Umpan seperti udang kopek dan hirisan isi ikan adalah umpan yang paling digemari spesies ini. Umpan seperti perumpun merupakan umpan gred A untuk mendapatkan hasil yang banyak jika memancing gelama.

 

Begini Cara Yang Mantap Memancing Gelama!!

 

Ada juga di kalangan pemancing yang menganggap ikan ini sebagai pengacau yang suka mencuri umpan. Terutamanya umpan hirisan ikan dan udang hidup. Si gelama akan meratah kaki udang hidup sehinggakan udang hidup tidak dapat berenang dan akhirnya mati.

 

Cara terbaik memancing gelama adalah dengan menggunakan set ringan. Bergantung kepada lokasi pancingan, joran sepanjang 6-9 kaki sangat sesuai digunakan. Pastikan joran adalah lembut dan fast action.

 

Joran fast action akan dapat mengesan getuan sang gelama walaupun gelama kecil. Rentak getuan sang gelama ni sangat mengujakan kerana pemancing perlu cepat untuk membuat sentapan semasa sang gelama membuat getuan. Kalau tidak, pastinya sanga gelama yang licik ini akan dapat meloloskan diri

IKLAN

 

Begini Cara Yang Mantap Memancing Gelama!!

 

Pemilihan mata kail yang betul adalah sangat penting kerana mulut gelama yang sederhana besar dan kepandaian sang gelama ni melepaskan diri dari mata kail perlu diatasi.

 

Jadi saya lebih suka menggunakan circle hook kecil kerana sangat sifatnya yang tidak memerlukan sentapan, malah ikan akan terlekat pada mata kail dengan sendirinya semasa ikan menarik umpan.

IKLAN

 

Begini Cara Yang Mantap Memancing Gelama!!

 

Pemilihan perambut sekasar 20-30lb sudah memadai bagi memancing gelama. Saya selalu menggunakan tali perambut yang murah sahaja. Tali apa-apa brand seperti cap Nelayan pun dah cukup. perambut batu mati adalah yang paling best untuk gelama.

 

Teknik apollo dua mata kail sudah sepadan untuk memancing gelama. Saiz batu ladung perlu disesuaikan dengan keadaan arus, biasanya saya menggunakan batu nombor 2-6 bergantung kepada kelajuan arus.

IKLAN

 

Memancing gelama ni tak memerlukan teknik yang tertentu, cuma yang membezakan adalah teknik dan timing melakukan sentapan. Sebab tu la saya menggunakan mata kail circle. Tak perlu sentap. Tunggu joran bergetar lentok dan terus angkat joran tanpa perlu melakukan sebarang strike.

 

Jika kawasan kita memancing mempunyai banyak ikan gelama, kemungkinan untuk spesies ikan pemangsa besar ada adalah tinggi tetapi untuk strike pada mata kail adalah tipis kerana sumber makanan fresh dalam sungai lebih menyelerakan.

 

Begini Cara Yang Mantap Memancing Gelama!!

 

Selain itu ikan gelama papan juga boleh dipancing dengan gewang terutamanya jig mikro. Namun agak kurang pemancing yang menyasarkan gelama papan jika bermain micro jigging. Ia biasanya mengena ketika sedang menyasarkan spesies lain seperti siakap, siakap merah atau jenahak.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI