Sediakan bekas, masukkan minyak masak secukup rasa (bergantung kepada seberapa banyak umpan yang ingin dibuat).
Step 2
Masukkan pes perisa pandan sebanyak 6 penutup botol.
Step 3
Ads
Masukkan minyak serai sebanyak 6 penutup botol.
Step 4
Seterusnya masukkan esen tebu sebanyak 2 penutup dan esen pisang juga sebanyak 2 penutup botol.
Step 5
Ads
Bancuh campuran minyak, pes dan perisa ini hingga ia sebati.
Step 6
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga memperolehi adunan bersesuian dengan kemahuan anda.
Step 7
Adunan yang bagus ialah tidak terlalu keras dan tidak pula terlalu lembik. Sekadar membolehkan ia dikepal dengan baik pada mata kail dan tidak berderai ketika membuat lontaran.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikan rohu sememangnya ada peminatnya tersendiri. Namun untuk memancing ikan rohu tidaklah boleh guna sebarang umpan. Perlu ada umpan tersendiri untuk membolehkan rohu membuka mulut dan mengambil umpan yang digunakan. Di sini kami berikan salah satu teknik menyediakan umpan rohu.
Bahan-Bahan Keperluan:
Roti sandwich potong dadu
Sos kacang soya Green Bait
Minyak strawberi Green Bait
Palet 6363/920
Kelapa parut
Cara-Cara Penyediaan Umpan:
Tuangkan minyak stawberi ke atas palet yang telah dilembutkan dan digaul dengan kelapa parut.
2. Cucukkan roti dadu pada mata kail dan celupkan ke dalam sos kacang soya Green Bait.
3. Kepalkan palet pada mata kail yang dicucuk roti dadu.
Mata kail merupakan salah alatan memancing yang tergolong dalam perkakasan terminal. Apa itu perkakasan terminal?
Perkakasan terminal merupakan alatan pancing yang berada di bahagian paling hujung dan terkecil dalam kelengkapan set memancing.
Perkakasan terminal ini terdiri daripada mata kail, batu ladung, kili, umpan tiruan, pelampung dan sebagainya lagi yang lazimnya disambungkan dengan tali pancing.
Walaupun bukan alatan utama memancing, tetapi adalah mustahil untuk memperoleh hasil melalui memancing kalau tak ada mata kail.
Mencari dan membeli mata kail bukanlah hal yang susah tetapi pemilihan mata kail dengan konsep pancingan dan ikan sasaran itulah yang terpenting. Jadi, sebelum beli sebarang mata kail, korang perhatikan dulu panduan yang kami sediakan ini.
Fikir sebelum beli
Sebelum membeli sebarang jenis mata kail, ambil dulu sedikit masa untuk berfikir. Bentuk dan saiz mata kail perlu disesuaikan dengan saiz dan bentuk mulut ikan yang akan dipancing.
Selain itu perlu diambil kira juga tentang tekstur dan kepelbagaian saiz umpan yang akan digunakan.
Jangan terpengaruh dengan satu reka bentuk mata kail saja kerana pernah melihat mata kail jenis itu pernah mendaratkan ikan. Jangan takut untuk bereksperimen sendiri.
Malah dengan cara tersebut anda boleh menentukan sendiri reka bentuk mata kail yang sebagaimana lebih sesuai untuk sesatu spesies ikan.
Sifat mata kail
Sifat ketajaman mata kail adalah satu perkara yang tidak boleh bertolak ansur. Menggunakan mata kail yang tumpul, samalah seperti melakukan kerja yang sia-sia.
Jadi, periksalah dengan teliti ketajaman setiap mata kail yang dibeli. Dan periksalah sekali lagi sebelum menyambungkannya pada tali perambut ataupun gewang.
Ibarat kata pepatah, dalam setandan kelapa bukan semuanya busuk walaupun jarang bertemu sebiji yang rosak. Begitu jugalah dalam pembungkusan mata kail.
Memang jarang terjumpa mata kail yang rosak atau terdapat sedikit cela. Tapi kemungkinan tu tetap ada seperti lubang mata kail yang tertutup penuh atau separuh, berteras lembut, bengkuk pelik atau berpemukaan kesat.
Sekiranya tidak diperiksa dengan baik, ia boleh mengundang kekumpauan berlaku sebelum memancing.
Teknik asahan kimia atau chemically sharpened, merupakan salah satu proses pembuatan mata kail agar tahap ketajamannya berkualiti dan tahan lama.
Namun tidak bermakna mata kail tersebut berkualiti dan mahal harganya. Proses tersebut bukan lagi hanya mampu dilakukan oleh pengeluar mata kail berjenama sahaja.
Jadi jangan berfikiran mata kail asahan kimia ini berkualiti tinggi. Kekadang ia hanya hiasan pembungkusan sahaja.
Beli ikut keperluan
Sekarang ini terlalu banyak jenama mata kail dan reka bentuknya. Harganya juga berbeza-beza walaupun kualiti hampir sama.
Apa yang penting, pilihlah mata kail berdasarkan fungsi dan kegunaannya. Bukan kerana harga atau pembungkusannya yang cantik.
“Jawapan tetap sama di mana admin jumpa pertanyaan tersebut… lebih kepada riadah. Tiada hasil itu biasa.
Dapat hasil itu luar biasa. Enjoy dengan kawan-kawan. Asalkan umpan cecah kat air itu sudah membuat hati gembira.”
💡 YOSH
“Adakala aku memancing sebab nak rapatkan silaturahim. Adakala aku memancing sebab nak tenangkan fikiran dan berfikir cara terbaik selesaikan masalah.
Adakala aku memancing sebab nak latih semula bila jiwa terasa semakin lemah. Adakala untuk mendekatkan diri dengan Allah (penyerahan dan membuka mata dan hati).
Ikan adalah bonus. Tapi biasanya bila aku memancing semua yang adakala kat atas tu akan ada sepanjang aku memancing.
Bukan nak ikan sangat pun… tapi kalau ikan tu aku makan, walaupun kecil aku ambil bawa balik.”
💡 RC MATTS
“Mungkin sebab minat. Lain orang lain minatnya lain hobinya. But prinsipnya sama. Paling best bila bawa family, semua sama-sama minat memancing. Seronok betul.
Biarlah dapat ikan ke tak dapat ke, biarlah ikan sekecik ikan longkang ke… yang paling diutamakan keseronokan memancing bersama.
Kalau ada pemancing lain bersebelahan yang tak dikenali pun akan dapat berkenalan juga.”
💡 NOOR HIDAYAH AYA
“Cerita memancing ni macam ni… keseronokan dan kegembiraan tu terasa ketika kita dikejutkan dengan ketukan dan sambaran yang terjadi dapat menaikkan semangat.
Kemuncaknya ialah ketika belawan dengan sang misteri yang menarik tali keluar dari mesin dengan laju.
Keseronokan berganda akan terjadi apabila dapat menaikkan hasilnya. Maka keseronokan itulah yang menjadi penyebab utamanya.”
💡 MUHAMMAD AKMAL
“Yang pertama sebab hobi, yang kedua untuk mencari rezeki, yang ketiga untuk mencari keseronokan diri sendiri, yang keempat untuk menguji kesabaran diri, yang kelima untuk mencari ketenangan, release tension di tepi laut atau sungai bila berlakunya kumpau.”
💡 AZM ZMA MAN
“Hobi… lauk… jual. Belajar kawasan lubuk, umpan, menguji kekuatan jenis-jenis ikan. Belajar rod reel atau line apa yang terbaik… apa-apa sajalah daripada duduk tak buat apa dan bersembang tak tentu pasal.
Daripada membawang pasal orang memancing, lebih baik pergi memancing.”
💡 MOHD RIZWAN
“Ada yang memancing kerana hobi. Ada yang memancing niat nak tambah rezeki. Tetapi yang memancing di kolam berbayar niat nak tambah rezeki ini saya kurang faham… sebab risiko tinggi.
Bila tak dapat seperti niat di hati, mulalah memekak kata kolam tipu, kolam main ubat, macam-macam lagilah.”
NOORHAFIZAN ABD SAMAD
“Pucuk pangkalnya sebenar hobi… tapi dalam hobi tu banyak tujuan. Nak dapat ikan, nak ikan besar-besar, nak try rasa ikan besar tarik, nak rasa makan macam-macam jenis ikan dan macam-macam lagilah.”
💡 PUAKE NIANG RAPIK
“Banyak-banyak hobi dalam dunia ni… hobi memancing paling win. Gigil dia lain macam. Kalau kumpau berdarah hidung… terlepas ikan besar tak lena tidur jadinya.
Yang best dapat ikan besar dia punya senyum sampai telinga… tidur pun lena!”
💡 MOHAMMAD SOFIAN ABDUL RAHMAN
“Tujuannya mencari kepuasan. Dari main tepi pantai sampai berubah main gewang… sanggup meredah hujan bermandikan cahaya matahari demi menghilangkan ketagihan.
Ketagih memancing ni lebih parah dari ketagih dadah. Hahahaha!”
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...