Boleh tak admin jelaskan apa perbezaan swivel dan snap swivel? Kemudian apa pula fungsi dan kegunaan kedua-duanya?
JAWAPAN:
Pada asasnya swivel atau kili (atau apa lagi sebutan lain) adalah peralatan atau perkasasan terminal yang merupakan kelengkapan penting dalam disiplin memancing.
Ia merupakan alat yang diperbuat daripada logam yang mampu berputar bebas dengan tujuan mengelakkan tali pancing terutamanya tali sulam dari berpintal (twist) ketika memancing.
Ads
Sementara snap swivel pula adalah gabungan snap (pin atau apa saja sebutan lain) adalah gabungan antara antara snap dan swivel.
SWIVEL
Penggunaan swivel dan ketika memancing sangat kritikal. Pemancing akan menggunakan swivel untuk mewujudkan titik antara tali utama dan alatan terminal bagi mengelakkan
pergerakan berpusing (twist) alatan tersebut seterusnya membuatkannya kusut dengan tali utama.
Ads
Selain itu, swivel juga berfungsi sebagai penyambung kepada beberapa bahagian seperti perambut dengan tali utama atau batu ladung.
Contohnya apabila kita menarik umpan atau gewang, rintangan daripada arus yang laju akan menyebabkan geseran sekaligus menyebabkan umpan atau gewang akan berputar.
Dalam kejadian ia akan menyebabkan tali pancing yang digunakan (tanpa penggunaan swivel) akan turut sama berputar.
Ads
Terutamanya jika menggunakan tali sulam tanpa perambut kejutan yang panjang.
SNAP SWIVEL
Selain bertujuan untuk mengelakkan putaran atau pintalan, swivel turut berfungsi sebagai penyambung alatan memancing.
Contohnya tali utama dengan perambut atau perambutan dengan jig dan sebagainya lagi.
Aku ada kemusykilan sikit ni admin. Aku memang minat casting jadi banyaklah gewang dah aku kumpul. Masalahnya, boleh ke gewang yang biasa aku casting sebarau toman peacock bass ni digunakan casting kat perairan air masin?
Betul ke semua gewang boleh digunakan untuk casting air tawar dan air masin ataupun terdapat gewang yang khas untuk perairan air masin sahaja?
JAWAPAN:
Boleh… sebenarnya semua gewang boleh digunakan untuk memancing di air masin dan tawar! Apa yang jadi tak boleh adalah sikap dan persepsi kita sendiri. Kita sendiri yang mewujudkan sempadannya dan mengkelasifikasikan gewang tersebut.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, semua gewang dicipta untuk menarik perhatian ikan bagi melihat,mendengar atau merasai pergerakan gewang tersebut. Oleh demikian ia boleh digunakan di mana-mana pun. Cuma, penggunaan gewang tersebut haruslah realistik dengan spefisikasi sesuatu gewang.
Contohnya, jika kita hendak casting ikan jenahak yang merupakan ikan demersal yang mencari makan di dasar, sudah pastinya kita janganlah menggunakan gewang permukaan atau selaman cetek. Gewang selaman dalam atau sinking crankbait yang biasa digunakan untuk target sebarau dan toman pun boleh digunakan.
Seperkara lain yang perlu diambil perhatian adalah mata kail yang digunakan pada gewang tersebut yang mungkin perlu ditukar sekiranya hendak digunakan di kawasan air masin. Mata kail yang ada pada gewang yang berwarna perak adalah untuk air masin dan tawar manakala warna coklat atau gelap adalah hanya untuk air tawar ini pun sebab karat sahaja.
Salam otai semua… saya nak tanya, kalau pakai baitcaster reel (BC), tali jenis apa yang paling sesuai… sama ada tali braided atau mono? Dan satu lagi anggaran saiz berapa pound yang sesuai?
JAWAPAN:
Saya tak boleh nak beri jawapan yang tepat sebab baitcasting reel atau BC ini macam spinning reel jugak. Apa saja jenis tali dan saiz boleh dimasukkan. Ia lebih tertumpu pada spesies ikan sasaran, faktor padang pancing, saiz rod dan reel itu sendiri. Senang cakap ia bergantung pada setting apa yang kita nak main.
Sebagai contoh jika korang nak layan ultralight, tentulah perlu setup dengan rod yang sepadan dan saiz tali kurang dari 6lb. Dua-dua jenis tali (benang & tangsi boleh digunakan). Cuma kalau korang tak biasa guna tangsi, lebih baik guna braided saja.
Sekiranya korang nak pancing spesies sasaran seperti sebarau dan peacock bass, korang boleh guna tali saiz maksimum 20lb. Kekuatan rod pun maksimum 20lb jugak. Sebaliknya jika hendak pancing spesies toman yang terkenal dengan kekuatan dan halangan padang pancing, pastikan kekuatan tali melebihi 20lb.
Kesimpulannya, untuk dapatkan kesesuaian dan keseronokan menggunakan baitcaster, korang mencuba sendiri untuk dapatkan setting terbaik. Kebanyakan pemancing belajar dari pengalaman sendiri dan setiap mereka ada setting tersendiri.
Saya ada satu masalah yang sering berlaku berulang kali. Saya ingin tahu apakah jenis ikatan tali yang paling sesuai supaya tidak putus. Dan kalau boleh admin berikan faktor yang menyebabkan ikatan sering gagal ketika bertarung dengan mangsa.
JAWAPAN:
Tali pancing adalah penghubung utama antara kita (pemancing) dengan subjek utama memancing iaitu ikan. Ia umpama talian hayat. Jika putus pertengahan jalan ketika bertarung kesudahannya pemancing akan kehilangan hasil dan rasa menyesal tanpa kesudahan.
Seorang pemancing perlu memahirkan diri untuk membuat ikatan yang kemas dan kuat supaya tidak akan menjadi satu penyebab mendatangkan kegagalan.
Perlu diketahui simpulan dan ikatan adalah titik paling lemah pada tali pancing. Ada berpendapat ikatan mengurangkan sehingga 50% kekuatan sebenar tali. Bayangkan ini hanya ikatan belum termasuk ikatan yang terluka, calar, genting dan sebagainya. Kekuatan tali turun mendadak dan terlalu mudah putus ketika bertarung.
Cara terbaik ialah anda perlu cuba pelbagai jenis ikatan dan uji sendiri kekuatan ikatan tersebut sebelum mengaplikasikannya ketika memancing. Di dalam portal Umpan ini kami menyediakan banyak jenis ikatan dan setiap ikatan memiliki kelebihan tersendiri.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...