Clouser minnow merupakan terminal tackle atau umpan tiruan yang popular dalam dunia pancing layang. Namun spin fly ini turut popular digunakan oleh kaki-kaki casting untuk memburu ikan peacock bass.
Peralatan keperluan:
Vice
Bobbin holder
Benang putih
Gunting
Whipe finishing tools
Craft fur (putih)
Bucktail (hijau)
Bucktail (kuning)
Beadeyes
Hooks
Flasher
Flashbou
Ads
Tutorial 1
Ikatkan beadeyes dari bahagian depan teras mata kail.
Tutorial 2
Ambil bucktail warna chartreuse dan ikatkan dari bahagian belakang beadeyes sehingga ke bahagian belakang mata kail.
Tutorial 3
Ikatkan flashbou dan lilitkan sepenuhnya pada bahagian badan kemudian potong lebihannya.
Ads
Tutorial 4
Ikatkan lagi sedikit bucktail berwarna chartreuse di bahagian bawah dan potong serta kemaskan lebihan.
Tutorial 5
Ambil beberapa helai flasher dan ikatkan pada bahagian depan mata kail dengan tujuan menarik perhatian ikan.
Tutorial 6
Kemudian ikatkan pula bucktail berwarna kuning dan potong lebihannya.
Ads
Tutorial 7
Ikatkan sedikit craft fur pada bahagian paling bawah seperti dalam gambar.
Tutorial 8
Warnakan sedikit merah menggunakan marker pada kawasan craft fur tadi dan buat ikatan terakhir serta kemaskan segala ikatan dan lebihan.
Tutorial 9
Warnakan bahagian bulu mengikut citarasa masing-masing, pattern ini juga boleh dibuat mengikut warna pilihan sendiri.
Tutorial 10
Clouser minnow fire tiger yang sudah siap untuk beraksi.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Siput merupakan antara umpan alternatif bagi kaki pancing ketika memancing.
Ketika kunjungan ke Kuala Ibai, Terengganu, penulis sempat menimba sedikit ilmu berkaitan umpan siput.
Pemancing di sini gemar menghabiskan waktu petang dengan memancing di kawasan berbatu di Kuala Ibai.
Antara umpan popular ialah siput ka’ki, nama gelaran tempatan untuk sejenis siput yang selalu dijadikan umpan.
Ikan kitang antara spesies ikan yang dinaikkan hasil umpan ini. Umpan ini sesuai untuk memancing ikan di kawasan berbatu seperti kerapu, kitang, gelama, sembilang, duri atau ketuka.
Cara-Cara Menyediakan Umpan
Langkah 1
Cara menggunakan siput ini ialah dengan memecahkan cengkerangnya.
Langkah 2
Rupa siput kaki apabila cangkerangnya dipecahkan.
Langkah 3
Siput ini mempunyai sepit seakan ketam dan kaki seakan labah-labah.
Langkah 4
Keluarkan badannya perlahan-lahan agar bahagian atas badannya tidak rosak.
Langkah 5
Cangkukkan pada mata kail daripada bahagian atas badannya yang lembut agar kaki dan sepitnya bergerak ketika di dalam air untuk menarik perhatian ikan.
Ikan patin Mekong atau pla buk merupakan ikan sukan memancing dari Thailand yang seronok dipancing berikutan perlawanannya yang padu.
Namun untuk mengumpan ikan ini menyedut mata kail bukan mudah. Ia memerlukan ramuan umpan yang terbaik sehingga berjaya memperdayakannya.
Bahan-bahan keperluan:
Roti sandwic
Dedak 929
Dedak ayam
NS Power pandan
Pes Musang A1
Esen perisa pisang
Cara-cara penyediaan umpan
Hancurkan sebungkus roti sandwic (apa saja jenis roti perlu dijemur di bawah terik matahari buat seketika) dan masukkan ke dalam bekas bancuhan.
Kemudian masukkan 1 kg dedak 929 dan 300 gm dedak ayam. Gaul campuran ini hingga sekata.
Masukkan pula sebungkus NS Power pandan dan sekali lagi gaul hingga sekata.
Kemudian masukkan pula 11 penutup pes Musang A1 dan 2 penutup botol esen perisa pisang.
Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul campuran bahan ini sehingga sesuai untuk dikepal pada spring.
Biarkan seketika adunan ini buat seketika agar-agar ia benar-benar sebati dengan campurannya sebelum digunakan.
Cara penggunaan umpan:
Kepalkan umpan pada spring yang telah diikat mata kail. Kemudian dengan teknik apungan (menggunakan pelampung) lontar umpan ke sudut kolam yang kerap patin Mekong memperlihatkan kelibatnya.
Sekiranya tiada sebarang untuk tempoh 20 minit, tukar umpan yang baru dan cuba lagi sehingga berjaya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...