Walaupun bukan seorang pemancing, rasanya satu dunia tahu apa itu tuna. Tuna merupakan spesies ikan lautan dalam yang paling popular, bernilai tinggi dan amat disegani di dunia.
Ia yang terdiri di kalangan keluarga Scombridae, terutamanya dari genus Thunnus.
Dalam industri perikanan rekreasi terutamanya dalam aspek sukan memancing, selain keluarga ikan berparuh atau billfish, spesies ikan tuna bolehlah dianggap spesies yang paling diidam-idamkan oleh semua pemancing.
Ia merupakan spesies pemangsa yang aktif dan mempunyai larian yang padu.
Apa tidaknya, daya renangannya yang bertenaga pasti mampu memberikan pengalaman yang ekstrem untuk bertarung dengan ikan ini.
Kelajuan ikan ini dikatakan mencapai halaju 77 km/jam! Bayangkan bagaimana perasaan anda jika diberi peluang untuk bertarung dengan ikan ini.
Kini, populariti sukan memancing tuna telah dirakamkan di dalam sebuah rancangan realiti bertajuk Wicked Tuna. Malah ia sudah pun memasuki musim kelapan penerbitan.
Program terbitan National Geographic ini turut mendapat tempat di hati peminat sukan memancing seluruh dunia kerana padat dengan aksi dan informasi yang berguna untuk memancing tuna.
Namun, di sebalik populariti itu, tahukah anda bahawa tuna mempunyai harga yang tinggi di pasaran?
Bayangkan sahaja, untuk seekor ikan tuna sahaja, harganya boleh mencecah angka ratusan ribu ringgit, malah ada yang pernah direkodkan mencecah harga jutaan ringgit!
Tuna Tahyul
Persoalan yang bermain di minda kita ialah mengapa spesies ini mempunyai harga yang sangat tinggi di pasaran?
Apakah keistimewaannya sampaikan peraih berlumba-lumba untuk membeli spesies predator ini?
Keistimewaan ikan tuna adalah terletak pada khasiatnya. Ikan tuna dikatakan kaya dengan kandungan Omega 3, vitamin, protein, dan mineral.
Malah, kandungan omega 3 di dalam ikan tuna dikatakan 28 x lebih tinggi daripada ikan air tawar.
Di samping itu, tuna juga dapat membantu menurunkan tekanan darah serta kolesterol dalam tubuh badan kita.
Di dalam bidang perubatan, daging tuna ini dikatakan boleh mencegah penyakit strok, diabetes dan kanser payudara.
Mungkin disebabkan kandungan protein, vitamin dan mineralnya yang tinggi dapat menjadikan daging tuna berkesan untuk melawan penyakit yang dinyatakan tadi.
Tuna juga memiliki rasa yang enak dan amat popular di kalangan masyarakat Jepun. Disebabkan dagingnya yang tinggi dengan khasiat dan dikatakan begitu lazat, spesies ikan ini merupakan ikan kelas pertama untuk dijadikan sushi dan shashimi.
Pun begitu, meskipun harganya mahal, permintaan masyarakat Jepun terhadap ikan ini terus meningkat. Jadi tidak hairanlah di pasaran harganya meningkat saban tahun.
Tangkapan Berlebihan
Walau bagaimanapun, dewasa ini, spesies ikan ini dikatakan semakin berkurangan di dunia. Apa tidaknya, pemburuan secara haram semakin berleluasa.
Disebabkan harga yang begitu tinggi, banyak pihak mengambil kesempatan untuk memburu ikan ini dengan cara yang haram dan tanpa kawalan sekali gus menyebabkan spesies ini mengalami kepupusan.
Namun begitu, ada sesetengah negara yang mengambil langkah bijak untuk mengawal pemburuan berleluasa spesies ini.
Negara seperti Amerika Syarikat hanya menetapkan seekor tuna sahaja yang boleh diburu sehari oleh sebuah bot dan saiznya juga mestilah mengikut syarat yang ditetapkan.
Tangkapan tuna secara berlebihan harus diberi perhatian bagi mengelakkan kerakusan manusia mengaut semua hasil yang ada.
Diharapkan, untuk jangka masa panjang, adalah pihak berwajib yang dapat memantau pemburuan berleluasa spesies ini.
Jika, tuna mengalami kepupusan, maka, Ia menjadi suatu kehilangan yang amat besar buat komuniti sukan memancing di dunia.
Empangan Bakun adalah sebuah empangan hidroelektrik dibina merentasi Sungai Balui di Sarawak, Malaysia. Ia merupakan sebuah empangan batu dilitupi konkrit (concrete faced rockfill dam) (CFRD) yang tertinggi di dunia dengan ketinggian 205 meter dari paras laut.
Ia juga merupakan empangan kedua terbesar di Asia selepas empangan Three Gorges di China, dengan kawasan tadahan seluas 14,750 kilometer persegi.Empangan ini dapat menjana 2,400 MW tenaga elektrik apabila siap pada tahun 2012.
Projek empangan ini telah bermula sekitar tahun 1960 namun hanya berjaya di terus pada percubaan ketiga. Empangan Bakun tergendala pada 1998 berikutan krisis ekonomi Asia Tenggara 1998. Hujan hujan Tropika seluas negara Singapura akan ditenggelamkan. Luas Permukaan air 695 KM persegi (perbandingan Singapura 710km persegi)
Pembinaan Empangan Bakun ini mengakibatkan 9,000 penduduk sekitar dipindahkan dari kawasan yang akan ditenggelamkan, Mereka telah ditempatkan semula di kampung rumah panjang Sungai Asap berhampiran Bakun.
Potong dahulu kabel kira-kira 6 inci atau sepanjang mana yang dikehendaki. Kemudian masukkan salah satu hujung ke dalam lubang cincin mata kail dari arah belakang.
Langkah 2
Masukkan kira-kira 1 inci kabel dan pegang dengan kemas bahagian kabel di atas teras mata kail.
Langkah 3
Tarik bahagian kabel yang panjang ke arah teras mata kail.
Langkah 4
Mulakan lilitan dengan bahagian kabel yang panjang ke arah hujung mata kail.
Langkah 5
Lakukan lilitan sekurang-kurangnya lima kali dengan kemas.
Langkah 6
Masukkan hujung kabel panjang itu ke dalam lubang cincin dari arah belakang atau bawah mata kail.
Langkah 7
Ikatan telah disiapkan. Bagi membolehkan ikatan tersebut lebih kemas, bolehlah bakar bahagian lilitan tersebut.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...