Ikan tenggiri – dibersihkan dan dipotong dengan saiz yang sesuai untuk dibotolkan
Cuka makan
Garam Kasar
Asam keping
Minyak masak
Ads
Cara-cara penyediaan:
Bersihkan ikan tenggiri dengan sempurna. Kemudian keringkan di bawah cahaya panas terik selama 2 jam. Ini penting untuk proses pengeringan sempurna air dari badan ikan.
Ambil ikan, celupkan dalam bekas berisi cuka. Kemudian letak dalam bekas atau botol yang sesuai. Susun jadikan satu lapisan.
Ads
Taburkan garam kasar di atas ikan sehingga rata. Selitkan kepingan asam keping di antara ikan tersebut.
Kemudian celup ikan ke dalam cuka dan susun menjadi lapisan yang kedua diikuti taburan garam dan asam keping. Ulang langkah sehingga habis ikan.
Ads
Tutup penutup bekas berisi ikan dan balut dengan kain berwarna gelap. Simpan pada suhu bilik selama seminggu.
Setelah cukup seminggu atau 7 hari, keluarkan ikan dari bekas dan buang airnya.
Letak ikan dalam bekas bersih dan tuangkan minyak masak. Ia sudah boleh digoreng atau dibuat apa saja juadah. Tujuan dibubuh minyak masak ini adalah untuk tahan lebih lama.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Memancing menggunakan sabiki rig biasanya merujuk kepada proses mencari umpan ikan hidup. Atau kominiti pemancing lebih senang menyebutnya sebagai pancingan apollo. Malahan teknik ini bukan sekadar untuk memancing ikan umpan saja tetapi juga boleh digunakan untuk memancing ikan pelagik seperti cencaru, kembung atau selar.
Sepanjang menggunakan apollo ini, pernah tak korang berhadapan dengan situasi di mana selepas satu atau dua kali menggunakan apollo dan terpaksa tukar apollo yang lain kerana ia sudah berpintal atau berbelit antara satu mata dengan mata yang lain.
Kalau stok apollo masih banyak tak mengapalah, tapi bagaimana kalau stok tak banyak? Nak betulkan apollo yang berbelit bukan saja menyusahkan malah turut memakan masa. Sedangkan waktu itu sangat berharga. Tau tak anda kenapa ia boleh terjadi dan bagaimana untuk mengatasinya?
Kenapa terjadi?
Apabila ikan tersangkut pada mata kail apollo, tidak mengira berapa jumlah ikan yang tersangkut, mereka akan berusaha untuk melepaskan diri dengan aksi renangan yang sekuat tenaga dan mengelirukan.
Sama ada berenang ke atas, ke tepi atau ke bawah. Hal ini pasti lebih bercelaru sekiranya ikan yang bersaiz kasar dan banyak yang tersangkut pada mata apollo. Ia lebih mudah menyebabkan mata apollo berpintal sesama sendiri.
Bagaimana untuk mengatasinya?
Apabila ada ikan yang tersangkut pada apollo, pastikan kayuhan dilakukan tanpa berlengah. Jangan tunggu sehingga kesemua mata apollo terkena ikan baru nak kayuh.
Ini akan menyebabkan ikan berenang bebas dah berbelit pada mata kail. Kayuhan yang dilakukan pula haruslah lebih laju dari renangan ikan.
Tip kedua pula pastikan batu ladung yang digunakan agak berat yang tidak mengizinkan ikan berkemampuan berenang ke atas sehingga membawa batu ladung tersebut. Jika ini berlaku maka ia berpintal dengan mata apollo di bahagian atas pula.
Satu lagi tipnya ialah ketika kita menaikkan apollo ke atas bot, elakkan dari meletakkan keseluruhan apollo tersebut di atas lantai bot kerana pergerakan ikan dengan mudah akan membuatkan apollo bersimpul.
Cara terbaik ialah, sentiasa tegangkan apollo dengan memastikan hanya batu ladung yang diletakkan di atas lantai bot dan apollo diangkat supaya tegang. Untuk lebih cepat, seeloknya sesi mengunjun apollo ini dilakukan berkumpulan 2 orang. Seorang mengunjun dan seorang lagi mencabut mata kail apollo dari mulut ikan.
Boleh tak ikan seriding dibuat umpan memancing? Ikan seriding ni yang banyak tersangkut pada mata apollo bila nak cari umpan ketika memancing di kelong.
JAWAPAN:
Ikan seriding atau cardinalfish, adalah sejenis ikan kecil yang tergolong di dalam keluarga Apogonidae.
Ia senang ditemui di kawasan muka kuala dan pesisir pantai terutamanya Kawasan berkarang.
Ia turut mudah ditemui di persekitaran kelong pesisir pantai terutamanya ketika arus laju untuk berteduh dan berlindung dari pemangsa.
Ikan seriding dikenali memiliki sirip berduri yang tajam tetapi tidak berbisa. Sirip berduri itu merupakan antara asset yang ada sebagai senjata mempertahankan dirinya dari pemangsa.
Ekoran dari sifat biologinya itu, kebanyakan pemancing beranggapan ikan seriding tidak sesuai dijadikan umpan untuk memancing ikan-ikan lain.
Tidak dinafikan ikan seriding agak kurang digunakan sebagai umpan bukanlah disebabkan tiada ikan yang mahu memakannya.
Ikan seriding turut berada dalam rantaian makanan sebagai mangsa namun di kawasan yang banyak pilihan makanan, ikan seriding menduduki carta bawahan sebagai pilihan pemangsa.
Justeru itulah jika ikan seriding dijadikan umpan bersama umpan lain, joran yang menggunakan umpan seriding hampir sepenuhnya tiada sebarang getuan berlaku.
Namun di kawasan yang agak terbatas pilihan makanan, ikan seriding dikatakan menjadi umpan popular untuk memancing ikan pemangsa seperti selangat.
Oleh yang demikian, sekiranya anda memancing di kawasan yang dipercayai hadirnya selangat, boleh anda cuba menggunakan umpan ikan seriding.
Boleh tak admin buat senarai persediaan perlu untuk memancing di laut iaitu umpan, kekili, joran, saiz tali, ladung, perambut serta teknik dan waktu terbaik?
JAWAPAN:
Umpan
Jenis terbaik ialah bekalan ikan segar atau hidup yang diperoleh atau dipancing ketika perjalanan ke destinasi, membelinya di pasar atau di jeti. Umpan jenis ini adalah prasyarat utama kejayaan misi memancing kerana kesegaran dan keberkesanannya. Jenis umpan seperti ikan pelaling, ikan tongkol dan sotong pasar mencukupi untuk setiap trip.
Kekili
Lumrah kalau memancing laut dalam bukan saja pancing dasar menjadi tapi teknik hanyut, jigging, popping dan tundaan. Jadi, tiga set kekili adalah minimum dan kalau mampu bawa peralatan gantian untuk menghadapi sebarang kerosakan.
Joran
Untuk pancing dasar dan pancing tundaan sesuai kalau kita membawa panjang 2meter hingga 2.5 meter) dengan aksi berat 30/80 paun, 50/80 paun atau PE4-PE8. Jika meminati jigging, guna joran kekuatan PE3-PE5 panjang 2meter sangat sesuai untuk ikan seperti cupak, tenggiri dan gerepoh bawah 15kg. Kalau GT bersaiz XXXL elok gunakan joran berkekuatan sehingga PE8 dengan panjang yang sama atau 2 meter. Bagi popping, joran 2.5meter sangat efektif untuk lontaran jauh. Sedia satu joran selingan berkekuatan PE1 hingga PE3 untuk memancing apollo, anak ikan atau untuk digunakan sebagai pancing candat (bagi mendapatkan umpan sotong hidup).
Saiz tali
Ini ada hubungan dengan kapasiti atau had muatan kekili berserta kekuatan maksimum drag yang terbina di dalamnya. Lumrahnya tali utama untuk pancing dasar dan menunda ialah 80lb hingga 100lb untuk tali utama kalau menggunakan tali sulam atau 50lb hingga 80lb jika menggunakan tali tangsi. Bagi kekili yang digunakan aktiviti jigging dan popping pula perlu dipadankan dengan tali sulam 60lb hingga 80lb dan disambung dengan tangsi kekuatan 80lb hingga 100lb sepanjang tiga meter sebagai perambut serap kejutan (shock leader).
Batu ladung
Penggunaan batu ladung kalau dibandingkan antara Pantai Barat dan Pantai Timur sedikit berbeza. Kalau di Pantai Barat had maksimum saiz 32 (1.5kg) di Pantai Timur pula had maksimum saiz 24 (1kg). Ini berdasarkan arus di pantai barat lebih deras berbanding pantai timur kerana laluan yang sempit. Di Sabah dan Sarawak, arus laut lebih kurang seperti Pantai Timur Semenanjung kerana berada di kawasan yang sama.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...