Walaupun bukan seorang pemancing, rasanya satu dunia tahu apa itu tuna. Tuna merupakan spesies ikan lautan dalam yang paling popular, bernilai tinggi dan amat disegani di dunia.

Ia yang terdiri di kalangan keluarga Scombridae, terutamanya dari genus Thunnus.

 

Dalam industri perikanan rekreasi terutamanya dalam aspek sukan memancing, selain keluarga ikan berparuh atau billfish, spesies ikan tuna bolehlah dianggap spesies yang paling diidam-idamkan oleh semua pemancing.

Ia merupakan spesies pemangsa yang aktif dan mempunyai larian yang padu.

 

Apa tidaknya, daya renangannya yang bertenaga pasti mampu memberikan pengalaman yang ekstrem untuk bertarung dengan ikan ini.

Kelajuan ikan ini dikatakan mencapai halaju 77 km/jam! Bayangkan bagaimana perasaan anda jika diberi peluang untuk bertarung dengan ikan ini.

 

Kepentingan Ikan Tuna Dalam Industri

 

Kini, populariti sukan memancing tuna telah dirakamkan di dalam sebuah rancangan realiti bertajuk Wicked Tuna. Malah ia sudah pun memasuki musim kelapan penerbitan.

Program terbitan National Geographic ini turut mendapat tempat di hati peminat sukan memancing seluruh dunia kerana padat dengan aksi dan informasi yang berguna untuk memancing tuna.

 

IKLAN

Namun, di sebalik populariti itu, tahukah anda bahawa tuna mempunyai harga yang tinggi di pasaran?

Bayangkan sahaja, untuk seekor ikan tuna sahaja, harganya boleh mencecah angka ratusan ribu ringgit, malah ada yang pernah direkodkan mencecah harga jutaan ringgit!

 

Tuna Tahyul

 

Persoalan yang bermain di minda kita ialah mengapa spesies ini mempunyai harga yang sangat tinggi di pasaran?

Apakah keistimewaannya sampaikan peraih berlumba-lumba untuk membeli spesies predator ini?

Keistimewaan ikan tuna adalah terletak pada khasiatnya. Ikan tuna dikatakan kaya dengan kandungan Omega 3, vitamin, protein, dan mineral.

Malah, kandungan omega 3 di dalam ikan tuna dikatakan 28 x lebih tinggi daripada ikan air tawar.

Di samping itu, tuna juga dapat membantu menurunkan tekanan darah serta kolesterol dalam tubuh badan kita.

IKLAN

 

Kepentingan Ikan Tuna Dalam Industri

 

Di dalam bidang perubatan, daging tuna ini dikatakan boleh mencegah penyakit strok, diabetes dan kanser payudara.

Mungkin disebabkan kandungan protein, vitamin dan mineralnya yang tinggi dapat menjadikan daging tuna berkesan untuk melawan penyakit yang dinyatakan tadi.

 

Tuna juga memiliki rasa yang enak dan amat popular di kalangan masyarakat Jepun. Disebabkan dagingnya yang tinggi dengan khasiat dan dikatakan begitu lazat, spesies ikan ini merupakan ikan kelas pertama untuk dijadikan sushi dan shashimi.

Pun begitu, meskipun harganya mahal, permintaan masyarakat Jepun terhadap ikan ini terus meningkat. Jadi tidak hairanlah di pasaran harganya meningkat saban tahun.

 

Tangkapan Berlebihan

IKLAN

 

Walau bagaimanapun, dewasa ini, spesies ikan ini dikatakan semakin berkurangan di dunia. Apa tidaknya, pemburuan secara haram semakin berleluasa.

Disebabkan harga yang begitu tinggi, banyak pihak mengambil kesempatan untuk memburu ikan ini dengan cara yang haram dan tanpa kawalan sekali gus menyebabkan spesies ini mengalami kepupusan.

 

Kepentingan Ikan Tuna Dalam Industri

 

Namun begitu, ada sesetengah negara yang mengambil langkah bijak untuk mengawal pemburuan berleluasa spesies ini.

Negara seperti Amerika Syarikat hanya menetapkan seekor tuna sahaja yang boleh diburu sehari oleh sebuah bot dan saiznya juga mestilah mengikut syarat yang ditetapkan.

 

Tangkapan tuna secara berlebihan harus diberi perhatian bagi mengelakkan kerakusan manusia mengaut semua hasil yang ada.

Diharapkan, untuk jangka masa panjang, adalah pihak berwajib yang dapat memantau pemburuan berleluasa spesies ini.

Jika, tuna mengalami kepupusan, maka, Ia menjadi suatu kehilangan yang amat besar buat komuniti sukan memancing di dunia.

 

Kepentingan Ikan Tuna Dalam Industri

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI