Perisa atau pes Original sebenarnya sudah boleh digunakan terus bersama roti, paeet atau dedak untuk dijadikan umpan. Untuk tarikan yang lebih, ia boleh dicampurkan dan dimasak. Malah umpan yang dimasak boleh meningkatkan lebih aroma dan tahan lebih lama.
Bahan-bahan keperluan:
Perisa pandan kelapa Original
Perisa kelapa Original
Perisa pisang Original
Minuman berkarbonat aiskrim soda
Cara Penyediaan sos:
Ads
Masukkan setengah botol (anggaran 150 ml) perisa pandan kelapa Original ke dalam periuk.
Campurkan pula kira-kira 50 ml minuman berkarbonat aiskrim soda.
Ads
Masukkan tiga penutup botol perisa kelapa Original dan tambahkan dua penutup botol perisa pisang Original.
Kacau kesemua bahan di atas api sederhana sehingga mendidih. Setelah sejuk, masukkan ke dalam bekas atau botol simpanan.
Ads
Cara penggunaan sos:
Sos ini boleh digunakan bersama roti sandwich, roti kentang, roti bun, pelet atau juga dedak.
Cara penggunaan sama sahaja dengan cara penggunaan jika menggunakan sos atau perisa lainnya.
Lazimnya sos atau umpan ini digunakan untuk memikat spesies patin namun ikan rohu dan tongsan turut sama menggemari aromanya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
SOALAN: Saya baru berjinak dengan hobi ini dan terus terang saya banyak perkara yang belum saya ketahui mengenai istilah rapala dan gewang. Apakah ia dan bagaimanakah rupa bentuknya?
JAWAPAN: Istilah bagi alatan yang digunakan di dalam sukan memancing amatlah banyak sekali, saya akan cuba kupaskan secara senang (basic) supaya korang dapat memahaminya.
RAPALA – Ia adalah jenama bagi pembuat gewang yang berasal dari Finland dan amat tersohor di seluruh dunia termasuk banyak digunakan oleh ramai pemancing di Malaysia sebagai nama sandaran kepada gewang yang kita panggil plug.
GEWANG – adalah umpan tiruan yang diperbuat dari kayu, besi,logam, plastik, bulu binatang atau bulu unggas, benang, kain, getah dan lain lain yang bertujuan untuk mensimulasi dan mengalakkan ikan menyambar untuk makan atau pun untuk mempertahankan diri. Di bawah badan, di bahagian ekor atau yang tersembunyi terdapat mata kail untuk menacapkan ke badan ikan. Ianya dicipta untuk menjadikan ikan tidak mampu menahan godaan atau sekurang-kurangnya secara mental. Ikan menyambar gewang dengan sebab ia lapar, marah, cemburu, menjaga anak-anaknya atau menjaga wilayahnya. Oleh itu kebanyakan gewang yang dicipta mengambil bentuk ikan atau silauan ikan atau pergerakan sebagai nilai utama penciptaannya. Terdapat berbagai jenis gewang di pasaran yang di pecahkan kepada beberapa kategori iaitu:-
SPINNER BAIT – Mempunyai satu atau dua blade atau kipas yang berputar sekeliling wire shaft. Setengah spinner mempunyai ekor yang diperbuat dari bulu binatang atau plastik lembut (soft plastic).
PLUG – Plug mempunyai badan yang diperbuat dari kayu atau plastik dan dicipta untuk digunakan dipermukaan air atau dibawah permukaan air. Topwater atau plug timbul dicipta untuk timbul dipermukaan air sementara plug menyelam dicipta untuk menyelam kekedalaman yang dikehendaki dengan adanya bibir atau lips yang diperbuat dari plastik atau logam.
SPOON – Spoon adalah gewang yang diperbuat dari logam dan menyerupai anak ikan atau ikan yang bergerak.
JIGGiNG lURE – Jig mempunyai pemberat pada badannya atau menpunyai kepala logam yang berat dengan ekor yang diperbuat dari bulu binatang atau bulu ayam, soft plastic, getah atau benang.
FLY – Fly adalah gewang kecil yang ringgan dan diperbuat dari bulu binatang atau ayam, benang dan cork atau cebisan kayu dan plastik yang menyerupai umpan hidup seperti serangga, ikan, udang dan ketam.
SOFT PlASTIC – Gewang soft plastic diperbuat dari sejenis plastik yang lembut dan menyerupai umpan semula jadi seperti cacing, ulat, ikan, udang, lintah, dan lain lain. Pengunaan umpan dari jenis ini boleh digunakan begitu sahaja atau dengan penggunaan mata kail jari jenis jig head. Umpan dari jenis ini juga ada mempunyai bau-bauan yang disemadikan bersamanya.
Pada pendapat admin, Antara air pasang dan surut yang manakah lebih sesuai untuk pergi memancing? Satu lagi apa beza memancing ketika air mati dan air besar?
JAWAPAN:
Pada asasnya, aktiviti memancing boleh dilakukan sama ada ketika air pasang dan surut. Apa yang paling utama ialah kesesuaian lokasi memancing.
Sebagai contoh, ketika air pasang ia mendorong ikan-ikan untuk bergerak mengikut peredaran arus. Pada waktu ini biasa pancingan lebih tertumpu ke arah darat dan bagus untuk menebing. Ketika air surut pula aktiviti menebing agar sukar dan aktiviti memancing tertumpu ke tengah laut.
Berbeza pula dengan aktiviti memancing ketika air besar dan air mati. Apa yang membezakannya adalah gerakan arus. Ketika air mati, arus hampir tiada langsung. Kerana itulah ia dinamakan air mati kerana langsung tidak bergerak. Sementara air besar pula menandakan pergerakan arus yang paling maksimum.
Pergerakan arus ini akan mempengaruhi keaktifan ikan. Ketika air mati, ikan hampir tidak aktif atau pasif. Kebanyakan ikan lebih banyak berdiam di habitat masing-masing. Untuk memancingnya, umpan perlu diletakkan tepat di depan pintu rumahnya. Itu pun belum tentu ia akan membuka mulut.
Ketika air pasang besar pula, keaktifan ikan berubah secara drastik berbanding ketika air mati. Kebanyakan ikan terutamanya ikan pelagik begitu aktif dan galak memburu makanan.
Namun disebabkan pergerakan arus maksimum, ia menimbulkan masalah untuk menetapkan umpan ke lubuknya terutamanya pancingan dasar di muara mahupun lebih jauh ke tengah.
Sebaliknya bagi pancingan sukan seperti jigging dan popping, ketika inilah masanya untuk memburu ikan-ikan pelagik bersaiz besar.
Ada sesetengah kaki pancing rasa beban memikul kamera DSLR, mungkin kerana merasakan peralatan memancing sudah cukup banyak. Iyalah, bawa kamera DSLR sudah semestinya memerlukan satu beg khas kamera. Jika trip menaiki bot lagi satu hal untuk menjaganya. Bagi penulis sendiri memang pening kepala memikirkannya.
Bimbang macam mana kalau-kalau berlaku set kamera terjatuh ke dalam air? Akan tetapi perasaan ingin mengambil gambar yang terbaik memang tetap membara. Dengan kecanggihan teknologi telefon ketika ini, ramai yang mula menggunakan kamera telefon untuk terus berkarya dan memuat naik terus ke Instagram.
Menggunakan kamera DSLR dan telefon pastinya banyak beza. Tahap kepuasan pula bukanlah diukur melalui peralatan akan tetapi hasil yang dirakam semestinya menjadikan gambar tersebut lebih berharga.
Untuk tip kali ini, bagaimana menghasilkan gambar yang hampir sama dengan penggunaan DSLR tetapi menggunakan kamera telefon.
Sememangnya ia ada perbezaan kerana kamera telefon lebih auto daripada manual seperti setting shutterspeed dan aperture.
Guna elemen fokus
Ketika anda ingin mengambil gambar, klik pada ikon kamera. Kemudian akan tertera kotak [ ] seperti ini. Anda hendaklah fokus dengan tepat gambar yang ingin diambil. Elakkan penggunaan zoom melebihi empat kali kerana gambar boleh jadi blur walaupun beresolusi tinggi.
Sebelum tekan butang kamera di tengah, pastikan anda semak dahulu sudut pencahayaan gambar tersebut. Anda juga boleh selaraskan setting mengikut kesesuaian mode dengan menggunakan butang setting. Terdapat pelbagai pilihan shooting mode contohnya seperti single shot, panorama, smile shot dan sebagainya.
Penggunaan Effect
Ada juga kamera telefon disertakan sekali setting effect. Ia bertujuan untuk menukarkan warna gambar menjadi warna sephia, black and white atau negative secara terus tanpa perlu membuat editing menggunakan sebarang software di komputer.
Penggunaan Scene Mode
Sekiranya anda lebih mahukan teknik lebih pantas, penggunaan scene mode akan menolong anda mengambil gambar mengikut kesesuaian suasana sama seperti menggunakan auto scene mode pada kamera DSLR. Antara scene mode yang sedia ada ialah landscape, sport, party / indoor, beach, sunset, autumn color, candlelight, firework, backlight, night dan sebagainya.
Sekiranya pergerakan ikan terlalu pantas dan anda ingin merakam gambar ikan tersebut setelah berjaya ditangkap, anda boleh menggunakan scene mode sport kerana ia akan ‘matikan’ pergerakan ikan tersebut dan gambar jadi tidak blur.
Elak guna kamera depan
Setiap kamera mempunyai ‘kamera kedua’ di bahagian hadapan permukaan telefon. Kebiasaannya, kamera tersebut digunakan untuk tujuan selfie. Untuk mengambil gambar ketika memancing, elakkan menggunakannya kerana ia akan menyebabkan gambar jadi blur kerana kamera ini mempunyai resolusi rendah dan kualiti gambar yang dihasilkan lebih rendah.
Jangan Zoom sebelum mengambil gambar Ini adalah kerana gambar akan menjadi lebih noise dan blur. Anda boleh pergi menghampiri objek atau anda tangkap dahulu gambar tersebut, kemudian zoom dan crop seperti yang anda mahukan.
Gunakan ia seperti kamera DSLR
Anda boleh jadi lebih kreatif mengambil gambar menggunakan pelbagai teknik seperti kamera DSLR. Teknik depth of field, composition, rule of third, bokeh, sillhouette dan sebagainya dan cuba bandingkan gambar menggunakan kamera DSLR dan kamera telefon, pasti berbeza.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...