Sebaik sahaja banjir surut antara waktu yang ‘menjadi’ untuk casting. Julai hingga Oktober adalah waktu terbaik untuk berkunjung ke sini. Pastikan korang tidak terlepas waktu mencakop ini.
2-3 minggu selepas air surut. Yang mana mengkuang, kelecut, teratai, rasau serta lain-lain tumbuhan yang ditenggelami air akan layu dan mati. Situasi ini akan menyebabkan air menjadi masam. Ketika ini toman agak sukar membuka mulut.
Ads
Pencil antara gewang permukaan yang sesuai dimainkan. Ketika tasik tenang dan permukaan tasik seumpama cermin yang mana pergerakkan pencil dapat dikesan oleh sang toman dengan cepat. Awal pagi ketika angin belum berhembus serta lewat petang, pencil memang ‘laku’.
Apabila angin mula ‘mengocak’ permukaan tasik, para caster biasanya menggunakan gewang kekipas, popper, jump frog dan juga buzzbait.
Ads
SETTING POWER
Joran berkekuatan 7lb-14lb atau 10lb-20lb sudah dikira berbaloi untuk dibawa ketika berkunjung ke sini.
Ads
Kekili ratio tinggi sesuai kerana kebiasaannya gewang permukaan menjadi pilihan untuk casting di tasik ini. Manakala tali utama kebanyakan caster di sini menggunakan tali sulam 20lb-30lb.
Shock Leader sama ada yang biasa mahupun flourocarbon adalah penting mana kala kabel atau tali kevlar perlu diikat pada muncung gewang sebagai insuran.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Sebagaimana sifat ikan berkulit ‘Melayu’ ini yang amat rakus melarikan tangsi, peralatan kelas menengah ke atas disyorkan dengan kekuatan tangsi dari 15-30lb.
Joran pendek lebih sesuai dengan lenturan parabolik agar mudah pemancing mengepam dan memujuk ia menyerah diri. Denyutan hujung joran berulang kali membuatkan ramai pemancing bertambah gian untuk bertarung dengannya lagi.
Memancing dari bot lebih senang kerana spesies ini lebih tertumpu di luar pantai. Gancu juga perlu jika anda berminat untuk membawanya pulang, jika tidak, potong saja tali perambut atau biarkan saja ia memutuskan perambut ketika menggelupur di permukaan air tanpa mencederakannya.
Untuk sportfishing, disyorkan agar menggunakan mata kail jenis ketajaman kimia (chemical sharpness) yang mudah reput apabila berada lama di dalam air. Dengan ini, mata tertanggal dengan sendiri dan ikan bebas seperti biasa untuk pertarungan di masa akan datang. Mata kail jenis Octopus untuk umpan hidup dan O’Shaughnessy untuk umpan mati dengan saiz 1 hingga 4 adalah disyorkan.
Cobia sentiasa berkeliaran mencari mangsa di kawasan yang memiliki makanan yang banyak. Mangsa pula terdiri dari anak-anak ikan pelagik, sotong, udang, ketam dan anak-anak ikan lain yang berada di habitat laluannya seperti anak kunyit.
Oleh kerana berketurunan pemburu, menggunakan umpan ikan mati tidak menjadi masalah untuk menawannya. Jika ia ada berdekatan, umpan ikan tadi akan menjadi mangsa sementara cobia akan menjadi milik anda.
Walaupun cobia sejenis ikan pelagik, memancing dasar mempunyai peratus sentapan yang lebih tinggi berbanding pertengahan air dan permukaan (teknik hanyut atau guna belon). Selain itu, teknik menunda juga berkesan untuk mendapatkan cobia.
Gewang ikan, sotong atau skirt boleh digunakan untuk menunda cobia. Kawasan pilihan menunda ialah di sekitar pulau, luar kawasan unjam dan kawasan pantai berbatu karang. Jangan menunda berdekatan dengan unjam dan pelampung bubu kerana pasti gewang anda tersangkut pada tali yang berserangkai.
Lengkapkan peralatan anda dengan umpan pilihan tadi dan padankan dengan perambut di antara 40-60lb. Perambut tangsi memadai dan berkonsepkan ‘satu cobia, satu perambut’.
Biasanya perambut tangsi akan calar akibat bergeser dengan barisan gigi halusnya. Cobia mempunyai kekuatan larian dan junaman yang kuat, konsisten dan suka berlegar di permukaan sebelum membuat junaman di saat akhir.
Banyak kes putus perambut di permukaan air terjadi apabila teknik menggancu tidak betul. Pada masa ini bukan saja cobia, spesies-spesies lain juga mampu membuat junaman apabila badan tersentak atau sakit (kena sipi) ketika si pemancing sudah yakin ikan tersebut dalam genggaman.
Jika terjumpa cobia berlegar di sekitar bot, sistem tegangan perlu ‘disetkan’ pada tahap sesuai bagi membenarkan larian junaman selepas mata pancing sudah tersusuk pada bahagian mulutnya. Kalau anda tersilap, sarang burung terjadi atau tangsi kehabisan dipecutnya.
Sekiranya anda berpeluang memancing ke sungai pegunungan di Berau, Kalimantan, saya sarankan agar anda jangan sesekali lepaskan peluang tersebut. Hanya di Berau sajalah anda berpeluang menggunakan satu jenis gewang saja untuk memburu 5 spesies air tawar yang pelahap ini.
Badong
Tidak disangkal lagi bahawa spesies sebarau merupakan ikan yang banyak dan mudah untuk diperoleh di sini. Namun, beberapa hari lamanya kami keliru dengan identiti sebenar sebarau di sini. Ini berikutan majoriti sebarau yang kami daratkan bersaiz besar di mana trademark popularnya, belang hitamnya tidak lagi terpalit dengan ketara pada badannya. Jika ada tanda hitam pun ia berkeadaan berselerak dan pudar.
Justeru kami beranggapan ia adalah sebarau belang tunggal (Hampala macrolepidota) yang biasa kami pancing di Semenanjung. Hanya setelah sebarau bersaiz kecil yang diperoleh, barulah kami dapat mengesahkan spesies sebenar sebarau tersebut. Rupanya ia adalah sebarau dua belang atau H. Bimaculata.
Sedikit info tentang spesies ini, H. bimaculata ia dikenali sebagai sebarau dua belang, dungan, arungan dan barb hampala. Ia dikatakan hanya boleh ditemui di Borneo dan perairan Indonesia. Ikan sebarau dua belang adalah spesies endimik di Borneo. Ia dicirikan oleh dua barisan tompok menegak pada sisi badannya.
Kedudukan dua belang hitamnya itu terletak di bawah sirip dan dorsal dan satu pada caudal peduncle (sudut bahagian yang menyambung badan dan ekor ikan). Ikan buruan pengilat ini sangat sensitif terhadap kualiti. Justeru ia lebih mudah ditemui terutamanya di sungai pengunungan atau sungai yang bebas dari sumber pencemaran.
Sapan
Kelah merah atau sapan mengikut bahasa tempatan merupakan ikan sasaran utama dalam trip ke Berau ini. Apa yang paling menarik ialah kelah merah di sini masih boleh dipujuk dengan gewang dan bukannya melalui pancingan dasar menggunakan umpan semulajadi.
Sedikit info tentang kelah merah, dalam kajian terbaru (Walton et al 2015) common mahseer of Malaysia iaitu kelah merah yang selama ini dikelasifikasikan sebagai Tor tambroides telah diganti dengan Tom tambra.
Kajian ini sekaligus merubah nama saintifik kelah merah (semenanjung), empurau (Sarawak), dan sapan (Indonesia) yang sekian lama telah diguna pakai.
Nyenyuar
Ikan nyenyuar atau scissor tail bukanlah spesies sasaran sebaliknya ia merupakan tangkapan bonus. Bukan senang untuk melihat ikan nyenyuar di perairan kita apatah lagi dengan saiz sedemikian. Ia adalah spesies yang sama seperti kelah yang memerlukan sistem perairan yang betul-betul bersih untuk hidup.
Menurut guide kami, ikan nyenyuar ini lebih sedap isinya berbanding ikan kelah. Namun kami tidak berpeluang untuk merasainya kerana semua nyenyuar tersebut dilepaskan kembali. Kalau tau sedap, memang kami simpan buat lauk!
Baung
Sebagaimana di negara kita, ikan baung kerap kali juga berjaya dipujuk menggunakan gewang. Walaupun ia bukanlah ikan sasaran, namun memperolehinya dianggap satu bonus juga. Setidak-tidaknya dapat juga merasa bagaimana keenakan baung yang dipanggil sebagai patin oleh penduduk tempatan ini.
Tembaring
Disebalik senarai spesies pelahap gewang ini, kami hanya kekurangan satu spesies saja. Ia turut berkongsi sistem sungai yang sama namun kehadiran kami pada waktu itu bukanlah masa yang terbaik untuk merasai gigilan sebenar bertarung dengan tembaring / kanai air tawar atau black bass. Beruntunglah pemancing yang berjaya menjinakkan spesies bonus ini kerana sangat jarang spesies bersaiz monster ini membuat penampilan.
Boleh dikatakan kebanyakan bot-bot besar (terutama bot persiaran) telah siap menyediakan bendera yang membawa maksud isyarat yang tertentu.
Bagi bot-bot besar, penggunaan bendera ini amat penting terutama untuk berkomunikasi dengan bot sekitar bila berlaku sebarang kecemasan.
Anda boleh rujuk International Code Flags and Pennants, yang mana ia menunjukkan jenis bendera dan maksud bagi setiap bendera.
Sebagai contoh bendera KILO, yang membawa maksud ingin berkomunikasi. Jika bot anda mengalami masalah, anda boleh gantungkan bendera ini pada bot anda bagi membolehkan bot yang ada di sekitar menyedari anda.
Mungkin selepas ini bagi pengusaha bot ataupun pemancing yang sering turun ke laut boleh bersiap sedia dengan beberapa bendera yang mudah untuk disediakan dan simpan di kotak memancing laut dalam anda untuk di gunakan di waktu kecemasan.
Gerakan bendera
Terdapat satu lagi jenis bahasa isyarat yang boleh digunakan ketika kecemasan. Bahasa ini memerlukan 2 bendera.
Ia perlu digerakkan mengikut pergerakan tertentu (rujuk gambar The Semaphore Alphabet and The International Morse Code).
Jadi, jika anda mempunyai bendera kilo di atas dan ada kapal yang ingin berkomunikasi dengan anda. Anda boleh membalas menggunakan bahasa kedua ini.
Jika berada di laut adalah penting juga untuk anda sekurang-kurangnya hafal isyarat S-O-S (Save Our Soul).
Isyarat ini sangat penting ketika berlaku kecemasan, dan isyarat S-O-S ini paling di ketahui ramai kerana ia menggunakan bahasa kod Morse.
Jika anda menggunakan lampu suluh, isyaratnya adalah 3 kali suluhan pendek, kemudian3 kali suluhan panjang, kemudian 3 kalisuluhan pendek.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...