
SOALAN:
Betul ke ada yang kata kehalusan tali pancing yang memainkan peranan untuk dapatkan ikan? Dan ada jugak yang kata warna warna tali pun memainkan peranan. Contohnya kalau memancing di sungai elok pakai tali warna hijau dan warna biru kalau mancing di laut?
JAWAPAN:
Di dalam memancing setiap alatan memainkan peranan tersendiri. Bagi soalan pertama saudara, tali utama pada gelendong kekili saudara adalah untuk membolehkan saudara menarik ikan dengan senang dan kuat.
Ini disebabkan ia adalah penyambung antara perambut, kekili serta gelendong kekili oleh demikian ia haruslah kasar dan kuat, walau bagaimana pun tali pada perambut juga penting sekali untuk menawan ikan. Ia harus kuat serta halus dengan ciri seperti ia tahan calar, kurang nampak atau bersinar semasa dalam air.
Bagi soalan kedua iaitu warna pada tali, warna akan hilang di bawah air selaras dengan spektrum cahaya. Warna merah akan hilang, kemudian oren, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu. Sebagai hijau di tengah-tengah spektrum yang anda boleh mengharapkan garisan kehilangan warna di mana-mana antara 5 dan 10 meter di bawah air (ujian scuba).
Walau bagaimana pun sekiranya anda menggunakan tali sulam untuk casting maka saya syorkan anda menggunakan tali tangsi atau tali dari jenis fluorocarbon sebagai tali perambut sekurang-kurangnya 1 meter.
Korang Tanya Umpan Jawab – Apa Beza Leader Biasa Dengan Flourocarbon??

Pada hemat saya, perambut yang dimaksudkan di sini ialah perambut (shock leader) yang menghubungkan tali utama (lazimnya tali sulam atau braided) dan bukannya perambut yang disambungkan dengan mata kail.
Terlebih dahulu kita perlu tahu apa kegunaan atau fungsi perambut tersebut. Penggunaan perambut atau shock leader bertujuan untuk menyerap regangan terutama jika menggunakan tali utama daripada jenis tali sulam.
Tanpa perambut ia akan memberi tekanan kuat pada mata kail, kekili dan joran yang boleh mengakibatkan pincang fungsi. Mata kail akan lurus, joran akan patah atau kekili akan rosak.
Material perambut pula lazimnya terbahagi kepada dua iaitu monofilament nylon atau polymer (tangsi) dan flourocarbon.
Berikutan bahan yang berbeza tentu saja sifat dan fungsinya juga berbeza. Paling ketara perbezaannya ialah perambut tangsi ini lembut dan fluorocarbon pula keras.
Kesan di dalam air pula, perambut tangsi yang didatangkan dengan pelbagai warna termasuklah berwarna jernih bersifat tampak manakala fluorocarbon pula lebih bersifat halimunan.
Dari aspek aksi pula perambut tangsi lebih berbuai di dalam manakala flurocarbon lebih bersifat pegun.
Dan dari segi ketahanan pula, fluorocarbon ternyata lebih lasak menahan geseran dan tidak mudah kerinting atau hilang sifat regangan.
baca juga Ikan Tak Aktif Time Hujan Lebat?
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Korang Tanya Umpan Jawab – Apa hukum berniaga kolam pancing berbayar??

Apa yang dimaksudkan dengan gharar ialah transaksi yang tidak jelas hasilnya. Jual ikan dalam air, belum tentu berapa ekor dapat.
Kalau beli ikan di pasar borong RM20, jelas berapa ekor dapat. Tapi beli ikan yang ada dalam air, belum tentu dapat seekor. Itulah maksud gharar, suatu yang tak jelas hasilnya.
Namun begitu, dalam konteks perniagaan memancing, caj yang dikenakan itu bukanlah untuk ikan, tetapi untuk ruang dan memancing, dan pengguna tahu dan sedar hal ini.
Caj juga dikenakan berasaskan tempoh masa, bukannya berapa ekor ikan yang diperoleh. Oleh itu, larangan jualan ikan di air tidak termasuk dalam konteks perniagaan kolam memancing.
Sekali pun begitu, unsur gharar masih wujud juga dalam perniagaan ini, kerana bagi seorang kaki pancing, mereka bukan sahaja mahu membayar untuk memancing, tetapi jika boleh mereka tetap mahu ikan dan hasil pancing.
Dengan kata lain, jika tidak dapat ikan, mereka tetap rasa kecewa. Namun ini tidak bererti mereka menyesal membayar harga caj kolam memancing dan mereka tidak berkira sangat tentang hal ini.
Justeru, konteks gharar yang wujud dalam kes ini adalah gharar yang kecil. Dalam situasi lain, pengguna tidaklah berkira sangat jika dia dapat enam ekor, tapi kawannya dapat 10 ekor, walau pun cajnya sama, tapi jumlah ikan berbeza, pengguna umumnya tidak berkira.
Ini menunjukkan gharar yang wujud adalah kecil. Pada tahap ini, ia masih diharuskan kerana pengguna tidak merasa tertipu.
Untuk mengelakkan berlaku gharar yang besar, penyedia kolam perlulah sediakan jumlah ikan yang cukup.
Jika 20 orang memancing 5 jam, dan 20 orang itu tak dapat satu ekor pun ikan, mungkin ada yang tak kena dengan ikan-ikan dalam kolam itu, atau ikannya cuma ada 2-3 ekor sahaja.
Jika majoriti pengguna rasa tertipu, maka dianggap wujudkan gharar yang dilarang oleh Nabi SAW dalam hadis di atas.
baca juga punca ikan boleh lemas
Kesimpulannya, perniagaan kolam memancing adalah harus, kerana caj yang dikenakan bukanlah kerana ikan, tetapi kerana ruang dan kemudahan yang disediakan.
Namun penyedia perlulah sediakan ruang pancing yang munasabah pada anggapan pengunjung.
(Sumber: muamalat.my)
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Korang Tanya Umpan Jawab – Warna Jig Yang Sepadan Dengan Kedalaman Lubuk??

SOALAN: Boleh tak admin buat huraian sedikit tentang warna-warna jig dengan kedalaman yang sepadan dengan warna jig tersebut. Terima kasih admin!
JAWAPAN:
Jigging merupakan salah satu teknik yang cukup digemari oleh kaki pancing masa kini. Antara sebabnya ialah besi jig mudah untuk dibawa dan penggunaannya terbukti berkesan.
Jig direka dengan kepelbagaian bentuk, aksi dan mempunyai tarikan warna yang memukau. Jig tidak diberikan sentuhan warna hanya untuk merambang mata pemancing untuk memilihnya.
Dewasa ini, pemancing gemar menggunakan teknik jigging kerana besi jig mempunyai daya ketahanan yang unggul selagi tidak lebur disebabkan perambut dipotong atau tersangkut.
Tetapi, jika anda menggunakan besi jig, salah satu faktor kejayaan anda mungkin terletak pada pemilihan warna.
Perlu diingat warna pada badan jig berbeza di dalam air berdasarkan bagaimana penetrasi cahaya ke dalam air pada masa itu.
Faktor warna jig memainkan peranan penting ketika unjunan untuk menarik perhatian ikan.
Pemilihan warna jig sangat kritikal bergantung kepada kedalaman air.
Jadual ini mungkin membantu anda dan memberikan alternatif pilihan untuk memilih warna jig yang sesuai mengikut kedalaman kawasan pancingan anda.
Warna Kesan Optimum Untuk Kedalaman
MERAH (Red) – 0 – 30 kaki
JINGGA (Orange) – 0 – 45 kaki
KUNING (Yellow) – 0 – 60 kaki
HIJAU (Green) – 0 – 80 kaki
BIRU (Blue) – 0 – 100 kaki
UNGU (Purple) – 0 – 120 kaki
Perak (Silver) – 0 – 120 kaki dan ke atas
Bercahaya (Luminous) – Waktu Malam Atau Lebih 120 kaki
Warna jig di atas berdasarkan penetrasi cahaya pada kedalaman tertentu. Namun tidak salah untuk kaki pancing memilih warna-warna berbeza dari warna berkenaan.
Selalulah bertanyakan kepada yang arif dan juga tekong sebelum anda turun jigging.
baca juga tip jigging pulau jarak
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan