
Ikatan FG atau FG knot merupakan ikatan sambungan dua jenis tali yang paling popular. Ikatan yang dihasilkan secara manual sudah sempurna tetapi jika dilakukan dengan menggunakan peranti bobbin knotter ini, ia bukan saja lebih kuat malah juga lebih kemas.
Step 1
Masukkan tali sulam melalui tiub pada bobbin tool.
Step 2
Lilitkan beberapa kali tali sulam pada spool bobbin tool.
Step 3
Selitkan hujung tali pada di tengah-tengah ruang getah yang telah diselaraskan dragnya.
Step 4
Putarkan spool bagi mengumpulkan tali dengan anggaran sepanjang 2 kaki.
Step 5
Ambil leader yang akan disambungkan dan satukan hujungnya dengan hujung tali sulam.
Step 6
Lilitkan keduanya pada jari dengan sekemas mungkin.
Step 7
Putarkan bobbin tool ke arah menurun supaya tali sulam melilit leader.
Step 8
Putar sehingga dapat panjang lilitan yang mencukupi.
Step 9
Renggang sedikit tali sulam pada hujung bobbin kemudian terbalikkan kedudukan tangan.
Step 10
Teruskan memutar dan melilit pada lilitan ke arah berlawanan sehingga mencapai panjang yang sama.
Step 11
Tarik keluar bobbin dan ia tidak lagi diperlukan.
Step 12
Buatkan satu simpulan hujung tali sulam pada leader dan tali sulam sebagaimana melakukan FG knot secara manual.
Step 13
Tarik dengan kemas ikatan yang dihasilkan untuk lilitan seterusnya.
Step 14
Teruskan lilitan pada leader dan tali sulam sehingga mencapai panjang yang mencukupi.
Step 15
Potong hujung leader yang tidak dikehendaki dan bakar sedikit hujungnya.
Step 16
Teruskan membuat simpulan pada tali sulam dan simpul matikan hujungnya.
Step 17
FG knot yang kuat dan kemas.
Bagaimana Nak Baiki Enjin Bot Bermasalah

Ia bukan sesuatu perkara yang pelik jika berhadapan dengan masalah enjin tersengguk-sengguk atau semput. Masalah enjin semput sering terjadi pada enjin sangkut yang telah berusia. Namun enjin baru juga tidak terkecuali kerana jika sistem penyalur minyak tidak berfungsi dengan sempurna atau ada kebocoran.

Sekiranya enjin tidak memberi prestasi yang cemerlang semasa di pulas, semestinya ada sesuatu yang tidak berfungsi dengan baik yang menggagalkan pembakaran yang sempurna kepada piston.
Kali ini kita akan membincangkan lebih spesifik kepada penyaluran bahan bakar sehingga kepada carburetor.

Enjin sangkut menggunakan sistem pump untuk menyedut petrol kepada carburetor seterusnya menghantar kepada piston. Sekiranya berlaku enjin semput dan terasa seperti sebu periksa bermula dari tangkiminyak hingga ke filter.

Perhatikan penutup tangki dan pastikan ia di buka supaya oksigen memasuki tangki untuk memberi ruang kepada pump untuk menyedut bahan bakar.
Bahagian kedua periksa penyambung (connector) getah dalam keadaan baik dan tidak bocor walau sekecil mana pun. Sekiranya penyambung tadi dalam keadaan baik teruskan memeriksa bahagian getah penyalur minyak.

Sila pastikan anda menggunakan hos getah yang memang diiktiraf untuk kegunaan minyak dan bukannya air atau selain dari kegunaannya.
Ini kerana zarah molekul yang ada pada bahan bakar adalah lain daripada air dalam kelasnya. Tekanan yang diterima juga berbeza dan ini perlu ditukar sekiranya bukan hos untuk minyak.

Bahagian ketiga yang perlu di periksa adalah pum yang boleh di picit. Sekiranya pump dalam keadaan keras setelah dipicit beberapa kali untuk memenuhkan minyak di bahagian filter maka pump tersebut dalam keadaan baik tetapi jika ia lembut dan terasa kosong maka ada kebocoran atau pam tersebut perlu ditukar.

Bahagian keempat periksa filter dan cuci bahagian dalam filter supaya apa jua benda asing dikeluarkan dan pasang semula dengan ketat. Periksa hos masuk dan hos keluar ke carburetor dalam keadaan ketat.
Akhir sekali servis carburetor dengan membuka semua skru laluan minyak dan bersihkan menggunakan berus serta dikeringkan menggunakan angin bertekanan tinggi supaya benda asing yang melekat pada salur minyak carburetor dapat dibuang.
Port Ngeteh Retro – Chalet PPK Merbok

Bermula sebagai tempat penternakan ikan dalam sangkar, kini ia mampu membangun dan menjadi sebuah chalet terapung yang gah di utara tanah air.
Chalet Terapung Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Merbok, Kedah yang dibina dengan peruntukan RM1.6 juta ini bolehlah dianggap sebagai sebuah tempat peranginan yang ideal buat kaki pancing, terutama buat mereka yang ingin membawa keluarga.
Mula beroperasi Januari 2010 yang mana hanya terdapat 3 buah chalet dan 1 dewan mesyuarat ketika itu, hari ini chalet ini semakin mengorak langkah apabila menaik taraf
kemudahan dan menambah bilangan chalet hingga menjadi 8 buah, termasuk 6 dormitori, 4 bilik penginapan tambahan dan 1 dewan untuk pengunjung.
Menurut Pengurus Chalet Terapung PPK yang lebih mesra dipanggil Encik Hamdan,
“Terhasilnya idea untuk membangunkan chalet terapung ini ialah apabila projek ternakan ikan mengalami kerugian hampir RM2.1 juta yang diakibatkan bencana tsunami sedikit masa dahulu.
Oleh itu, kerajaan negeri telah memberi peruntukan sebanyak RM300,000 dan dari situlah kami mula mendapat ilham untuk membangunkan sebuah kawasan penginapan ala terapung kerana ianya kelihatan unik dan masih belum banyak terdapat di Malaysia.”
“Malah lebih menarik lagi, chalet ini berlatar belakangkan panorama hutan simpan kekal paya bakau Sungai Merbok yang menjadi habitat 32 spesies pokok bakau, burung, unggas
dan pelbagai hidupan marin. Apatah lagi apabila Sungai Merbok ini dikatakan sebagai antara hutan paya bakau tercantik di dunia,” tambahnya lagi.
Menurut Encik Hamdan lagi, jalinan kerjasama antara Chalet Terapung PPK Merbok dengan Tourism Kedah, Pejabat Daerah Kuala Muda dan agensi-agensi pelancongan yang lain
sedikit sebanyak telah membantu menaikkan nama chalet terapung ini, bukan sahaja kepada pelancong tempatan, malahan luar negara.
Percutian kaki pancing
Selain dihiasi pemandangan paya bakau yang indah dan menghijau, chalet terapung PPK juga boleh menjadi percutian yang ideal buat kaki pancing.
Sungai Merbok selain terkenal dengan tinggalan sejarah turut didiami pelbagai spesies ikan yang pastinya mampu mengujakan percutian memancing anda.
Siakap, senangin, kerapu, semilang, duri, dan pelbagai lagi ikan sering menjadi habuan pemancing yang berkunjung ke sini.
Malah, hasil yang ada di sini juga kadangkala di luar jangkaan! Bila tiba musim ikan masuk, ada yang sampai tak muat tong ikan dibuatnya.
Yang menariknya di sini, anda boleh memancing di sekitar balkoni chalet anda sahaja.
Pastinya sungguh mengujakan bila dapat melontarkan joran sambil menghirup udara segar hutan paya bakau ini.
Malah, sesi pancingan anda tidak hanya terhad di chalet anda menginap sahaja. Anda masih boleh memilih untuk memancing di tiga pelantar yang disediakan yang mana
pelantar ini terletak di tengah-tengah laluan sungai dan sering menjadi tumpuan kaki pancing yang berkunjung ke sini.
Bagi yang bercadang untuk memancing sahaja tanpa menginap, jangan risau! Dengan bayaran hanya RM15 anda berpeluang memancing tanpa had masa di sini.
Malah, anda juga diberi peluang menggunakan kemudahan yang ada di sini seperti tandas, tempat memasak dan sebagainya.
Selain daripada memancing, terdapat banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan di sini termasuklah jungle trekking, bersiar-siar menaiki bot, tangkap ketam guna tangkul,
berkayak dan bermacam-macam lagi. Jadi, buat kaki pancing yang ingin membawa keluarga bercuti, Chalet Terapung PPK Merbok adalah antara destinasi terbaik buat anda.
Sebarang pertanyaan hubungi Facebook Chalet Terapung PPK Merbok, Kedah.
** share artikel ini jika anda pernah berkunjung ke sini
Sila Semak Perkara Ini Sebelum Boating

Tidak kira enjin sangkut berkuasa kecil atau besar tata cara panduan sebelum memulakan perjalanan bot perlu diambil kira. Ia berkait S.O.P (Standard Operating Procedure) dari aspek keselamatan dan juga aspek lain seperti penjimatan minyak, kelajuan kuasa kuda dan lain-lain lagi.
Perkara pertama yang perlu diperiksa adalah minyak untuk ke destinasi dan juga perjalanan pulang mencukupi dan perlu ada minyak tambahan sekiranya terjadi apa-apa di luar dugaan. Perlunya buat kira-kira jumlah liter minyak yang perlu dibawa mengikut kuasa kuda atau lokasi yang hendak ditujui.
Membawa lebihan minyak pula menjadikan bot melebihi muatan dan sekiranya kurang, risiko untuk kehabisan minyak boleh berlaku. Periksa apa jua berkaitan minyak seperti minyak hidraulik power steering dan juga bancuhan minyak pelincir bagi enjin 2 lejang.
Sentiasa periksa kipas propeller supaya bebas daripada halangan. Kadangkala propeller tersangkut tali yang boleh menjejaskan kuasa enjin. Apabila tali atau bendasing tidak dibuang ia akan menyebabkan kelajuan bot akan terjejas. Kadangkala tali kecil yang tersangkut tidak dapat dikesan semasa bot meluncur. Ia perlu di periksa dengan mengangkat enjin dan teliti di bahagian propeller.
Seterusnya, periksa pump penyejuk enjin dengan melihat pancutan air yang keluar dari bahagia dan blok enjin. Kegagalan sistem penyejuk enjin ini berfungsi dengan baik mampu menjadikan masalah enjin overheat dan boleh merosakkan bahagian piston.
Perlu diketahui, enjin telah direka dengan tahap kepanasan yang standard tetapi jika sistem penyejuk gagal berfungsi ia akan memberi kerosakan pada bahagian lain. Dua punca pam air tidak berfungsi dengan sama ada rubber impeller telah rosak atau pun salur air masuk atau keluar tersumbat dengan benda yang menyekat laluannya.
Periksa tapak pengikat enjin supaya kukuh. Ada kalanya kerosakan tapak pengikat enjin pada bahagian sampan tidak boleh dilihat dengan mata kasar namun ia masih boleh diperiksa dengan teliti seperti menggoyangkan enjin ke depan dan ke belakang.
Sentiasa perhatikan tiada kesan yang berlaku pada fiber atau kayu tapak enjin tersebut. Risiko enjin boleh tercabut dari sampan amat tinggi enjin mempunyai tekanan yang tinggi ketika meluncur dan impak perlanggaran dengan sebarang objek boleh mengundang bahaya.
Lain-lain keperluan yang wajib dibawa adalah lampu suluh, jika berhasrat balik lewat petang, lampu kecemasan, spanar palam pencucuh dan beberapa peralatan lain yang berkaitan serta jaket keselamatan adalah perkara wajib dibawa. Semuanya memainkan peranan apabila berlaku sesuatu di luar dugaan.