Banyak menu yang boleh dibuat kalau pancing dapat ikan cermin. Dalam banyak-banyak menu, admin paling suka dibuat masak kicap. Tak tau pasal apa tapi memang mencakop kalau ikan cermin ni dibuat masak kicap pedas-pedas sikit.
Bahan-Bahan Keperluan:
1 ekor ikan saiz sederhana (lumur garam kunyit dan digoreng seketika)
1 sudu besar cili giling
4 ulas bawang merah (dikisar / ditumbuk halus)
3 ulas bawang putih (dikisar / ditumbuk halus)
1 biji bawang besar (dihiris)
Ads
1 inci halia
1 batang kulit kayu manis
Kicap
Cuka
Gula
Serbuk perasa secukup rasa
Ads
Cara-Cara Penyediaan:
Potong ikan kepada dua tiga bahagian. Lumurkan garam kunyit dan digoreng seketika.
Ads
Tumis bahan kisar, bawang besar dan cili serta kulit kayu manis sehingga garing dan masak cilinya.
Masukkan kicap, cuka dan air (sukatannya terpulang kepada anda). Masak lagi hingga mendidih.
Masukkan gula dan serbuk perasa kemudian masukkan ikan.
Masak sehingga mendidih, kemudian bolehlah diangkat dan dijamu beramai-ramai.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ikan baung memiliki sedikit bentuk fizik sedikit menyerupai keli, cuma ikan ini memiliki kulit yang lebih halus dan bentuk badan yang ramping.
Satu lagi keunikan dari ikan baung, ternyata ikan ini sangat digemari masyarakat kerana tekstur dagingnya yang sangat lembut, rasanya sedap, dan harganya juga juga jauh lebih mahal dari keli. Selain itu kandungan gizi dan nutrisinya pada ikan baung juga amat banyak.
Meningkatkan Selera Makan
Beberapa orang memikirkan bagaimana caranya untuk menurunkan berat badan, namun ada juga orang lain yang memikirkan bagaimana caranya meningkatkan berat badan. Ketika seseorang ingin memiliki badan yang lebih berisi, dia harus membuat nafsu makannya meningkat, agar dia menjadi lebih banyak makan. Jadi, semakin banyak dia makan maka semakin banyak nutrisi yang diserap tubuh dan tubuh pun menjadi gemuk. Memakan ikan baung secara rutin boleh menggemukkan tetapi kekal sihat.
Meningkatkan Hormon
Manfaat ikan baung juga dapat terlihat dari bagaimana ia boleh mempengaruhi kadar hormon pada tubuh terutama hormon perempuan dan hormon lelaki.
Mencegah Barah Usus
Satu lagi yang perlu diketahui, sel barah boleh tumbuh di mana pun bahagian tubuh termasuk pada usus, jadi anda harus berhati-hati dalam menjaga saluran pencernaan agar terhindar dari penyakit barah usus. Anda boleh cuba dengan cara pengambilan ikan baung, di mana ikan ini memiliki serat daging yang halus, sehinga membuat usus terhindar dari terkena iritasi yang memungkinkan terjadinya mutasi sel.
Mencegah Penyakit Asma
Asma adalah penyakit seperti penyempitan saluran nafas. Ia sememangnya penyakit yang menyeksakan. Selain baung, anda juga memilih ikan jenis ikan yang boleh dimanfaatkan untuk penyembuhan pada penyakit asma.
Menjadikan Kulit Lebih Halus
Diet rendah lemak sering kali dapat mempengaruhi kondisi kesihatan pada kulit dan juga rambut, yang tampak kering. Asid lemak omega 3 yang ada pada ikan baung, inilah yang dapat membantu menjaga kulit dan rambut tetap tampak sihat dan halus. Penelitian menemukan adanya sebuah kemungkinan perbaikan kondisi kulit pada penderita psoriasis, caranya dengan pengambilan asid lemak pada ikan tersebut secara rutin.
Mengandungi Lemak HDL untuk Membanteras Lemak LDL
Tiap jenis protein pada ikan pastilah memiliki lemak, tinggal kadarnya saja apakah banyak atau sedikit, dalam dunia medik dikenal ada dua jenis lemak, iaitu LDL dan HDL. Ada fakta menurut ahli yang menunjukkan bahawa cara untuk memerangi atau mengurangi jumlah lemak jahat LDL adalah, dengan meningkatkan jumlah lemak baik HDL.
Pada ikan baung ini ternyata kandungan lemaknya adalah yang HDL, ia sangat bagus untuk tubuh walaupun kita makannya dengan portion yang banyak.
Terdapat pelbagai jenis mimpi termasuk mimpi memancing ikan. Mimpi memancing ikan pula memiliki banyak tafsiran yang berbeza-beza. Ini adalah kerana setiap spesies ikan membawa makna yang berbeza di dalam mimpi.
Mimpi memancing ikan dipercayai sebagai lambang rezeki atau keberhasilan. Tetapi ada juga beberapa jenis ikan dalam mimpi yang akan membawa keburukan.
Mimpi memancing ikan juga membawa makna jika anda memperoleh wang tetapi akan cepat habis. Selain itu, mimpi ini juga membawa makna kebahagiaan pada pasangan kekasih yang akan berkahwin.
Mimpi dapat ikan besar
Ukuran atau jumlah ikan yang dipancing dalam mimpi boleh menjadi erti atau petanda berapa banyak keuntungan atau berapa besar kerugian yang akan menimpa pada beberapa hari yang akan datang.
Jika ia ikan bersisik, sebagai contohnya mimpi memancing ikan kelah yang ditangkap dalam jumlah besar itu bererti anda akan memperoleh rezeki yang besar, sementara jika ikan tidak bersisik (macam ikan keli) yang ditangkap, maka keadaan sebaliknya yang bakal menimpa.
Mimpi memancing ikan haruan
Erti dari mimpi memancing ikan haruan mungkin mempunyai makna yang baik atau bahkan buruk bagi kehidupan anda. Hal ini bergantung kepada keadaan dan waktu yang berbeza. Sebagai jenis ikan pemangsa, ia membawa makna keburukan. Namun, disebabkan ia tergolong ikan bersisik maka ia turut membawa erti kebaikan.
Mimpi memancing ikan keli
Makna yang berlawanan dengan mimpi memancing ikan bersisik, justeru ia merupakan khabar buruk. Dalam tafsiran mimpi lainnya, ia juga memberi petanda bahawa dalam waktu terdekat anda akan jatuh sakit.
Mimpi memakan ikan
Jika anda bermimpi memakan ikan, ia bererti anda akan memperoleh rezeki halal yang diperoleh di luar bidang pekerjaan anda.
Mimpi melihat orang tangkap ikan
Ia membawa maksud anda akan memperoleh kembali keseimbangan jiwa sehingga membolehkan kehidupan aman dan damai. Tetapi, ia juga berkemungkinan sebagai isyarat bahawa anda bakal berhadapan dengan suatu masalah yang merisaukan fikiran.
Mimpi melihat ikan kelah
Ertinya, bagi anda yang masih bujang, akan menjadi kaya selepas berkahwin. Sekiranya anda sedang melakukan sesuatu bisnes, maka mimpi ini menjadi satu petanda yang baik pada anda.
Mimpi memakan ikan kelah
Ia membawa erti anda akan memperoleh wang yang banyak, halal dan pekerjaan mahupun sesuatu yang membawa kebaikan.
Semasa kunjungan saya dan seorang rakan ke sini, kami mencuba dengan kaedah boating menggunakan enjin 5 kuasa kuda bermula dari jambatan kayu di Sungai Galah menghulu sehingga ke kawasan lombong pecah di Tronoh Mines.
Paras air ketika itu adalah normal dan keadaan air tidaklah begitu keruh seperti kelazimannya. Pada masa inilah yang dikatakan amat sesuai untuk mencuba nasib di Sungai Kinta. Awalnya kami mengambil pendekatan untuk membuat balingan ke arah tebing sungai yang bereba namun tiada sambutan.
Kemudian kami mengambil keputusan untuk mencuba pula di kawasan berjeram kecil yang kami temui di sepanjang laluan. Bot kami tambat betul-betul di kawasan ekor lubuk dan membuat balingan ke arah kawasan air tenang selepas arus ekor lubuk. Tidak sampai beberapa balingan sahaja kami telah menerima banyak strike.
Gewang selaman cetek bersaiz 5-7cm kami gunakan dan hasilnya beberapa ekor sebarau remaja berjaya didaratkan. Begitulah seterusnya yang kami praktik dengan mencari jeram kecil bereba. Kawasan air tenang selepas arus adalah spot yang sering mendapat sambaran.
Pada sebelah petang pula, semasa menghilir pulang kami membuat mencuba ke arah tebing berpasir yang landai kerana sering ternampak kelibat anak ikan seakan-akan dihambat pemangsa. Andaian kami tepat kerana sebaraulah pemangsa yang meligan anak ikan di sekitar tebing pada sebelah petang.
Kunjungan seterusnya kami mencuba dari tebing pula. Spot terbaik adalah di sekitar tiang jambatan Sungai Galah dan kawasan tebing berdekatan. Menurut sumber dari rakan-rakan, waktu yang paling sesuai adalah semasa banyak sampah yang terperangkap di sekitar tiang jambatan tersebut kerana pada ketika itu banyak pemangsa yang gemar mengendap di sekitar timbunan sampah hanyut tersebut terutamanya pada awal pagi dan lewat petang.
Tidak kira di mana sahaja lokasi kita memancing, keseronokan utamanya adalah dapat bersama rakan-rakan yang berkongsi minat yang sama. Sekiranya memperoleh strike itu adalah bonus yang sememangnya diidam-idamkan sebagai seorang pemancing dan pengilat khususnya.
Jadi, sama-samalah kita mendisiplinkan diri dengan mematuhi etika pemancing demi menjamin alam sekitar dan perairan awam terpelihara. Dalam masa yang sama, hak pemancing lain perlulah kita hormati dan kita seharusnya ada inisiatif dalam membangunkan sukan memancing serta meningkatkan ilmu sambil menyebarkan pengetahuan yang ada dalam diri kita agar dapat dikongsi bersama.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...