Sebagai langkah berjimat cermat sempena lockdown ini, kami buat satu tutorial bagaimana nak lekatkan bulu-bulu berkilat yang menjadi tarikan ikan untuk membaham jig yang digunakan. Semoga berjaya dan peroleh strike.
Step 1
Kepit mata kail (apa saja mata kail yang korang nak guna) pada fly tying vise. Kalau tak ada vise ni, guna jari pun boleh je.
Step 2
Ads
Lilitkan mata kail dengan tali sulam (6lb-10lb) sebagai tapak untuk memegang kevlar. Lilit dalam anggaran 2cm atau sepanjang mana kevlar yang akan ditempel ke atasnya.
Step 3
Ads
Masukkan kevlar melalui lubang cincin mata dan tempelkan ia mata kail yang telah dililit tali sulam. Mulakan lilitan dari arah lubang cincin ke arah hujung mata kail.
Kemudian letakkan flash atau bulu kilat ke atas kevlar dan lakukan lilitan sehingga ke lubang cincin dan teruskan satu lapisan lilitan lagi.
Ads
Step 4
Setelah itu potong lebihan bulu kilat. Panjang bulu kilat memadai satu kali ganda panjang mata kail.
Step 5
Sapukan gam pada lilitan yang dihasilkan tadi. Pastikan gam yang digunakan adalah gam yang berkualiti. Biarkan gam kering seketika, kemudian sapu gam satu lapis lagi. Siap!
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Boleh tak admin buatkan keterangan atau panduan untuk teknik jigging bagi pemancing yang baru nak mencuba nasib. Saya dah kena racun kaw-kaw oleh member yang ramai main jigging. Tolong ya admin.
JAWAPAN:
Persiapan dan tip untuk teknik jigging sebenarnya banyak bergantung kepada beberapa keadaan seperti jenis teknik yang akan digunakan, spesies target dan keadaan lapangan pancing (struktur dan kedalaman air).
Secara umumnya, bergantung kepada lokasi dan spesies target, anda boleh mengagak teknik yang akan digunakan seperti slow atau high pitch jigging seterusnya menentukan berat dan jenis jig yang perlu disediakan dan kekuatan set pancing yang akan diguna pakai.
Selain itu, sediakan pakaian yang sesuai dan bersedia untuk hadapi cuaca panas terik dan peralatan pancing seperti lip grip, assist hook dan sebagainya. Persediaan dari segi mental juga amat penting seperti dapatkan tidur yang cukup, makanan seimbang sebelum turun ke laut bagi mengelakkan mabuk dan yang paling penting tanya terlebih dahulu tip daripada tekong yang anda akan gunakan servisnya kerana tekong lebih memahami keadaan lubuk mereka.
Seperkara lain yang perlu anda tahu, dalam amalan jigging ini mendapat ikan itu satu bonus. Dalam erti kata lain anda juga perlu bersedia untuk kumpau. Jangan pula nanti bila sekali kumpau anda terus kecewa dan serik.
UMPAN: Ceritakan sedikit penglibatan anda dalam industri memancing?
CHE WAN: Memancing dari kecil di sawah dan paya. Awal tahun 2002 saya menjadi moderator sebuah forum web iaitu Malaysia Fishing Net (MFN) bahagian laut dalam.
Dari situ bermulanya perjalanan saya sebagai fishing guide. Saya kendalikan trip tenggiri di Karang Ngah bersama tekong Idris. Trip layaran Kuala Rompin dan Merchong, trip merah dan tenggiri di Kuching serta trip laut dalam Lucornia shoul.
UMPAN: Kenapa anda memilih kerjaya ini?
CHE WAN: Guide bukanlah satu kerjaya… saya hanya sekadar berikan keseronokan memancing kepada kawan-kawan.
Juga satukan pemancing-pemancing dalam satu aktiviti yang masing-masing minati. Setelah berhenti kerja, saya mula menjadi tekong untuk pancingan siakap di Kong-Kong, Johor.
UMPAN: Pada pandangan anda, apa kriteria perlu ada untuk jadi tekong / guide?
CHE WAN: Seorang guide mesti ada pengalaman yang luas berkenaan kaedah, pengendalian pancing dan faham pasal spesies target. Juga boleh menjadi tempat rujukan pasal memancing.
UMPAN: Apa rintangan yang dihadapi dan harapan anda dalam meneruskan kerjaya ini?
CHE WAN: Sata tak nampak sebarang rintangan sepanjang menjadi guide dan tekong.
Cuma satu saya nak tambah… saya nak nasihatkan kepada kawan-kawan yang nak buat trip di Sabah.
Tolong berurusan terus dengan tuan punya bot, jangan berurusan dengan pihak ketiga. Rate bot kat Kota Kinabalu berbeza.
Ambil contoh kalau pemancing local dari Malaysia RM10k dan untuk foreigner RM20k… kalau booking pakai pihak ketiga, tuan punya bot akan kencing bila ada booking dari foreigner sekiranya trip jatuh pada tarikh yang sama.
Ini pengalaman yang saya sendiri pernah hadapi. Jadi berhati-hati bila berurusan kat sana.
UMPAN: Ceritakan pengalaman memancing (trip) yang manis / pahit?
CHE WAN: Trip memancing adalah umpama sesi perjumpaan bersama kawan-kawan jadi semua trip memancing itu manis walaupun kurang ikan.
Pengalaman pahit bila bot rosak di tengah laut masa trip Lucornia shoul.
UMPAN: Berikan sedikit tip untuk memperoleh hasil pada trip anda?
CHE WAN: Tip yang sangat penting bila ikut trip yang panjang kena cukup tidur. Kalau tak boleh tidor kerana excited makanlah ubat tidur sebelum mulakan trip supaya tak mabuk.
Ikutlah segala info dan tip yang diberikan oleh guide atau tekong, jangan memandai sendiri kerana mereka lebih tahu pasal trip tersebut.
Boleh tak admin jelaskan apa perbezaan swivel dan snap swivel? Kemudian apa pula fungsi dan kegunaan kedua-duanya?
JAWAPAN:
Pada asasnya swivel atau kili (atau apa lagi sebutan lain) adalah peralatan atau perkasasan terminal yang merupakan kelengkapan penting dalam disiplin memancing.
Ia merupakan alat yang diperbuat daripada logam yang mampu berputar bebas dengan tujuan mengelakkan tali pancing terutamanya tali sulam dari berpintal (twist) ketika memancing.
Sementara snap swivel pula adalah gabungan snap (pin atau apa saja sebutan lain) adalah gabungan antara antara snap dan swivel.
Penggunaan swivel dan ketika memancing sangat kritikal. Pemancing akan menggunakan swivel untuk mewujudkan titik antara tali utama dan alatan terminal bagi mengelakkan
pergerakan berpusing (twist) alatan tersebut seterusnya membuatkannya kusut dengan tali utama.
Selain itu, swivel juga berfungsi sebagai penyambung kepada beberapa bahagian seperti perambut dengan tali utama atau batu ladung.
Contohnya apabila kita menarik umpan atau gewang, rintangan daripada arus yang laju akan menyebabkan geseran sekaligus menyebabkan umpan atau gewang akan berputar.
Dalam kejadian ia akan menyebabkan tali pancing yang digunakan (tanpa penggunaan swivel) akan turut sama berputar.
Terutamanya jika menggunakan tali sulam tanpa perambut kejutan yang panjang.
Selain bertujuan untuk mengelakkan putaran atau pintalan, swivel turut berfungsi sebagai penyambung alatan memancing.
Contohnya tali utama dengan perambut atau perambutan dengan jig dan sebagainya lagi.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...