannya. Bisa akibat sengatan ini memang boleh memakan masa untuk sembuh dan ada juga kes yang boleh membawa maut. Cara moden yang biasa digunakan ialah mendapatkan suntikan di klinik mahupun hospital.
Namun, ada juga petua orang-orang lama yang boleh kita gunakan jika terkena sengatan ikan bersengat seperti sembilang ini. Antara petua yang paling popular digunakan ialah dengan meletakkan asam jawa pada tempat yang terkena sengatan tersebut dan biarkan untuk beberapa minit. Insyaallah kesakitan akan beransur hilang.
Cara lain yang boleh digunakan ialah gunakan 2 atau 3 sudu serbuk kopi dan campurkan air panas yang mendidih. Kemudian, ambil kain dan sapukan di tempat yang disengat. Jika kesakitan masih berterusan, cepat-cepatlah dapatkan rawatan selanjutnya di klinik ataupun hospital.
Selamat berpuasa admin. Aku ada satu soalan nak tanya… betul ke semua gewang boleh digunakan untuk casting air tawar dan air masin ataupun terdapat gewang yang khas untuk perairan air masin sahaja?
JAWAPAN:
Sebenarnya semua gewang boleh digunakan untuk memancing di air masin dan tawar! Apa yang jadi tak boleh adalah sikap dan persepsi kita sendiri.
Kita sendiri yang mewujudkan sempadannya dan mengkelasifikasikan gewang tersebut.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, semua gewang dicipta untuk menarik perhatian ikan bagi melihat,mendengar atau merasai pergerakan gewang tersebut.
Oleh demikian ia boleh digunakan di mana-mana pun. Cuma, penggunaan gewang tersebut haruslah realistik dengan spefisikasi sesuatu gewang.
Contohnya, jika kita hendak casting ikan jenahak yang merupakan ikan demersal yang mencari makan di dasar, sudah pastinya kita janganlah menggunakan gewang permukaan atau selaman cetek.
Seperkara lain yang perlu diambil perhatian adalah mata kail yang digunakan pada gewang tersebut yang mungkin perlu ditukar sekiranya hendak digunakan di kawasan air masin.
Mata kail yang ada pada gewang yang berwarna perak adalah untuk air masin dan tawar manakala warna coklat atau gelap adalah hanya untuk air tawar ini pun sebab karat sahaja.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...