Kenapa tenggiri jeruk ni biasanya dibuat daripada ikan tenggiri papan, dan bukannya tenggiri batang? Tapi abaikan saja perkara itu. Yang penting korang try buat sendiri tenggiri jeruk ni.
Bahan-bahan keperluan:
Ikan tenggiri – dibersihkan dan dipotong dengan saiz yang sesuai untuk dibotolkan
Cuka makan
Garam Kasar
Ads
Asam keping
Minyak masak
Cara-cara penyediaan:
Ads
Bersihkan ikan tenggiri dengan sempurna. Kemudian keringkan di bawah cahaya panas terik selama 2 jam. Ini penting untuk proses pengeringan sempurna air dari badan ikan.
Ambil ikan, celupkan dalam bekas berisi cuka. Kemudian letak dalam bekas atau botol yang sesuai. Susun jadikan satu lapisan.
Taburkan garam kasar di atas ikan sehingga rata. Selitkan kepingan asam keping di antara ikan tersebut.
Ads
Kemudian celup ikan ke dalam cuka dan susun menjadi lapisan yang kedua diikuti taburan garam dan asam keping. Ulang langkah sehingga habis ikan.
Tutup penutup bekas berisi ikan dan balut dengan kain berwarna gelap. Simpan pada suhu bilik selama seminggu.
Setelah cukup seminggu atau 7 hari, keluarkan ikan dari bekas dan buang airnya.
Letak ikan dalam bekas bersih dan tuangkan minyak masak. Ia sudah boleh digoreng atau dibuat apa saja juadah. Tujuan dimasukkan minyak masak ini adalah untuk tahan lebih lama.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Sebenarnya boleh sahaja anda mengikat terus gewang sama ada dengan menggunakan leader (perambut) atau ikat terus pada tali utama tanpa menggunakan swivel atau kili. Malah ikatan ini ada istilahnya tersendiri dan ada yang menamakannya sebagai Rapala knot.
Hakikatnya, menggunakan gewang dengan ikatan langsung tanpa sambungan swivel ada kelebihan tersendiri. Ini kerana, persembahan gewang ketika beraksi sebenarnya lebih realistik. Namun teknik ini hanya sesuai sekiranya anda menggunakan sebutir atau seketul sahaja gewang dan tidak akan tukar-tukar gewang.
Sebabnya? Jika ingin menukar gewang yang baru maka ikatan rapala knot ini perlu diputuskan dan kemudian perlu melakukan ikatan yang baharu pula pada gewang yang lain.
Majoriti hari ini, pemancing terutamanya kaki-kaki casting akan menggunakannya swivel kerana boleh menukar pelbagai gewang dengan pantas sekiranya gewang yang digunakan tidak berjaya memikat ikan.
Selain itu penggunaan swivel ini juga dapat mengelakkan tali utama (terutamanya tali sulam) akan berpintal sekiranya menggunakan gewang yang beraksi secara berpusing. Untuk menghasilkan renangan gewang yang realistik, sila gunakan swivel yang bersesuaian dengan tali perambut, berat dan saiz gewang. Pastikan juga swivel yang anda beli itu kecil, ringan tetapi cukup berkualiti.
Untuk berjaya memperoleh hasil terutamanya ikan sasaran utama seperti tenggiri, dengan mempraktikkan teknik speed jigging, beberapa perkara harus dipertimbang dan dikaji.
Pertama sekali, kita harus memahami serba sedikit info berkenaan spesies sasaran. Ikan tenggiri adalah jenis ikan berenang laju (purata kelajuan 70 km/j) dan tabiat makan secara menyambar.
Oleh yang demikian umpan (jig) yang digunakan haruslah digayakan dengan kelajuan yang sesuai untuk menarik perhatian tenggiri serta mahu menyambarnya. Begitu juga jenis mata kail yang sepadan untuk tabiat ikan yang makan secara menyambar.
Setup Peralatan
Reel
Bagi saya untuk mencari tenggiri dengan lebih efektif ialah pastikan peralatan memancing itu tepat. Penggunaan kekili berkelajuan tinggi adalah satu kemestian. Pilih kekili saiz sederhana (3000-6000) yang mampu mengisi tali sehingga 200 meter.
Rod
Pilih joran yang ringan tetapi berupaya menggayakan jig sehingga berat 100 gm dengan sempurna. Joran yang berat atau aksi perlahan hanya menyebabkan anda keletihan sebelum sempat merasa tarikan tenggiri yang diburu. Ini penting bagi mengelakkan penggunaan tenaga yang berlebihan sepanjang berjigging.
Jig
Manakala jig yang mempunyai warna asas perak berkilau, berat 40-80 gm menjadi pilihan kebanyakan pemancing memburu tenggiri.
Tali utama
Sementara tali utama memadai tali sulam berkekuatan 15-40 lb dengan leader 20-40 lb. Assist hook pula WAJIB daripada dari dawai atau kevlar steel. Untuk insuran tambahan bolehlah menggunakan perambut dawai sepanjang 2-3 inci. Walau bagaimana perambut dawai ini hanya sesuai tatkala ikan frenzy membaham jig, air sedikit keruh dan waktu malam.
Gaya persembahan umpan
Boleh dikatakan hampir kesemua pemancing bersetuju bahawa jig perlu dikarau dengan selaju yang mampu untuk menerima sambaran. Saya bersetuju untuk tidak bersetuju.
Pada saya, tahap kelajuan mengarau jig bergantung pada jenis kekili yang digunakan. Sekiranya menggunakan kekili ratio sederhana, sememangnya perlu dikarau selaju mungkin.
Namun, jika menggunakan kekili ratio tinggi (melebihi 7:1) maka tidaklah perlu mengarau seperti orang kena rasuk.
Jika terlalu laju sehingga mengatasi kelajuan tenggiri itu sendiri sebenarnya tidak membantu juga. Banyak keputusan berakhir dengan perambut putus gara-gara tenggiri gagal menyambar tepat pada jig. Gaya terbaik adalah dengan cara karau stop and go.
Karau dengan kelajuan sepadan dan berhenti untuk beberapa saat sebelum meneruskan kayuhan. Ketika stop and go ini sebenarnya peratusan strike adalah lebih tinggi.
Selain itu faktor stamina juga sangat perlu dititikberatkan bagi semua pemancing. Alangkah ruginya ketika berehat panjang akibat kepenatan, tatkala itulah tenggiri baru aktif membaham jig.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...