Sejenis ikan yang agak unik kerana gemar berlindung di bawah timbunan tunggul kayu, reba pokok, sampah serta objek yang terapung dan hanyut.
Antara objek yang paling digemari ialah reba nipah kerana reba ini terapung lama dan dahan-dahan yang terendam memberi ruang untuk berlindung dari musuh. Ia juga dikesan mendiami kawasan tiang konkrit atau rumah api.
Apa yang menarik sekali, bilangan dan saiz ikan tersebut selalunya bergantung mengikut berapa besar saiz apungan yang telah hanyut.
Kebiasaannya semakin besar apungan yang ditemui bermakna semakin besar dan banyak ikan pecah periuk yang menghuni apungan tersebut.
Ikan yang mampu membesar sepanjang 90 cm atau sehingga seberat 18 kg ini mempunyai bentuk rupa seakan-akan ikan tilapia hitam dan amat banyak ditemui terutamanya di perairan kawasan ini.
Kebiasaannya ramai pemancing di sebelah pantai barat terutama sekitar Sungai Besar, Hutan Melintang, Perak membuat `operasi sampah hanyut’ sewaktu air mati. Kumpulan pemancing ini berlegar mencari pangkal nipah atau objek hanyut.
Apabila berjumpa, bot akan mendekati sampah kemudian hanyut bersama dan pada masa yang sama pemancing mula menghulurkan hirisan ikan.
Memancing ikan ini amat mudah sekali. Dengan menggunakan umpan hirisan sotong atau isi ikan, ikan ini akan mudah terperdaya.
Padanan set pancing berkelas ringan seperti rod 10-18Lb dan kekili siri 2000 atau 3000 sesuai digunakan untuk memberi kepuasan maksimum.
Semakin jauh kami bergerak, semakin banyak apungan yang besar ditemui. Semakin banyak ikan pecah periuk berjaya diperoleh.
Kadang kala terdapat juga apungan yang kosong. Berkemungkinan apungan yang kosong ini telah ditemui oleh orang lain terlebih dahulu.
Jika anda atau sesiapa saja yang pernah pergi mencandat sotong pasti pernah mendengar istilah kandang sotong yang disebut tekong.
Kadang-kadang, anda pun tak kisah pun sebenarnya yang disebut oleh tekong, tahu-tahu bila bot berlabuh, terus sahaja hulur mata candat ke bawah dengan harapan berjaya mendapatkan sotong.
Kandang sotong bukanlah tempat nelayan memelihara sotong tetapi ia satu istilah yang digunakan oleh pencandat tempatan bagi menerangkan lokasi sotong berkumpul dan bertelur.
Jika sesiapa berjaya menjumpai kandang sotong, maka peluang untuk mendapatkan sotong dalam jumlah yang banyak sangat cerah.
Pada musim sotong antara April hingga Oktober, sotong torak, sotong jarum, dan sotong ketupat akan menghampiri perairan pantai timur untuk mengawan dan bertelur.
Selalunya sotong akan memilih kawasan pasir kerana kawasan ini lebih cetek dan cahaya matahari boleh sampai ke dasar laut.
Cahaya matahari yang cukup dapat membantu telur sotong untuk menetas.
Selepas mengawan dan bertelur sotong mempunyai tabiat makan yang agresif. Sotong yang sudah bertelur kerap menggigit antara satu sama lain.
Terdapat tiga cara yang biasa digunakan oleh nelayan tempatan bagi mencari kandang sotong.
Meninjau dengan cara mencandat:
Jika terdapat beberapa ekor sotong berjaya di candat, maka bot akan dilabuhkan.
Mencari telur sotong:
Cara ini menggunakan candat bersaiz besar untuk mengait telur di dasar laut. Proses dijalankan beberapa kali.
Jika terdapat telur yang tersangkut, maka nelayan akan melakukan proses pertama sebelum bot dilabuhkan. Ada juga telur sotong yang dikesan tersangkut pada sauh bot.
Mencari kumpulan pencandat:
Cara ini lebih mudah iaitu bot akan bergerak dan menghampiri kumpulan pencandat yang sedang berkumpul.
Jika waktu malam kumpulan candat mudah dikesan dengan kehadiran lampu-lampu kalimantang dan sportlight.
Setiap tahun, kawasan kandang sotong akan berubah-ubah mengikut pembentukan serta kehadiran pasir di dasar laut.
Walau bagaimanapun, kedudukan kandang tidaklah beralih terlalu jauh. Bagi nelayan yang mahir, mereka dapat mengagak lokasi kandang yang ingin dicari.
Ketika beristirehat, Drew memerhati dua ekor helang besar berlegar di ruang udara. Salah satu helang perlahan-lahan berputar ke bawah dan mendarat di puncak pohon kapas yang sudah mati, cakar runcingnya yang tajam menembus dengan mudah kayu yang lapuk.
McGill kagum dengan kemampuan helang yang luar biasa menangkap ikan di atas air dan pikirannya beralih ke kekuatan penetrasi cakar mematikan itu, dibandingkan dengan kekuatan penetrasi mata pancing yang beliau gunakan.
McGill tertarik dengan ilham barunya dan merasa terdorong untuk menguji mata kailnya sendiri dengan menyeretnya ke atas tali beg kulit. Goresan mata kait meninggalkan tanda pada tali beg kulitnya tetapi tidak menembusnya. McGill kemudian menggunakan playar untuk membentuk mata kail agar menyerupai bentuk khusus cakar helang dan menguji pada tali kulit.
Kali ini kait itu menusuk kulit tebal. McGill terus mengubah suai mata kailnya hari itu dan dengan penuh harapan untuk memancing keesokan harinya. Hasilnya McGill berjaya mendaratkan banyak ikan!
McGill tidak tertangguh mereka cipta mata kailnya yang baru dan lebih baik dengan menggabungkan hujung yang tajam dan design melengkung yang terinspirasi oleh cakar helang. Ketika Wright dan McGill duduk untuk memberi nama produk baru mereka, apa lagi nama yang lebih baik selain Eagle Claw?
Mata kail itu pantas menguasai pasaran berikutan inovasi hebatnya dalam industri memancing selepas ratusan tahun. Itulah kisah luar biasa burung yang membangunkan industri memancing.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...