Guna gunting yang agak besar dan tajam untuk memotong kesemua siripnya yang tajam. Terutamanya sirip dorsal dan pektoralnya. Gunting hingga ke pangkal sirip merapat badannya.
Buang sisiknya menggunakan pisau dengan cara mengikisnya dari bahagian ekor ke arah kepala. Buang kesemua sisik yang melekat pada badannya.
Ads
Potong dan buang bahagian kepala dengan cara memotongnya pada bahagian leher di penghujung penutup ingsangnya. Kepala puyu tidak memiliki banyak isi yang boleh dimakan, malah ia boleh mendatangkan rasa hanyir.
Ads
Potong bahagian sirip perutnya terlebih dahulu sebelum membuang isi perutnya.
Potong bahagian ekor hingga ke pangkalnya. Semua ikan air tawar perlu dibuang ekor kerana pada bahagian ekor ini agak berlendir dan berbau hanyir.
Ads
Ikan puyu yang telah dibersihkan. Selepas dicuci bersih, sebaiknya lakukan proses membuang rasa hanyirnya sama ada merendamnya dengan air beras, tepung gandum atau sebagainya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
UMPAN: Sejak bila memancing dan mula menjadi tekong/guide?
SHAHRIL: Saya memancing dari zaman kanak-kanak lagi. Biasalah permainan budak-budak. Saya mula menjadi tekong secara tidak rasmi ni sejak 1997. Ia bermula dengan mengikut member jadi drebar bot di Tasik Temenggor.
UMPAN: Kenapa anda memilih kerjaya ini?
SHAHRIL: Lebih kepada sebab minat dengan dunia casting kot. Dari memancing seorang diri dan bawa rakan-rakan yang juga minat casting, lama kelamaan saya nampak potensi untuk dijadikan satu kerjaya yang boleh menyumbang pendapatan kepada saya.
UMPAN: Pada pandangan anda, apa kriteria perlu ada untuk jadi tekong/guide?
SHAHRIL: Paling utama mestilah kena banyak bersabar. Jadi tekong ni tak boleh cepat meradang dengan bermacam kerenah customer.
Kadang-kadang customer tu tak pernah memancing pun dengan teknik casting. Jadi, kita la kena bagi tunjuk ajar. Bukan sekadar bawa customer ke lubuk-lubuk yang berpotensi saja.
UMPAN: Apa rintangan yang dihadapi dan harapan anda dalam meneruskan kerjaya ini?
SHAHRIL: Saya sudah lama berkecimpung dengan dunia casting di sini. Tahun demi tahun saya dapat melihat sendiri ikan target semakin berkurangan tahun demi tahun.
Kaki-kaki casting kebanyakannya melepaskan hasil tangkapan tetapi lebih ramai lagi pihak lain yang mengeluarkan ikan-ikan dari sini.
UMPAN: Ceritakan pengalaman memancing (trip) yang manis / pahit?
SHAHRIL: Saya rasa semua tekong atau guide berpendapat yang sama di mana kenangan manis apabila trip sukses dan customer dapat banyak hasil. Kenangan pahit pula bila customer pulang tanpa sebarang strike.
UMPAN: Berikan sedikit tip untuk memperoleh hasil pada trip anda?
SHAHRIL: Tip di sini mudah je saja. Cuma baling kena tepat dan cepat. Di sini kami gunakan teknik menunggu ikan timbul baru baling. Jadi kena cepat la.
Kalau ikan timbul perlahan saya cadangkan pakai gewang permukaan. Letupan ikan yang menyambar gewang permukaan ni lebih dia punya feel.
Boleh tak admin beri tip umpan apa yang sesuai digunakan untuk memancing di laut dalam (pancing dasar) dan berapa banyak umpan yang perlu dibawa oleh seseorang pemancing?
JAWAPAN:
Umpan untuk pancingan laut dalam ini agak meluas dan macam-macam jenis umpan boleh digunakan.
Namun ada kalanya umpan-umpan tersebut boleh diklasifikasikan mengikut spesies ikan sasaran. Ada juga umpan yang universal bagi sekelompok jenis ikan.
Jenis umpan yang terbaik ialah untuk bekalan dari jenis umpan segar (ikan, udang, sotong) atau umpan hidup yang diperolehi dari hasil dipancing (menggunakan teknik
appolo) ketika dalam perjalanan ke destinasi memancing atau di lokasi memancing itu sendiri.
Sementara umpan hidup seperti udang dan udang lipan bolehlah dicari sebelum menaiki bot.
Manakala umpan segar boleh dibeli di pasar atau di jeti dari nelayan yang baru pulang dari menangkap ikan di laut.
Harus diketahui juga bahawa umpan-umpan ini merupakan satu modul utama bagi menentukan kejayaan sesebuah misi pemancingan kerana faktor kesegaran akan menentukan keberkesanannya.
Antara jenis umpan yang dianggap universal di laut dalam ialah ikan selayang, pelaling, tongkol, ikan kembong, anak ikan alu-alu, cabuk dan sotong pasar.
Dan pastikan jumlah umpan ini mencukupi untuk tempoh dan jumlah pemancing dalam sesuatu trip.
Menurut pengalaman pemancing yang sering mengikuti trip laut dalam, lazimnya dalam menyediakan umpan bagi sesuatu trip seperti berikut; jika 10 pemancing untuk trip 3 hari
2 malam sekurang-kurangnya sotong pasar perlu disediakan sejumlah 2 ke 3 kilogram seorang. Manakala umpan ikan kira-kira 2 kilogram seorang.
Sejauh manakah konsep catch and release dapat membantu untuk memastikan sumber ikan berterusan?
Saya difahamkan apabila ikan telah terkena mata kail dan kepenatan selepas bertarung, harapannya untuk hidup adalah tipis. Adakah ini suatu mitos sahaja?
JAWAPAN:
Saya telah melalui banyak pendapat sebagai seorang pemancing yang telah memancing sekian lama tentang subjek di atas.
Yang lebih menyedihkan adalah saya telah menyaksikan sendiri stok ikan amat berkurangan dari zaman saya mula berkecimpung dengan hobi memancing dulu dan sekarang.
Soalnya apakah yang kita perlu buat untuk menjaga supaya sumber ini tidak terus berkurangan atau pupus?
Kita boleh menunjuk jari kepada banyak fakta tetapi sebagai seorang pemancing apakah yang kita boleh buat untuk membantu alam untuk sumber ikan ini dapat berterusan (sumber ikan asal atau tempatan, bukannya ikan pendatang).
Salah satu cara adalah dengan amalan catch and release (C&R).
Amalan konsep C&R telah diamalkan di kebanyakan negara maju seperti di England, Amerika Syarikat, Australia dan banyak lagi sejak satu dekad yang lalu dan tahap
keberkesanannya yang memberangsangkan dilihat pada merata rata negara yang mengamalkan nya. Ia bukan satu perkara yang baru di dunia.
Saya sendiri pernah memancing seekor ikan toman di Tasik Temenggor di mana terdapat 3 bentuk mata kail di mulut ikan tersebut, pada apa yang kami lihat, kail yang terdapat pada
mulutnya berbeza masa oleh sebab tahap karat pada kail tersebut ada yang karat teruk, ada yang separuh karat dan ada yang baru. Yang menggembirakan saya adalah ia seekor
ibu yang membawa anak-anak toman yang masih merah lagi. Ini menunjukkan bahawa ia pernah di pancing sebanyak 4 kali dan kini masih hidup untuk bertelur dan menghasilkan baka-baka untuk meneruskan sumber ikan.
Kita tak dapat tahu adakah ikan itu dapat hidup seratus peratus selepas di lepas tapi kita tahu ia akan mati seratus peratus sekiranya kita tidak lepasnya.
Saya rasa ia bukan mitos tetapi satu amalan yang perlu dipraktikkan oleh setiap pemancing yang cintakan hobi memancing ini.
Konsep C&R bukan hanya pada melepaskan ikan sahaja tapi ia perlu mengambil kira alatan yang digunakan untuk memancing, cara pendaratan (landing) ikan, cara menangani
tangkapan (handling) dan cari merawat ikan (reviving) yang kita akan bincang pada masa hadapan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...