Melihat banyak kuakan-kuakan besar di sepanjang sungai tersebut, hujung minggu tiada kuliah, saya menuju ke spot berkenaan.

Berbekalkan umpan udang paya dan anak ikan seluang, saya menjengah spot berkenaan. Lima belas minit kemudian, kelihatan lenturan joran saya terhasil.

 

Mengingatkan pesanan arwah ayah saya, biarkan joran melentur lebih lama agar ikan belida berkenaan betul-betul menelan umpan tersebut. Setelah menunggu lenturan ketiga, saya menyentap joran berkenaan. Ternyata teknik yang saya gunakan amat berkesan.

 

Pertarungan bermula dengan ikan belida membenam ke dasar sambil ia bergelut menerjah ke permukaan air untuk melepaskan diri. Waktu itu, debaran kian terasa apabila ikan berkenaan menggelupur di atas permukaan air.

 

Mujurlah drag mesin telah dibuka sedikit agar memudahkan tali joran mengikut gerakan ikan tersebut. Hampir sepuluh minit melayannya, akhirnya ikan berkenaan berjaya didaratkan.

Walaupun tidak terlalu besar,sudah cukup memuaskan hati saya kerana buruan pertama membuahkan hasil.

 

Memancing belida sini memberikan kepuasan yang tinggi kepada saya. Jumlah tangkapan yang terhasil amat memuaskan setiap kali misi pemburuan dilakukan.

Dalam tempoh dua jam sahaja, saya berjaya menumpaskan empat ekor belida. Walaupun spesies berkenaan hanyalah anggaran satu kilogram ke atas, tapi pertarungan yang diberikan begitu sengit.

 

Peristiwa yang paling sukar dilupakan apabila saya terlepas spesimen yang paling besar yang pernah saya lihat. Anggaran berat ikan belida tersebut ialah melebihi 6 kilogram.

Pertarungan selama 30 minit berjaya meletihkan ikan tersebut. Oleh kerana tebing sungai berkenaan terlalu tinggi,saya terpaksa meminta tolong seorang remaja berdekatan untuk membantu saya mengangkat ikan tersebut.

Dengan menggunakan tangguk,saya mengarahkan remaja berkenaan untuk memasukkan ikan tersebut di dalam tangguk tersebut.

 

Akibat mengambil masa terlalu lama, ikan tersebut kembali pulih. Dengan membuat satu libasan kuat, tali perambut saya putus Terasa ingin terjun sahaja pada ketika itu. Melihatkan tebing yang tinggi dan tanah yang berlumpur,saya mematikan hajat tersebut.

 

Walaupun hal tersebut sukar dilupakan, saya berpuas hati kerana dalam tempoh dua bulan, saya berjaya mendaratkan 26 ekor ikan belida di sepanjang sungai berkenaan sehinggakan digelar ‘Raja Belida’ oleh sahabat-sahabat kaki pancing saya.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI