Tukun tiruan merupakan struktur binaan manusia yang diletakkan di dasar bertujuan untuk menambahkan kepadatan sumber marin. Antara objektif pembinaan tukun tiruan adalah untuk meningkatkan produktiviti biologi dan sumber perikanan di kawasan persisiran pantai.

 

Dengan objektif demikian ia dapat mewujudkan suatu ekosistem yang berfungsi sebagai satu santuari, menyediakan kawasan pembiakan dan nurseri untuk ikan dan lain-lain kehidupan marin, dan memulih serta melindungi habitat marin yang musnah akibat aktiviti perikan dan bencana alam.

 

Terdapat dua konsep pembinaan tukun tiruan yang dijalankan oleh Jabatan Perikanan Malaysia iaitu tukun tiruan konservasi (bertujuan untuk pemuliharaan) dan tukun tiruan rekreasi (bertujuan untuk tangkapan secara pancingan rekreasi yang terkawal).

 

Kenali Profil Tukun-Tukun Tiruan

 

Objektif utama pembinaan tukun tiruan

 

Meningkatkan produktiviti biologi dan sumber perikanan di kawasan persisiran pantai dengan cara :

Mewujudkan suatu ekosistem yang berfungsi sebagai satu santuari

Menyediakan kawasan pembiakan dan nurseri untuk ikan dan lain-lain hidupan marin

Memulih dan melindungi habitat marin yang musnah akibat aktiviti perikanan dan bencana alam.

 

Kenali Profil Tukun-Tukun Tiruan

 

Tujuan dan manfaat lain pembinaan tukun tiruan

 

Mewujudkan benteng penahanan ombak / arus bagi mengawal hakisan pantai.

Menghalang dan mengawal aktiviti tangkapan pukat tunda di persisiran pantai.

Mewujukan kawasan agro-tourism untuk aktiviti perikanan rekreasi dan selaman SCUBA.

Menjalankan kajian dan penyelidikan saintifik.

 

Kenali Profil Tukun-Tukun Tiruan

 

Antara jenis-jenis tukun tiruan.

 

Tukun Tetrapod

Tukun Rekreasi

Tukun Rekreasi Juvenil

Tukun Dasar Lembut

Tukun Dasar Lembut Penghalang Pukat tunda

Tukun Udang Karang

Tukun Kiub

Tukun Kiub Juvenil

Tukun Kiub Bioaktif

Tukun Dasar Lembut Juvenil

 

Tukun plaster

Purata berat tukun-tukun tiruan konkrit ini adalah antara 0.3 – 42 tan metrik. Gred simen yang digunakan adalah antara gred 30 hingga 50. Bagi tukun keluli menggunakan keluli dengan ketebalan 6 – 8 mm.

 

Kenali Profil Tukun-Tukun Tiruan

 

Tukun Rekreasi

Saiz tukun 1.8 meter lebar dan 1.85 meter tinggi. Berat seunit tinggi sehingga 8 tan dan dilabuhkan pada kedalaman air 20 meter.

 

Tukun Tayar

Berat seunit tukun ini sehingga 150 kilogram. Ia dilabuhkan pada kedalaman 16 hingga 20 meter. Ia merupakan tukun tiruan yang paling banyak digunakan berikutan kos penyediaannya yang tidak terlalu tinggi.

 

Kenali Profil Tukun-Tukun Tiruan

 

Tukun Bebola

Tukun yang dibentuk dengan ukuran 6 kaki lebar dan 3.8 kaki tinggi. Berat seunit tukun sehingga 1.8 tan. Ia dilabuhkan pada kedalaman air 20 meter.

 

Tukun Kapal

Tukun bot atau kapal yang ditenggelamkan pada kedalaman 16 hingga 20 meter. Tukun jenis ini semakin kurang kewujudannya berikutan kekurangan sumber. Namun potensinya sangat besar dan menjadi kediaman pelbagai spesies ikan.

 

Kenali Profil Tukun-Tukun Tiruan

 

Tukun Kuboid

Saiz tukun 2.5 meter lebar, 2.5 meter panjang dan 2.5 meter tinggi. Berat seunit tukun ini sehingga 8 tan dilabuhkan pada kedalaman air 25 meter.

 

Kenali Profil Tukun-Tukun Tiruan

 

Tukun dasar Lembut

Saiz tukun 3.45 meter lebar, 3.45 meter tinggi dan 2.5 meter tinggi. Berat seunit tukun sehingga 28 tan dan dilabuhkan pada kedalaman air 15 meter.

 

Kenali Profil Tukun-Tukun Tiruan

 

Tukun Dasar Lembut Penghalang Pukat Tunda

Saiz tukun 3.45 meter lebar, 3.45 meter panjang dan 3.725 meter tinggi. Berat seunit tukun sehingga 30 tan dan dilabuhkan pada kedalaman air 20 hingga 25 meter.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI