Pelet merupakan makanan ikan yang terbaik untuk dijadikan umpan. Tanpa perlu dicampur apa-apa bahan sekalipun ia tetap akan dijamah oleh ikan. Namun mempercepatkan proses pelet ini dijamah oleh ikan, ia perlu campur dengan bahan-bahan perisa. Dan proses terbaik bagi menyatukan padu pelet dan perisa ini ia haruslah diperap atau diperam terlebih dulu.
Bahan-Bahan Keperluan
1 kg pelet 6363 / 920
Santan kelapa
kelapa parut
Perisa Strawberi Original
Yis segera
Cara-Cara Penyediaan Umpan:
Tutorial 1
Masukkan 1 kg pelet 6363 ke dalam bekas bertutup.
Tutorial 2
Curahkan pati santan atau santan kotak 200 mililiter kemudian goncang agar pati santan mengenai kesemua pelet.
Tutorial 3
Taburkan yis segera anggaran 2-3 cubit dan goncang lagi bekas acuan bertutup.
Tutorial 4
Curahkan pes perisa strawberi dalam anggaran 8-10 penutup dan goncang hingga sekata.
Tutorial 5
Taburkan kira-kira segenggam besar kelapa parut dan goncang sekali lagi. Perap adunan ini dalam bekas tertutup kira-kira 1 hingga 3 malam.
Cara Penggunaan Umpan:
Tutorial 1
Basahkan sedikit adunan umpan yang telah diperam apabila ingin menggunakannya.
Tutorial 2
Taburkan sedikit umpan gam jika perlu bagi mengelakkan biji pelet ini berderai apabila dikepal.
Tutorial 3
Gunakan spring dua mata kail dan cucuk mata kail dengan pelet. Satu mata kail lagi dicucuk dengan jajan atau keropok jagung.
Tutorial 4
Kepalkan pelet pada spring dengan menyelitkan mata kail dicucuk jajan di dalam kepalan. Manakala mata kail di cucuk pelet di luar kepalan.
Sekiranya tiada pertandingan memancing atau urusan lain pada hujung minggu, saya akan penuhkan cuti pada hujung minggu tersebut dengan mengadakan ujian umpan.
Sama ada berseorangan atau bersama kawan, saya akan pergi ke mana-mana kolam pancing, sungai, tasik atau lombong untuk menguji umpan yang saya adun sendiri atau mengubahsuai campuran umpan yang biasa digunakan.
Untuk kali ini saya cuba menguji campuran beberapa jenis umpan pemberian rakan pemancing seperti umpan Patin Jitra, perisa pandan kelapa Original dan beberapa bahan lain untuk digunakan bersama pelet atau dedak biji.
Setelah mencampurkan kesemua bahan dengan sukatan tertentu, bagi mengepal pelet yang sudah sebati dengan umpan pada mata kail, saya gunakan pam silikon yang diubai untuk kegunaan memancing yang lebih dikenali sebagai ‘dedak pam’.
Selain nak menguji tahap keberkesan umpan, saya juga nak uji kesesuaian pallet dengan penggunaan dedak pam.
Dan untuk menguji kesemuanya ini saya ke Rantau Eco Park yang terdapat kolam pancing dan lombong panjang yang digunakan untuk pertandingan memancing.
Fasa pertama yang diuji adalah tahap keliatan pelet yang telah dipam. Pelet tidak boleh terlalu liat dan tidak boleh juga terlalu berderai.
Oleh itu kandungan air yang digunakan perlu disukat dengan tepat. Setelah beberapa kepalan dan balingan barulah dapat sukatan yang tepat.
Barulah ada pelet yang terlekat pada mata kail disambar ikan. Bila ada ikan yang makan bermakna umpan yang diuji sudah lulus.
Mungkin disebabkan lokasi ujian umpan ini didominasi oleh tilapia dan beberapa jenis ikan lain yang terlebih dahulu mengambil umpan, maka ikan sasaran iaitu patin gagal diperoleh.
Walau pun gagal memperoleh patin, sesi ujian umpan yang saya namakan pelet pam ini bolehlah dianggap sebagai sukses.
Ia akan saya gunakan di lain lokasi untuk mencari sasaran sebenar iaitu patin. Apabila ia berjaya mendaratkan patin maka barulah umpan ini boleh diguna pakai untuk menyertai pertandingan memancing.
Clouser minnow merupakan terminal tackle atau umpan tiruan yang popular dalam dunia pancing layang. Namun spin fly ini turut popular digunakan oleh kaki-kaki casting untuk memburu ikan peacock bass.
Peralatan keperluan:
Vice
Bobbin holder
Benang putih
Gunting
Whipe finishing tools
Craft fur (putih)
Bucktail (hijau)
Bucktail (kuning)
Beadeyes
Hooks
Flasher
Flashbou
Tutorial 1
Ikatkan beadeyes dari bahagian depan teras mata kail.
Tutorial 2
Ambil bucktail warna chartreuse dan ikatkan dari bahagian belakang beadeyes sehingga ke bahagian belakang mata kail.
Tutorial 3
Ikatkan flashbou dan lilitkan sepenuhnya pada bahagian badan kemudian potong lebihannya.
Tutorial 4
Ikatkan lagi sedikit bucktail berwarna chartreuse di bahagian bawah dan potong serta kemaskan lebihan.
Tutorial 5
Ambil beberapa helai flasher dan ikatkan pada bahagian depan mata kail dengan tujuan menarik perhatian ikan.
Tutorial 6
Kemudian ikatkan pula bucktail berwarna kuning dan potong lebihannya.
Tutorial 7
Ikatkan sedikit craft fur pada bahagian paling bawah seperti dalam gambar.
Tutorial 8
Warnakan sedikit merah menggunakan marker pada kawasan craft fur tadi dan buat ikatan terakhir serta kemaskan segala ikatan dan lebihan.
Tutorial 9
Warnakan bahagian bulu mengikut citarasa masing-masing, pattern ini juga boleh dibuat mengikut warna pilihan sendiri.
Tutorial 10
Clouser minnow fire tiger yang sudah siap untuk beraksi.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...