Memang sedikit terasa pelik mendengar namanya, namun dibalik itu Sungai Ob menjadi sungai ke-8 terpanjang di dunia. Panjang dari total semuanya yaitu 3650 km. Alirannya dimulai dari gunung Altai Rusia dan berakhir di Teluk Ob. Pelbagai jenis spesies sturgeon mendiami sungai ini.
Sungai Irtysh
Sungai ini berhilir di pegunungan Altai Rusia yang pada akhirnya tepat di pertemuan Sungai Ob. Total keseluruhan panjangnya hingga 4248 km dan terbahagi menjadi Ob River dan The Irtysh. Spesies trout merupakan spesies utama sungai ini.
Sungai Congo
Sungai ini juga dikenal sebagai sungai Zaire yang menjadi sungai terbesar juga di Afrika Tengah. Panjangnya mencapai 4700 km. Alirannya dari pertemuan sungai Lualap dan Luapula yang kemudian mengaliri hutan terbesar Amazon dan berakhir di Lautan Atlantik. Ikan tiger fish sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan sungai ini.
Sungai Hwang Ho
Sungai yang dikenali dengan nama Yellow River atau Sungai kuning ini terletak di di sekitar daerah China Utara. Memiliki panjang sampai 5464 km dan akan terlihat jelas sekali bila difoto melalui udara. Aliranya dimulai dari Teluk Vhihli pada bagian barat China. Pelbagai spesies ikan kap terdapat di sini termasuklah hennan carp.
Sungai Yangtze
Sungai ini termasuk juga sungai terluas dengan panjang mencapai 6300 km dan menjadi sungai terluas ketiga di antara lainya. Sebutan lain dari sungai Yangtze iaitu Sungai Chang Jiang yang mengaliri Tibet dan berakhir di laut China. Spesies yellowhead catfish antara ikan popular di sini.
Sungai Amazon
Sungai kedua terluas di dunia ini sepanjang 6516 km, Ia menyumbang dari 1/5 bahagian total sungai yang ada di dunia. Alirannya dimulai dari Tasik Fed di Peru yang kemudian mengaliri beberapa negara Amerika Latin dan berakhir tepat di Samudra Atlantik. Pelbagai spesies monster terdapat di sungai ini termasuklah araipama.
Sungai Nil
Walaupun terdapat bantahan, sungai Nil masih menduduki carta sungai terpanjang di dunia. Ia bermula dari Tasik Victoria dan mengalir di antara 9 negara yaitu Kenya, Zaire, Uganda, Tanzania, Rwanda, Burundi, Sudan, Ethiopia dan Mesir. Panjangnya mencapai 6853 km. Nile perch sememangnya spesies popular sungai ini.
Vertical jigging digunakan untuk mengumpan ikan yang mendiami dasar dengan cara melepaskan jig secara menegak atau ke depan sehingga ia tenggelam ke dasar laut. Kemudian karauan secara laju atau perlahan dibuat untuk mengayakan jig besi di dalam air.
Jig cast pula digunakan untuk mengumpan ikan predator yang bermain di pertengahan atau di permukaan air. Teknik ini sering kali digunakan untuk menjerat ikan tenggiri. Caranya, Jig dibaling sejauh mungkin dan karauan laju dibuat dan membuatkan jig seolah-olah ikan yang sedang berenang.
Joran jigging mestilah halus, ringan dan tahan lasak. Kebiasaan panjang rod jigging antara 4.5 hingga 6 kaki. Bagi menjimatkan kos jigging, anda boleh membuat sendiri ikatan mata kail jig.
Saiz kekili yang berbeza juga perlu dipadankan dengan berat jig yang anda gunakan. Misalnya, kekili saiz 4000-6000 sesuai untuk jig seberat 40 gram – 100 gram, saiz 8000-10000 untuk jig seberat 100 gram – 400 gram dan untuk jig seberat 400 gram ke atas, kekili bersaiz 10000 ke atas sesuai digunakan.
Saiz jig mestilah disesuaikan dengan arus pada masa itu. Sekiranya arus agak laju, saiz jig yang sesuai perlu digunakan untuk memastikan jig jatuh betul-betul di kawasan yang sudah dikenal pasti kawasan ikan bermain sekali gus mengelakkan tersasar akibat dibawa arus.
Warna jig juga memainkan peranan besar. Apabila jigging pada waktu malam, jig jenis luminous adalah pilihan utama. Spesies seperti cupak dan tenggiri amat mudah diperdayakan.
Tali sulam atau braided line menjadi pilihan utama untuk teknik jigging. Tali sulam bukan sahaja dapat memotong air dengan lebih cepat, kurang daya regang, sensitif tetapi yang paling penting diameternya yang kecil akan membolehkan lebih banyak tali di sisi dalam gelendong kekili anda.
Penggunaan shock leader atau juga amat penting untuk teknik jigging. Ini kerana dengan leader ini ia mampu menampung main line apabila mendapat asakan secara tiba-tiba. Tali jenis fluorocarbon adalah lebih disarankan kerana ia lebih lasak menahan geseran dan kurang kelihatan di dalam air.
Ada 1001 cara untuk menghasilkan sendiri atau DIY perambut mata kail untuk jigging yang lebih dikenali sebagai assist hook. Berikut merupakan salah satu teknik asas ikatan assist hook menggunakan mata kail tunggal.
LANGKAH 1
Potong kevlar (boleh juga guna tali sulam 150-200lb) anggaran 4-6 inci bergantung kepada saiz jig yang akan digunakan. Buatkan satu simpulan biasa pada salah satu hujung kevlar dan pastikan simpulan itu ditarik seketatnya.
LANGKAH 2
Letakkan bahagian kevlar yang telah disimpul pada bahagian belakang mata kail. Pegang bahagian ini dengan ibu jari dan jari telunjuk.
LANGKAH 3
Ambil bahagian hujung tali dan bawa ke belakang (jadi lingkaran 1), kemudian bawa kembali ke bahagian depan (lingkaran 2) dengan kesemua pertemuan tali ini dipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk (rujuk gambarajah di bawah).
LANGKAH 4
Buatkan lilitan dengan bahagian hujung tali ke arah cincin mata kail 3-4 kali.
LANGKAH 5
Kemudian masukkan hujung tali ke dalam lingkaran 2.
LANGKAH 6
Susun simpulan agak tidak bertindan, kemudian masukkan sesuatu seperti jig dalam lingkaran 1 dan kepit hujung tali dengan playar dan tarik sehingga ketat.
LANGKAH 7
Lepaskan playar dan tarik bahagian lingkaran 1 dengan kuat bagi mengukuhkan ikatan pada mata kail.
LANGKAH 8
Masukkan hujung lingkaran tali dalam lubang cincin sebelum menggunakan assist hook ini pada jig.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...