Kebanyakan pemancing hanya mengetahui ikan senangin hanya boleh dipancing dengan teknik umpan hidup dan jigging saja. Sebenarnya ikan senangin juga boleh dipancing dengan teknik mengilat atau casting.
Untuk memikat senangin, terutama sekali pemancing harus tahu keadaan pasang surut air. Pada kebiasaannya, paras air pasang dari 1.8 ke 3.0 meter merupakan waktu yang terbaik.
Apabila air mula pasang, tunggu sehingga paras air naik ke separuh nak penuh baru boleh cuba untuk memikat senangin. Keadaan air pula wajib berarus.
Tetapi tidak terlalu laju dan tidak pula terlalu perlahan. Cubalah memikat sehingga paras air hampir pasang penuh.
Apabila air sudah pasang penuh, senangin agak kurang makan dan tidak aktif. Tunggulah sehingga air mula bergerak sudut dan mencuba lagi memikat sehingga paras air surut dan kembali normal.
Lazimnya senangin sangat suka dengan keadaan dasar yang berpasir dan tidak terlalu dalam. Jangkaan dalam 2-3 meter kedalaman air.
IKLAN
Untuk memikat senangin, pemancing boleh cuba teknik top water (popping), gewang crank selaman dalam dan micro jig (10-20 gram) mengikut tempat dan kelajuan air.
Pemilihan gewang sebaiknya tidak terlalu besar. Memadai gewang bersaiz 7cm hingga 9 cm. Untuk teknik popping pula, pemancing harus memilih popper yang agak bising (bunyi kuat) untuk menarik perhatian senangin.
Selain itu teknik karauan juga memainkan peranan. Kebiasaannya, karauan laju dan jerk menjadi keutamaan. Bagi penggunaan gewang crank selaman dalam pula, lakukan karauan seperti biasa sahaja.
Hanya baling dan karau santai. Bagi penggunaan micro jig pula, teknik jerk hujung joran dan karau untuk dua atau tiga pusingan dilakukan berulang kali.
IKLAN
Sebaiknya setiap balingan ke sesuatu spot yang sama itu diulang beberapa kali sebelum beralih ke spot yang lain.
Kebiasaannya senangin memburu makanan secara berkumpulan. Oleh yang demikian, pemancing boleh melontar gewang di tempat yang sama apabila nampak ada pemangsa mula menyambar gewang.
Kemungkinan senangin yang lain pula akan menyambar gewang yang anda lontarkan.
IKLAN
Senangin juga memiliki aksi akrobatik apabila terkena gewang. Seperti siakap, ia juga berkebolehan memutuskan tali pancing dengan pipinya yang tajam.
Jadi pemancing harus pandai control drag sewaktu ikan mengena dan berhati-hati melayan sehingga ikan selamat didaratkan.
Untuk pengetahuan semua, tip dan panduan ini amat berkesan di padang pancing khususnya di muara Sungai Penor, Kuantan. Mungkin di lokasi lain sebelah pantai barat sedikit berbeza namun tiada ruginya jika pemancing ingin mencubanya.
Saya sudah terbiasa menggunakan tali braided. Masalahnya, apabila saya memancing di kolam air tawar, saya telah dimarahi oleh pemancing otai kolam kerana menggunakan tali braided.
Ia membuatkan saya jadi terpinga-pinga kerana dimarahi tanpa sebab. Salah ke guna tali braided?
JAWAPAN:
Saya memahami malah pernah berhadapan dengan situasi yang anda alami. Bezanya, saya hanya ditanya kenapa pakai tali braided, bukannya ditegur apatah lagi dimarahi.
Lainlah kalau penggunaan tali braided menyalahi peraturan kolam. Sebenarnya, penggunaan tali tangsi ada kelebihan tersendiri berbanding penggunaan tali braided.
Tidak dinafikan masih ada sesetengah pemancing berstatus otai masih beranggapan tali braided akan menghasilkan dengungan di dalam dan dapat dilihat dengan jelas oleh ikan di dalam air.
Atas faktor-faktor itu ikan tidak mendekati umpan. Jika benar anggapan begitu maka tiadalah pukat atau jaring dihasilkan oleh fabrik selain tangsi sahaja.
Sekaligus tidak akan memakan umpannya jika anda memancing berdekatan dengannya.
Hakikat sebenarnya tali sulam dicipta dengan teknologi terkini untuk membelah air sekaligus tidak menghasilkan dengungan atau buih berbanding tali tangsi.
Malah soal ini langsung tidak timbul jika memancing di kolam yang hampir tiada arus.
Walaubagaimana pun penggunaan tali tangsi terbukti lebih berkesan berbanding tali braided. Penggunaan tali tangsi membolehkan mata kail tertancap kemas pada mulut ikan.
Begitu juga dengan peratusan strike. Sifat tali braided yang tiada memori menyebabkan mata kail mudah terlucut.
Dan yang paling utama apabila bersilang tali dengan pemancing lain, tali tangsi lebih mudah dileraikan berbanding tali braided.
Ikatan double San Diego jam knot merupakan ikatan san diego jam knot yang dipertingkatkan.
Yang pasti, sekiranya anda sudah biasa dengan san diego jam knot maka ia sama sekali tidak mendatangkan kesukaran untuk melakukannya.
Langkah 1
Lipat dua hujung tali perambut dalam anggaran sejengkal. Kemudian masukkan pangkal lipatan ke dalam cincin mata swivel atau mata kail.
Langkah 2
Mulakan lilitan pada tali perambut (tali yang dikembarkan dua kali) sekurang-kurangnya lima lililtan. Kemudian masukkan hujung lipatan tali ke dalam ruang antara tali masuk dan keluar dari swivel.
Langkah 3
Kemudian bawa pangkal lipatan tali itu dan masukkan ke dalam gelung pertama yang terhasil dari lilitan yang dihasilkan.
Langkah 4
Tarik perlahan-lahan gelung pangkal lipatan tali serta tali utama agar jerutan ikatan terbentuk. Kemudian tarik sehingga betul-betul ketat pada cincin swivel. Kemudian barulah potong lebihan tali.
HAMIZ: Saya mula menjadi tekong pada usia 16 tahun. Namun pada ketika itu sekadar ke laut dengan keluarga dan tidak lagi menceburi bidang perkhidmatan sewaan bot.
Mula buat sewa bot pada usia 21 tahun.
UMPAN: Kenapa anda memilih kerjaya ini?
HAMIZ: Bermula dengan minat dalam dunia memancing laut kerana dikatakan mudah untuk mendapatkan ikan.
Dari situ mula terfikir untuk membuat sewaan bot dengan harga yang murah dan mampu bayar kerana ramai di antara kita bukan tak nak memancing di laut, tetapi memikirkan kos sewaan yang tinggi.
Saya sendiri dulu pun sangat-sangat nak mencuba memancing di laut, tetapi memikirkan kos semuanya dibiarkan berlalu pergi.
UMPAN: Apa rintangan yang dihadapi dan harapan anda dalam meneruskan kerjaya ini?
HAMIZ: Mana-mana orang pun kalau ditanya berkaitan rintangan dan halangan, ramai yang akan cakap pasal duit, kan?
Sama juga dengan saya, cita-cita nak ada bot lagi besar yang boleh bagi keselesaan pada customer.
Bot yang lagi besar akan menelan belanja yang besar, kos sewaan terpaksa dinaikkan dan mungkin akan membebankan pula penyewa yang kurang berduit.
Jadi, mungkin lebih elok ada 2 jenis bot… satu yang ekonomi, satu yang VIP. Jadi customer boleh pilih ikut kemampuan.
InsyaAllah, kalau diberikan rezeki saya akan beli lagi sebuah bot yang lagi besar.
UMPAN: Ceritakan pengalaman memancing (trip) yang manis dan pahit.
HAMIZ: Pengalaman pahit sejak menjadi seorang tekong adalah pernah membawa crew ke pelantar minyak di perairan Terengganu.
Beberapa hari sebelum kejadian, cuaca amat baik dan air laut tidak berombak membuatkan kami merancang ke sana.
Petang sebelum ke sana, saya telah ke unjam laut Redang untuk mencari ikan selayang sebanyak mungkin untuk dijadikan umpan.
Perjalanan ke unjam memakan masa lebih kurang sejam saja kerana cuaca amat baik.
Setibanya waktu malam, kami mula memasak di atas bot untuk dimakan. Ikan-ikan yang telah dipancing kemudian digoreng.
Tiba-tiba cuaca mula berangin dan kelihatan seperti ribut sedang berlaku di kawasan Pulau Perhentian. Kami masih bertahan dan menggandakan ikatan tali pada buluh unjam.
Lama kelamaan angin semakin kuat dan ombak semakin tinggi sehinggakan kami tidak lagi mampu bertahan jika bermalam di situ.
Saya mengambil keputusan berpatah balik ke Pulau Redang untuk berlindung dari ribut.
Hampir 2 jam memandu bot dalam ribut, saya berjaya memasuki kawasan pulau dan di situ air dalam keadaan tenang untuk berlabuh.
Keadaan di dalam bot amat teruk kerana semua barang yang ada habis berselerak akibat kuat dibadai ombak.
Kami mula menyimpan alatan tersebut dan mula memasak kerana amat lapar. Semua dalam kesejukan dan tidur dalam hujan.
Pada keesokan harinya jam 6.30, kami bertolak ke pelantar minyak. Jarak dari Pulau Redang ke sana lebih kurang 58 km dan memakan masa 2 jam kerana cuaca masih teruk. Kami teruskan juga kerana ingin merasai tarikan ganas penghuni di sana.
Malangnya, belum sempat kami menghampiri kawasan spot, kami telah dihalau oleh bot di sana.
Hon dibunyikan beberapa kali bagi memberi amaran tegas bahawa kami tidak boleh menghampiri kawasan tersebut.
Perasaan letih dan kecewa sukar digambarkan kerana kami terpaksa berpatah balik. 2 jam berdiri memandu bot, tambah lagi 2 jam pusing pulang mencari spot sekitar laut Pulau Yu amat meletihkan.
Akhrnya kami sampai semula di perairan Pulau Redang sekitar jam 1 tengahari.
Malangnya skali lagi ikan tidak seperti biasa. Selalunya jika menggunakan teknik bottom di kawasan itu, spesies ebek, cermin, kerapu yang saiz besar senang dipancing tapi kami hanya dapat kerisi saiz baby.
Selepas puas ke beberapa spot yang ada tapi tiada ikan, saya ambil keputusan untuk mencari spot kerisi kerana itulah saja cadangan terakhir jika ikan-ikan gred A sukar menjamah umpan.
Setibanya di jeti, masa untuk crew membayar sewa. Walaupun berat untuk membuat keputusan, saya terpaksa demi rakan-rakan seperjuangan saya hanya minta bayaran
RM300 kesemuanya untuk menampung separuh kos minyak, kos yang lain saya tanggung. Sepatutnya kos ke pelantar minyak mencecah RM1200-RM1500.
Pengalaman manis saya adalah semasa nak start beli bot baru. Ada cerita kat wife yang hasrat nak beli bot besar sikit sebab nak bawak orang pergi memancing hujung minggu.
Wife kata ok je. Tapi masa tu takde duit pun. Kebetulan ada sepupu sent gambar bot nak jual dalam group Whatsapp, bot ada di Rompin.
Masa tu saya bertugas di Pintu Masuk Bukit Bunga, Jeli. Cakap dekat wife ada bot nak dijual, cantik… tapi duit takde. Wife cakap kalau nak, pergi tengok dulu pun ok jer.
Saya terus ambil cuti lepas tu ke Kuala Rompin. Sampai kat sana terus test bot, memang ok. Tak cakap banyak, bot ni memang ok dan harga last yang owner bagi amat berpatutan.
Wife pun minta nombor akaun bank, dia tranfer duit full untuk bayar bot. Fuhhh… memang rasa macam nak gila masa tu, dapat puluh-puluh ribu buat beli bot.
Terus cari carrier untuk bawa balik bot. Dengan bot itulah saya mula mempelajari teknik jigging yang semakin terkenal pada masa tu.
Setiap hari minggu memang penuh jadual ke laut. Tapi jodoh dengan bot tu sempat pakai setahun je, ada rezeki tukar bot lain dan bot tu dijual.