Kamera DSLR bukanlah gajet murahan. Namun ramai kaki pancing juga merupakan kaki kamera. Oleh yang demikian, adalah sangat penting untuk mengetahui musuh-musuh kamera dan bagaimana cara untuk menggunakannya dengan sempurna.
Jauhi Habuk Dan Debu
Selepas mengambil gambar tidak kira sama ada di laut mahupun darat, anda hendaklah sentiasa membersihkannya sebelum simpan di dalam beg kamera. Ia amat penting supaya kamera tersebut tidak termasuk pasir, air mahupun habuk.
Kamera amat sensitif dengan air terutamanya air laut mahupun air tawar. Jika terkena, segera lap dengan kain bersih dan kering. Kamera yang terdedah dengan kelembapan tinggi akan menyebabkan fungus dan kulat membiak terutamanya lens yang boleh menjejaskan kualiti gambar.
Ads
Pegang Dengan Betul
Lilitkan strap kamera anda di tangan berbanding gantung di leher. Ini kerana jika anda gantung di leher, ia akan menarik perhatian ramai untuk meragut. Jangan sesekali abaikan keselamatan kamera ini kerana sekali jatuh, memang menangis jawabnya.
Ads
Jauhi Kelembapan
Gel silika digunakan untuk menyerap kelembapan kamera. Gel silika ni mudah didapati di pasaran. Harganya pun bukan mahal.
Ads
Filter Perlindungan
Filter digunakan untuk melindungi lens anda dari sebarang calar. Sekiranya anda mempunyai 5 lens, seeloknya beli UV filter untuk melindungi lens tersebut.
Beg plastik
Kalau turun ke laut, sila pastikan anda membawa beg plastik atau kain batik atau tuala khas untuk kamera sahaja. Bukan tuala tersebut bercampur dengan peluh-peluh anda. Ini adalah kerana tuala atau kain tadi dapat mengelakkan pasir masuk ke celah-celah lens. Balut kamera tersebut bila naik bot.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Admin, sekiranya saya pakai mainline braided 15lb, leader berapa lb yang sesuai untuk disambung? Atau ada tak nisbah kiraan yang sesuai untuk seimbangkan sambungkan braided dengan leader?
Satu lagi, kalau saya guna tali tangsi biasa sebagai leader untuk jigging atau bottom kat laut dalam boleh tak?
Sebenarnya tiada nisbah kiraan tetap bagi sambungan tali utama (braided) dengan leader atau perambut.
Tidak kiralah ia untuk kegunaan casting, jigging ataupun bottom fishing. Apa yang penting ialah pemilihan ketebalan serta kekuatan pada tali leader tersebut.
Sekiranya tali leader itu terlampau tebal maka jarak balingan akan berkurangan dan sekiranya pilihan tali leader itu terlampau nipis mungkin terputus apabila menggunakan gewang terlampau berat dan sebagainya.
Bagi saya nisbah yang saya pakai adalah maksimum dua kali berat tali utama. Misalnya saya menggunakan sambungan leader 30lb untuk casting ikan air tawar serta muara sungai dengan braided 15lb.
Dan ia bergantung juga kepada rintangan dan halangan di padang pancing tersebut. Jika tiada banyak halangan, ada kalanya saya menggunakan tali utama 15lb dengan leader 20lb sahaja.
Manakala untuk aktiviti memancing yang lebih lasak seperti popping GT, saya sepadankan leader 80-100lb dengan tali utama braided 50lb.
Namun, sebaiknya juga guna leader yang lebih rendah sedikit kekuatannya berbanding tali utama.
Ini kerana jika berhadapan dengan umpan atau gewang tersangkut, adalah lebih baik leader yang putus berbanding mainline yang putus.
Terutamanya jika jigging di laut yang memaksa untuk buat sambungan leader.
Bagi soalan bolehkah saya menggunakan tali tangsi biasa semasa memancing di laut jawabnya memang boleh tetapi carilah tali yang kuat dan kurang meregang (low strech).
Namun sebaik-baiknya gunalah leader dari jenis fluoroucarbon sebagai perambut. Walaupun ia agak mahal berbanding tali tangsi biasa namun fungsinya jauh lebih bagus dan berkesan.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Sebagai panduan sebelum membelinya, tuan bolehlah merujuk kepada pemancing yang pernah menggunakannya. Saya percaya semua gewang terutamanya yang berjenama besar telah diuji keberkesanannya. Lagipun, jika saya menamakan sesuatu model gewang dan tuan membeli tetapi hasilnya kumpau, ia boleh mendatangkan persepsi negatif pula.
Dalam istilah produksi, gewang crankbait adalah sinonim kepada gewang jerkbait. Justeru itu ia kelihatan hampir sama saja bentuk. Walau bagaimana pun, gewang crankbait lebih merujuk kepada gewang selaman dalam dengan memiliki lidah atau bip yang panjang.
Sementara gewang jerkbait kebanyakannya memiliki body panjang dan ada juga yang tidak memiliki lidah gewang. Dari segi penggayaan pula, gewang jerkbait perlu dikarau dengan aksi jerking untuk menghasilkan aksi renangan. Sementara gewang crankbait didatangkan dengan aksi renangan sedia ada dan hanya perlu dikarau perlahan atau pantas.
Bagi menghadapi ikan yang sombong dengan gewang topwater ketika faktor air yang jernih, selain menukar gewang crankbait atau jerkbait, warna dan aksi gewang juga perlu dimainkan dengan tepat. Hakikatnya, untuk menjinakkan pemangsa ketika air jernih banyak perkara perlu diambil kira kerana pada ketika ini deria penglihatan ikan berada dalam keadaan terbaik untuk menilai setiap mangsa sebelum membahamnya.
Sebelum mata mata kail dinamakan mata kail, para arkeologi mendakwa alat ini dinamakan sebagai gorge. Ia adalah potongan-potongan tulang atau yang berlekuk di tengah sehingga tali dapat diikat padanya.
Gorge ini dicangkok ke dalam bongkahan umpan, apabila ikan menelan umpan, ketika itulah tali itu ditarik, gorge itu bersilangan dengan bijak di dalam ikan dan tercangkok di dalam mulut ikan. Salah satu jenis gorge yang paling awal ditemui di lembah Somme di Prancis. Diyakini sekitar 7000 tahun yang lalu.
Beralih ke zaman yang lebih moder kita menemukan banyak contoh di mana penduduk asli menggunakan peralatan penangkapan ikan yang relatif primitif.
Orang-orang Eskimo dan orang-orang asli di Afrika Selatan masih menggunakan gorge ngarai. Pada tahun 1846 orang-orang Ojibway Kanada masih menggunakannya. Bahkan, ada contoh-contoh kontemporer dari semua tahap pengembangan mata kail yang tersebar di bumi. South Sea Islander membuat mata kail dari serabut kawat yang biasa digunakan ketika angkatan bersenjata mengunjungi kepulauan itu ketika saat berperang di Perang Dunia II.
Ia sama kasarnya dengan mata kail tunggal tanpa duri pandan yang ditemukan oleh para arkeologi. Di beberapa tempat gorge yang dimodifikasi telah digunakan untuk menangkap belut di abad kedua puluh.
Perkembangan progresif mata kail terlihat pada artifak yang ditinggalkan oleh masyarakat yang hidup di negara Tasik Swiss.
Apabila masyarakat mula bekerja dengan gangsa, mereka mula mereka cipta gorge daripada logam. Mereka mula meluruskan dawai di kedua sisi, tetapi dengan lenturan kecil di tengah di mana tali pancing disambungkan. Dan gorge rekaan baru ini dikenali sebagai bricole.
Perubahan selanjutnya adalah memberi sedikit lekukan pada lengan dawai gorge. Ini adalah permulaan awal lenturan yang kemudian dibentuk menjadi bentuk mata kail. Kemudian beberapa tukang seni kuno memutar kawat atau dawai itu sehingga sebuah mata (cincin) terbentuk di tengahnya. Ia berterusan dengan memanjangkan dua lengan gorge, menghasilkan bentuk lekukan yang lebih baik hingga terbentuknya mata kail yang sempurna.
Para arkeologi percaya bahwa idea untuk membuat duri padan pada mata kail berasal dari tombak. Barbs atau duri pandan memberi mata kail lebih banyak daya pegang sama seperti titik berduri lebih sulit bagi haiwan untuk melepaskannya.
Bentuk mata kail tunggal, berduri pandan diperbuat daripada gangsa oleh pereka kuno ini sama rekabentuknya sama dengan mata kail yang kita gunakan saat ini.
Orang-orang yang mendirikan rumah air mereka di perairan Tasik-Tasik Swiss dan pereka mata kail gangsa kuno diyakini telah hidup di sana setidaknya dua puluh abad yang lalu.
Mata kail berduri pandan Mesir telah digunakan sebelum waktu ini tetapi artifak dari Swiss Lake menyajikan serangkaian perubahan yang didokumentasikan dengan baik dari gorge menjadi mata kail.
Proses ini kemungkinan berlangsung di budaya lain, dengan pengembangan pelbagai langkah selanjutnya tergantung pada faktor-faktor seperti perkembangan teknologi kontemporer, gaya hidup, dan interaksi dengan masyarakat lain.
Mata kail telah berevolusi berkali-kali dalam pelbagai budaya. Contoh-contoh paling awal mata kail tanpa duri pandan adalah dari Dinasti Mesir Pertama (~ 3000 SM) dan pada ~ 1200 SM. Mata kail berduri digunakan di Mesir Kuno. Kita harus menjangkau lebih jauh ke dalam budaya yang lebih primitif untuk mengenal pasti bagaimana mata kail diciptakan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...