Trip memancing menggunakan rumah bot atau boathouse sememangnya popular di Tasik Kenyir dan Tasik Temenggor. Bagi yang belum pernah mencuba, eloklah ketahui serba sedikit tip sebelum menempah mana-mana rumah bot.
Pertama sekali perlu pastikan jumlah ahli trip biar sepadan dengan kapasiti rumah bot yang ingin ditempah. Sebaiknya jumlah ahli trip sepadan dengan kapasiti rumah bot tersebut.
Ketahui pakej harga yang ditawarkan oleh pengusaha rumah bot. Lazimnya sekitar RM1500 hingga RM 2500 per malam. Bukan dalam kiraan hari. Jika pakej harga tidak sepadan dengan kapasiti pemancing bagi sesebuah rumah bot, tentu ada sesuatu yang tidak kena.
Ads
Jika tidak tahu, sebaiknya tanya servis atau kemudahan yang disediakan dalam pakej tersebut. Jika ada menyatakan jumlah tandas, katil atau bot fiber dan umpan disediakan, pastikan ia sememangnya ada dan boleh digunakan.
Ads
Tetapkan lokasi memancing yang ingin ditujui kerana tidak semua sungai di dalam kawasan tasik boleh dimasuki secara percuma. Dan pastikan tekong rumah bot tersebut membawa anda ke lokasi tersebut, bukannya lokasi pilihan beliau.
Walaupun setiap rumah bot menyediakan dapur dan kelengkapan memasak namun makan dan minum tidak termasuk dalam pakej tersebut. Jadi, anda wajib bawa barang-barang makan dan masak sendiri jika tidak mahu kebuluran.
Ads
Pastikan juga pangkalan yang betul di mana anda akan naik rumah bot tersebut kerana ada lebih dari satu pengkalan di terutamana di Tasik Kenyir.
Bagi memastikan trip berjalan dengan sempurna sebagaimana yang dirancang, bayaran penuh sewa rumah bot elok diselesai setelah tamat trip, bukannya sebelum memulakan trip.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Boleh tak admin buat satu sesi untuk DIY apollo. Tak pun tunjuk cara dan cadangkan apakah warna benang yang sesuai? Berapa jarak perambut anak antara satu sama lain serta panjang apollo? Perambut anak berapa paun dan perambut utama berapa paun?
JAWAPAN:
Tahniah kerana anda mempunyai minat membuat sendiri apollo yang jarang dilakukan oleh kebanyakan pemancing. Boleh dikatakan ramai pemancing lebih senang membelinya sahaja di kedai-kedai pancing. Malah admin sendiri pun tidak pernah melakukannya walaupun memiliki sedikit pengetahuan untuk melakukannya.
Namun tidak menghampakan semangat anda, admin akan berkongsi pengetahuan melakukan sendiri perambut apollo ini. Pada pendapat admin, ada dua warna benang paling efektif dijadikan perambut mata apollo iaitu hijau dan putih. Ini merupakan dua warna asas yang kebanyakkannya digunakan pada apollo yang dijual di kedai pancing.
Sementara mata kail yang kebanyakan diguna pakai ialah mata kail jenis batang atau teras panjang (long shank). Saiz mata kail pula bergantung kepada jenis ikan yang ingin dipancing. Manakala jarak panjang perambut anak dengan perambut utama pancing apollo ialah 8 hingga 14sm.
Sekiranya anda menghasilkan anak perambut sepanjang 8 sm maka jarak di antara anak perambut dengan anak perambut lainnya sekurang-kurangnya 16 sm bagi mengelak anak perambut bercantum antara satu sama lain.
Manakala untuk tali perambut yang digunakan untuk menghasilkan anak perambut apollo ialah 12 paun hingga 15 paun, manakala perambut utama 20 hingga 30 paun. Atau anda boleh tentukan sendiri dengan syarat tali anak perambut mestilah lebih halus daripada tali perambut.
Saya bukanlah kaki kolam tapi bila ada masa saya turun la memancing ke kolam berbayar air tawar. Masalahnya, orang lain pancing asyik tarik ikan terutamanya rohu, tetapi saya asyik membangau. Padahal saya pun guna umpan dedak dan roti sama seperti mereka. Apakah saya sudah terkena badi kumpau?
JAWAPAN:
Berbanding pancingan sungai atau laut, pancingan di kolam berbayar sebenarnya paling mencabar. Malah memancing ikan air tawar terutamanya ikan patin dan spesies lain seperti tongsan atau rohu sememangnya sangat teknikal dan berseni.
Perkara asas nombor satu yang perlu dilakukan jika ingin memancing di kolam berbayar ialah bertanya. Jangan segan atau malu untuk bertanya sama ada kepada pemancing lain atau pemilik kolam sendiri. Tanyalah umpan apa yang harus digunakan.
Harus diingat, dedak atau roti hanyalah bersifat makanan ikan. Ia umpama nasi. Tentu saja kita tidak mahu makan nasi kosong saja. Tanpa lauk, nasi tidak bermakna apa-apa walaupun ia tetap akan mengenyangkan perut. Begitu juga dengan ikan, perlu ada bahan perisa ditambahkan pada umpan roti atau dedak bagi menarik deria bau ikan tersebut.
Lazimnya pemancing lain tidak akan mendedahkan seratus umpan (perisa) yang mereka gunakan. Ia bergantung kepada kebijaksanaan anda untuk memperoleh rahsianya. Namun pada kebiasaannya perisa pandan dan strawberi merupakan bahan asas yang banyak digunakan oleh pemancing bagi menyediakan umpan.
Selain umpan, teknik yang digunakan juga perlu diperhatikan. Lazimnya mana-mana pemancing kolam tidak akan berahsia soal teknik. Apatah lagi korang boleh lihat sendiri teknik yang digunakan. Jika pemancing lain mengamalkan teknik apung, maka kita gunalah teknik apung. Kalau teknik dasar lebih berkesan, maka kita gunalah teknik dasar. Selebihnya, bergantung kepada nasib dan rezeki.
Keli limbat atau ikan limbat merupakan salah satu spesies ikan daripada genus Clarias. Nama spesiesnya pula ialah C. nieuhofi dan biasanya mempunyai ukuran badan yang lebih panjang berbanding keli biasa dan warna badannya ialah kuning.
Spesies ini semakin sukar didapati namun biasanya lokasi pancingan sesuai bagi spesies ini termasuklah kawasan sawah, kawasan air yang sedikit mempunyai struktur kayu atau belukar dan juga kawasan yang tidak terlalu dalam.
Umpan yang sesuai bagi memancing limbat termasuklah cacing, serangga, cengkerik dan juga hati ayam. Untuk lebih mudah, anda boleh menggunakan teknik dan umpan yang sama dengan pancingan keli kerana sifat pemakanan bagi spesies ini masih sama dengan spesies daripada genus Clarias yang lain.
Untuk keterangan yang lebih lanjut berkenaan info spesies ikan limbat ini anda bolehlah layari laman web www.umpan.com.my dan buat cari IKAN LIMBAT dalam segmen IKAN AIR TAWAR. Anda juga boleh ketahui taktik & teknik pancingan ikan ini dalam segmen Tip & Info.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...