
Haiwan unik ini mempunyai insang luaran, tiada kelopak mata seperti ikan serta bentuk seakan salamander.
Jarang sekali membesar lebih daripada 30 cm panjang, Axolotl merupakan salah satu haiwan unik namun diancam risiko kepupusan akibat pencemaran air dan menjadi mangsa spesies pendatang di Mexico.
Axolotl atau nama saintifiknya Ambystoma mexicanum sebenarnya merupakan amfibia dan merupakan salah satu spesies salamander yang tidak bermetamorfosis.
Oleh sebab itu haiwan ini mempunyai insang kekal dan hidup di kawasan akuatik seperti berudu namun tidak bermetamorfosis ke peringkat seterusnya.
Walaupun tidak membesar dan Axolotl merupakan haiwan neotonik, di mana mereka mampu mencapai peringkat kematangan dari seksual.
Pengkaji percaya ini merupakan mekanisma bagi Axolotl untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Hingga kini, risiko kepupusan Axolotl amat tinggi. Beberapa pihak mengambil langkah untuk mengelakkan Axolotl daripada pupus.
Contohnya Aquaria Fun Park di Austria telah membuat akuarium khas untuk Axolotl yang diambil dari Mexico untuk tatapan dan kesedaran pengunjung.
Insang luaran, bentuk seakan salamander, hidup di dalam air dan abiliti untuk tumbuh semula organ badannya.
Semuanya pasti cukup unik untuk menarik pengunjung melihat Axolotl ini, apatah lagi dengan rupanya yang seakan tersenyum!
Perkara Yang Perlu Dilakukan Untuk Elak Mabuk Laut!!

Tiga hari sebelum ke laut kena setting mental dan fizikal kita dulu. Salah satu caranya ialah dengan buangkan angin dalam badan kita. Angin dalam badan menyebabkan kita pening-pening dan muntah. Bagi membuang angin ini disarankan minum Eno halia atau apabila produk minuman halia 2 hingga 3 pek bagi satu hari.
Makan kena jaga… jangan belasah je ikut sedap tekak. Sebaiknya elak dari makan makanan yang agak pedas atau berempah.
Rehat kena cukup… sebab kat laut nanti kita banyak menggunakan tenaga, mental dan fizikal.
Makan ubat mabuk yg diambil di klinik. Cakap je kat doktor kata nak memancing kat laut dalam. Dia akan bagi punya, tapi yang terbaik saya makan ubat mabuk ialah ubat mabuk untuk ibu mengandung.
Ketika memancing, jangan sekali-kali pikir adakah aku mabuk? Banyakkan bersembang dengan kawan masa atas bot.
Satu petua lagi agak ekstrem sikit… mungkin korang ada perasan ikan yang ditangkap atau dibeli kadangkala ada anak ikan yang masih terlekat di dalam mulut ikan tersebut.
Selalunya kita buang tetapi kali ini sesiapa yang mempunyai masalah mabuk ini, ambil ikan tersebut dan celur. Kemudian makan atau telan. Tapi kalau nak mujarab lagi makan mentah-mentah dan jangan yang lupa selawat ke atas Nabi.
Kalau ditanya saya apa releven tentang anak ikan ini dengan mabuk? Saya sendiri tiada jawapannya tetapi petua ini telah diturunkan turun temurun oleh datuk nenek saya yang hampir semuanya nelayan pantai.
Pengertian & Cara Guna Apollo Yang Betul

Apollo atau istilah sebenarnya sabiki rig adalah satu kaedah memancing yang lazimnya digunakan untuk mencari umpan ikan hidup seperti bilis, tamban, beliak mata, selar dan sebagainya lagi. Ia juga adalah satu aplikasi lama yang digunakan secara meluas oleh para nelayan untuk memancing ikan pelagik seperti selayang dan juga tongkol.
Bagi kalangan pemancing ia digunakan untuk mencari umpan hidup. Namun jika memperoleh ikan selar, selayang, kembung atau cencaru yang bersaiz kasar ia pasti lebih menyeronokan kerana boleh dibuat umpan, ia juga boleh dibuat lauk malah boleh bertukar misi pancingan.
Jenis Apollo
Ada pelbagai jenis apollo yang terjual di kedai pancing. Apollo yang lazim digunakan adalah apollo kertas dengan manik hijau. Namun apollo udang (udang getah yang dilekatkan pada mata) juga sesuai digunakan terutamanya untuk mencari ikan selar dan cencaru.
Saiz
Pilihlah saiz apollo yang sepadan dengan ikan sasaran. Contohnya jika mencari bilis, beliak mata dan tamban kecil di kawasan kelong atau rumah rakit lebih sesuai guna apollo saiz 4-5. Jika di kawasan boya, unjam atau kapal parkir sebaiknya guna saiz 6-10. Untuk ikan sasaran yang lebih kasar seperti cencaru pula elok pilih saiz 12-20. Selain saiz matanya yang besar, perambutnya juga lebih kasar dan kuat.
Spot Apollo
Ikan-ikan pelagik ini lazimnya berkumpul atau mencari makan di kawasan berstruktur seperti tiang-tiang jambatan, boya, kelong, tukun, unjam dan kapal parkir. Sementara spot untuk melontar apollo adalah bahagian kepala arus hadapan yang dilanggar arus. Bukannya di bahagian belakang boya atau unjam, kapal atau kelong.
Lontaran
Apollo sebaiknya dilontar ke bahagian hadapan kepala arus atau objek seperti kepala unjam dan biarkan tenggelam seketika sebelum membuat kayuhan. Sebaiknya juga guna batu ladung saiz sederhana yang cepat tenggelam bersesuaian dengan arus.
Henjutan
Tidak perlu tunggu sehingga batu cecah dasar untuk buat unjunan. Memadai sekadar anggaran 3/4 kedalaman air kerana ikan pelagik jarang berada di dasar. Cara terbaik ialah sebaik batu ladung mencecah air, rasakan pergerakan tali pancing yang keluar bagi mengesan sebarang ragutan ikan pada apollo.
Umpan Tambahan
Boleh juga letakkan hirisan ikan/udang/sotong pada mata kail apollo sekiranya penggunaan apollo kosong kurang mendapat sambutan. Seperkara lain kaedah ini berpeluang untuk memperoleh ikan-ikan pelagik yang bersaiz lebih kasar.
Kehebatan Luar Biasa Spesies Ikan Monster Air Tawar – Siri 1!!

Sturgeon
Sturgeon beluga memiliki barbel (sesungut) barbel di sekitar mulutnya, hampir menyamai ikan keli tetapi lebih pendek.
Sesungut yang berbulu di hujungnya berperanan agar lebih efektif merasakan gerakan di dalam air. Muncung mulutnya menunjuk ke bawah dan terletak di bahagian bawah kepalanya.
Monster ini adalah spesies ikan air tawar terbesar di Amerika Utara. Disebalik memiliki kulit berlendir seperti ikan keli atau lapisan sisik seperti kebanyakan ikan lainnya, sturgeon putih ini ditutupi oleh cakera tulang keras yang disebut scutes.
Mereka juga memiliki persamaan sifat dengan jerung: kerangka internal yang terbuat dari tulang rawan, bukan tulang. Kerangka tulang rawan ini memberikan fleksibiliti tambahan membuatnya cukup lincah di dalam air.
Sturgeon putih betina dapat melepaskan 3 juta telur, yang menempel di dasar-dasar sungai setelah proses mengawan.
Proses yang dinamakan `broadcast spawning’ di mana ikan jantan dan betina masing-masing mengeluarkan komponen subur mereka untuk bercampur secara eksternal di dalam air.
Wels Catfish
Meskipun spesies keli monster ini berasal dari Eurasia, ia dianggap sebagai spesies invasif di banyak daerah berbeza di mana ia diperkenalkan sebagai ikan sukan.
Ukurannya yang besar membuatkan ia mendapat nama jolokan `The Ebro Monster’, `The European Maneater’, dan `Man-Eater Catfish’. Disebalik gelaran ini, wels catfish bukan pemakan manusia.
Makanan ikan dewasa khususnya terdiri dari ikan dan belut lainnya, krustasea, dan bahkan tikus dan itik yang malang.
Seperti beberapa spesies ikan besar lainnya, ikan keli memburu dengan metod menelan, menghisap mangsa dengan tiba-tiba membuka mulutnya untuk menciptakan daya sedutan yang kuat.
Pada kebiasaannya, proses pembiakan keli wels melibatkan sedikit kerja berpasukan. Ikan jantan menggali dasar pasir, biasanya berdekatan dengan struktur seperti akar pohon atau batu.
Ikan betina kemudian mengisi sarang yang digali ikan jantan dengan ribuan telur, dan ikan jantan kemudian dengan rajin menjaganya sampai mereka menetas.
Arapaima
Di sini kita memiliki ikan lain dengan kemampuan bernafas dari permukaan – dan ia melakukannya dengan suara batuk yang khas.
Raksasa bersisik ini telah diketahui secara oportunis mengambil buah dan burung untuk dimakan ketika timbul di permukaan, meskipun makanan mereka biasanya terdiri dari ikan lain.
Arapaima umumnya berburu dengan mendorong dirinya ke depan dalam ledakan singkat yang padu untuk membuat mangsanya cukup lama sehingga mangsanya pegun untuk tempoh panjang untuk menelannya dengan kuasa mulutnya umpama vakum berkuasa tinggi.
Kecenderungan arapaima untuk berburu di sekitar permukaan air mendedahkannya kepada pemangsa utamanya: manusia.
Ikan ini cukup mudah untuk ditombak ketika sangat dekat dengan permukaan, dan banyak orang asli melakukannya untuk dagingnya dan perhiasan fesyen dari sisiknya.
Penangkapan ikan berlebihan saat ini merupakan ancaman terbesar bagi arapaima.